Rabu, 25 Jun 2014

siapa tahu buah aneh ni?

Siapa tahu nama buah ni? Buah aneh ini kelihatan seperti telah dikacukkan dengan dua spesies. Rupanya macam buah manggis, tapi warnanya merah. Bau buahnya manis. Daunnya juga macam daun manggis, tapi kecil sedikit dari daun manggis dan bentuknya lebih memanjang.

masih di dahan...sedang elok masak

Hanya boleh ambik gambar dan tengok sahaja. Walaupun banyak buah masak gugur tapi tak berani nak ambik rasa. Ikut hati memang nak rasa juga macammanalah rasanya buah aneh ini...tapi akal kata kena mintak izin tuannya. Belum ada rezeki nak jumpa tuannya, belum ada rezeki nak merasa.

ada nampak macam manggis tak?

Saiz buah ni taklah besar, lebih kurang buah pinang sahaja. Warnanya masa masak di dahan adalah merah, bila ranum jadi kening keorenan macam buah pinang masak.

dah ranum dan gugur berlambak di tanah

Kami jumpa buah aneh dan istimewa ini di Kompleks Rumah Tumbuhan, UKM. Nun dalam hutan rimba sana. Haaaaaa jangan buat tak tau, tumbuhan pun ada kompleks rumahnya sendiri hu hu huhuhu


Isnin, 23 Jun 2014

Berikan Daku SyurgaMu


Kita selalu dengar “Syurga di telapak kaki ibu”, anak tak boleh kecilkan hati mak, lukakan hati mak. Hati mak yang tersentuh, tersakiti akan jauhkan anak dari bau syurga.

Sebagai anak, ramai anak di dunia mahu senangkan hati mak. Gembirakan hati mak, ceriakan mak dan tak mahu mak susah hati. Makanya, mencuba takat terdaya untuk sentiasa menjaga hati mak agat tidak tersentuh. Agar mak tak jauh hati. Agar mak tak kecil hati, apalagi marah dan mengucapkan “tidak kuhalalkan air susu yang kau teguk”. Lagilah tak mahu kalau dicop sebagai anak durhaka, sebab semua orang sedar, menyakiti hati mak umpama menjauhkan syurga.

Namun hakikatnya, pernah tak mak beritahu kita apa yang buatkan dia kecik hati? Apa yang buatkan hatinya tercuit tersentuh dan tersakiti? Mak tak pernah berikan garis panduan dan senarai perkara apa yang perlu kita sebagai anak buat agar hatinya sentiasa terjaga tak tersakiti?



Bukankah lebih mudah dan jelas kalau disenaraikan apa perlu anak buat untuk gembirakan mak, apa yang perlu anak lakukan untuk elakkan hati mak tersakiti yang kemudiannya anak akan dicop sebagai tanggang tak mengenang budi? Adakah cukup dengan hanya telefon bertanya khabar setiap minggu? Cukupkah dengan belanja bulanan setiap kali gaji, atau belikan barangan idaman? Cukup tak dengan balik raya setiap tahun? Apa lagi yang anak-anak perlu lakukan? Bukan semua anak mampu salami hati kecil mak mereka, sangat ramai anak yang bendul macam aku pun. Kalau tak beritahu, manalah nak tahu. Tak boleh ke beritahu?



Kepada semua mak di dunia, jika dikau terasa hati dengan perlakuan anak, silalah beritahu anak itu terus terang. Usah simpan. Kasihanilah anak itu, dia juga mempunyai impian untuk masuk syurga. Usahlah terlalu berkira dengan kecik hatimu itu hingga melambatkan anak masuk syurga. Beritahulah “Mak kecik hati kau tak belikan nasi goreng kampong hari tu…”, janganlah sebab nasi goreng kampong, anakmu bermasalah untuk masuk syurga.



Usahlah simpan dalam hati, mak. Kalau tak suka anak itu malas basuh baju, berterus teranglah. Suruhlah dia hantar dobi. Semakin lama mak simpan dalam hati hanya kerana perkara sekecil itu, semakin lerai kasih sayang itu di dunia, apalagi di akhirat sana. Janganlah sebab ada lessen besar bergelar “ibu” maka mak terusan mengugut anak “Kau tak dengar kata mak…tak masuk syurga!”

Agak-agaknya, Mek pernah tersentuh hati tak denganku? Pernah terguris rasa tak? Pernah terluka tak? Macam mana nak tahu macam mana seorang ibu terluka hatinya? Ada cara tak?

 



Ahad, 22 Jun 2014

Video Sedih Anak OKU Dikurung Ibu Sendiri


Sabtu lepas, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU dikurung ibu sendiri ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai. Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.



Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mendapat reaksi yang pelbagai. Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan. Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ.

Ibunya yang dikenali sebagai Lola, berasal dari Sabah dan ditahan reman sejak semalam hingga Rabu ini.

Komen aku: Tak terkata apa-apa. Terbeliak biji mata adalah, terutama bila tengok video remaja OKU dikurung ibunya sendiri yang menyayatkan hati ini.

Jumaat, 20 Jun 2014

Rasulullah Menanti Orang Yang Tak Kahwin Di Hadapan Pintu Syurga

Anak-anak kecil yang meninggal akan menunggu ibu bapanya di hadapan syurga.

Siapa nak tunggu kami yang belum tentu ada peluang nak ada anak ni?



Lega rasa hati bila dengar ceramah ni. Maklumlah, kalau takdirnya bujang sampai akhir hayat, paling tidak adalah juga orang akan tunggu. Orang istimewa pulak tu…ya Rasulullah S.A.W akan menanti orang yang tak kahwin di hadapan pintu syurga. 

Silalah jangan jadi Kak Nam celupar dok tanya sesuatu yang hanya Allah yang tahu.


Khamis, 19 Jun 2014

Dah Bodoh, Memanglah Kena Tipu!


Ayat macam tu dah acap kali aku dengar. Belum kena batang hidung sendiri, bolehlah sembang, bro! cer kena. Tak pepasal meroyan salahkan segala system dalam dunia huh u huh u

Kita tak pernah sempurna, hati-hati macam manapun adakalanya terlepas pandang juga. Orang yang kerjanya menipu ni, akal dia panjang walaupun ada masa kantoi juga di mana-mana. Nak buat macam mana, dah kerjaya dia menipu. Status jawatan tetap dia adalah PENIPU. Mudah-mudahan status tu dia tak bawa sampai mati. Itupun kalau dia sedar MATI itu pasti.


Dah kena tipu nak buat apa? Mula-mula dah tentulah kena pergi buat laporan di balai polis. Memanglah leceh. Kes aku sejak 2008, sampai sekarang senyap pengap dan aku sangat pasti sampai pencen pun dendiam je kat situ. Si penipu tu pula lepas bebas dan bermaharaja lela menipu orang lain pulak. Itu biasa berlaku, bukan aneh pun. Lainlah kalau kita ni seseorang macam anwar Ibrahim ke…altantuya ka…sapa lagi orang-orang yang cepat dapat liputan eh? Mmmmmm Nampak sangat aku tak berapa nak kenal hu huhuhuhu 


Jika libatkan urusan perniagaan, silalah panjangkan laporan polis berkaitan ke SKMM (bila libatkan penipuan online bagai) dan SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia) dan pihak lain yang berkaitan. KDPNKK sekali. Tak susahpun nak kenal pasti siapa si penipu tu…maklumat diri tetap boleh jumpa kat akaun bank, SSM atau no telefon walaupun ada sesetengah penipu ni biasanya gunakan orang lain punya nama atau akaun.Memang dah biasa menipu, depa ni dah tahu dah macam mana cara untuk lepas. Kat dunialah lepas, kat sana belum tentu lagi. Kat Padang Mahsyar nanti merangkak lah cari semua orang yang ditipunya...benda tu kan lambat lagi, bukan sekarang fikirnya. Tua nanti tobatlah! KOtlah sempat tua...

Putar alam dan tipu menipu keliling kita;



Setelah itu, berurusanlah dengan Pencipta segala isi langit dan bumi ini. Tipulah kalau kata hati boleh halalkan. Ya lah, hati memang sakit kena tipu…apalagi kalau libatkan jumlah yang banyak. Takat dua tiga ringgit boleh aje buat tak tahu dan halalkan. Tapi kalau ratus-ratus, ribu riban? Puluh ribu? Ratus ribu? Nak redha dan halalkan ke?



Kalau mampu, anda memang hebat. Tahniah!