Memaparkan catatan dengan label syurga anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syurga anak. Papar semua catatan

Isnin, 23 Jun 2014

Berikan Daku SyurgaMu


Kita selalu dengar “Syurga di telapak kaki ibu”, anak tak boleh kecilkan hati mak, lukakan hati mak. Hati mak yang tersentuh, tersakiti akan jauhkan anak dari bau syurga.

Sebagai anak, ramai anak di dunia mahu senangkan hati mak. Gembirakan hati mak, ceriakan mak dan tak mahu mak susah hati. Makanya, mencuba takat terdaya untuk sentiasa menjaga hati mak agat tidak tersentuh. Agar mak tak jauh hati. Agar mak tak kecil hati, apalagi marah dan mengucapkan “tidak kuhalalkan air susu yang kau teguk”. Lagilah tak mahu kalau dicop sebagai anak durhaka, sebab semua orang sedar, menyakiti hati mak umpama menjauhkan syurga.

Namun hakikatnya, pernah tak mak beritahu kita apa yang buatkan dia kecik hati? Apa yang buatkan hatinya tercuit tersentuh dan tersakiti? Mak tak pernah berikan garis panduan dan senarai perkara apa yang perlu kita sebagai anak buat agar hatinya sentiasa terjaga tak tersakiti?



Bukankah lebih mudah dan jelas kalau disenaraikan apa perlu anak buat untuk gembirakan mak, apa yang perlu anak lakukan untuk elakkan hati mak tersakiti yang kemudiannya anak akan dicop sebagai tanggang tak mengenang budi? Adakah cukup dengan hanya telefon bertanya khabar setiap minggu? Cukupkah dengan belanja bulanan setiap kali gaji, atau belikan barangan idaman? Cukup tak dengan balik raya setiap tahun? Apa lagi yang anak-anak perlu lakukan? Bukan semua anak mampu salami hati kecil mak mereka, sangat ramai anak yang bendul macam aku pun. Kalau tak beritahu, manalah nak tahu. Tak boleh ke beritahu?



Kepada semua mak di dunia, jika dikau terasa hati dengan perlakuan anak, silalah beritahu anak itu terus terang. Usah simpan. Kasihanilah anak itu, dia juga mempunyai impian untuk masuk syurga. Usahlah terlalu berkira dengan kecik hatimu itu hingga melambatkan anak masuk syurga. Beritahulah “Mak kecik hati kau tak belikan nasi goreng kampong hari tu…”, janganlah sebab nasi goreng kampong, anakmu bermasalah untuk masuk syurga.



Usahlah simpan dalam hati, mak. Kalau tak suka anak itu malas basuh baju, berterus teranglah. Suruhlah dia hantar dobi. Semakin lama mak simpan dalam hati hanya kerana perkara sekecil itu, semakin lerai kasih sayang itu di dunia, apalagi di akhirat sana. Janganlah sebab ada lessen besar bergelar “ibu” maka mak terusan mengugut anak “Kau tak dengar kata mak…tak masuk syurga!”

Agak-agaknya, Mek pernah tersentuh hati tak denganku? Pernah terguris rasa tak? Pernah terluka tak? Macam mana nak tahu macam mana seorang ibu terluka hatinya? Ada cara tak?