Isnin, 1 April 2013

Yasmin Hani Kena Ragut???


Walaupun pencerobohan pengganas di Lahad Datu menjadi antara berita panas yang sering jadi tumpuan sejak sebulan dulu, hari ini pun masih juga panas bila pihak keselamatan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menyiarkan gambar Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, sebagai orang dikehendaki untuk membantu siasatan berkaitan sumbangan kewangan ke Filipina berhubung kes berkaitan Operasi Daulat Lahad Datu.

Siang hari ini, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman dahpun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Hingga kini, seramai 122 orang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah.

Dalam dunia selebriti pula, berita gembira tentang kelahiran dua anak pasangan selebriti popular iaitu anak Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer, dan anak pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Manakala Nurul Wahab dan Eric Depp pula mengumumkan bakal menimang cahaya mata. Nurul dah mengandung 3 bulan.  Tahniah kepada mereka, 3 pasangan terlibat.

Dah banyak gambar anak Irma Hasmie dan gambar anak Ayu Raudah disebarkan di facebook dan di blog, comel macam mak ayah mereka juga. Geram je nak cubit. kalau malas nak merayau jejauh, boleh je tengok gambar-gambar anak irma hasmie dan ayu raudah di blog Kesuma Angsana ni.

Sayangnya, Pelakon cantik Yasmin Hani, pula nyaris jadi mangsa ragut apabila cermin keretanya telah dipecahkan semasa berhenti di lampu isyarat Mutiara Damansara sekitar jam 9 pagi tadi ketika dalam perjalanan menuju lokasi penggambaran di kawasan berhampiran.

Walaupun gagal diragut, Yasmin Hani mengalami kecederaan di tangan kerana cuba menyelamatkan tas tangannya daripada diambil. Cermin keretanya dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal dari sebelah kiri kereta, kemudian terus cuba menarik tas tangan pelakon terbabit.

Dalam keadaan panik, Hani menarik semula beg tangan berkenaan sambil menjerit menyebabkan peragut berkenaan terus lari.

Komen aku:
Ramai perempuan suka letak beg tangan mereka atas kerusi sebelah semasa memandu yang boleh menarik perhatian penyamun. Di bangi pun banyak kali juga berlaku.

Kita memang tak boleh jangka bila masanya akan jadi mangsa ragut, tapi sekurang-kurangnya cuba elakkan untuk tarik perhatian penyamun sebegini. Antara tips yang aku selalu amalkan bagi mengelakkan jadi mangsa ragut dan samun adalah:

  1. Sentiasa kunci pintu kereta kalau kereta kalian bukan jenis autolock.
  2. Letakkan beg tangan di lantai. Biasanya alas kaki berwarna gelap, jadi sekali pandang dari luar tak perasan pun ada beg kat situ.
  3. Sentiasa waspada dengan persekitaran terutama semasa berhenti di lampu isyarat. Sentiasa perhatikan tingkahlaku orang sekeliling yang nampak mencurigakan. Nak berangan pun kena kawal huh u huhu
  4. Kalau jalan kaki, pastikan berjalan ikut arah yang bertentangan dengan arus kenderaan, jadi kita boleh nampak kenderaan yang dating dari depan.
  5. Sentiasa tukar kedudukan sandangan beg di bahu kanan atau kiri mengikut arus kenderaan. Sandanglah beg di bahu kanan bila arus kenderaan di kiri, jika arus kenderaan di kanan, tukarkan pula menyandang beg di sebelah bahu kiri.


Inilah Dunia Kita…


Dunia yang makin canggih manggih ni menyaksikan bagaimana manusia tidak lagi mementingkan manusia yang lain, tapi lebih suka bersama dengan teknologi. Pergi mana-mana pun tak kesah, asal ditemani teknologi.

Kalau dulu, ramai yang segan nak masuk kedai makan sensorang, lapar kebuloQ tahap gaban pun, sanggaup lagi ikat perut semata-mata tunggu kawan untuk sama-sama makan. Sekarang ni, dah tak kesah dah. Sensorangpun selamba zirafah je masuk kedai makan atau restoren. Order makanan, kemudian kelebek teknologi canggih.

Bila makanan sampai, terus makan. Sambil-sambil tu hadap juga teknologi. Buka FB lah. Baca email lah. Wassup segala lah. Paling malas pun baca akhbar online. Dah habis nasi sepinggan, air bergelas-gelas pun, hadap teknologi tu masih belum habis lagi.

Jadinya, beginilah kita hidup…cer perhatikan:



Kita hidup dalam dunia kita sendiri je…

Balik kampong awal cuti sekolah minggu lepas, tetiba rasa macam terlepas satu beban yang maha besar…sangat tak terikat dengan teknologi sebab linenya macam biskut meri lemau. Kalau line banyak, gitu jugak jadinya kot huh u huhu

Walaupun negeriku dikatakan sangat miskin, tapi aku sangat suka kalau dapat balik kampong. Bestnya kalau tiap-tiap bulan boleh balik kampong…alamat, makin kembanglah ya aku ni, bukan takat semangkuk dua, bergelen-gelen rasanya sebab di negeri paling miskin itu, sangat mewah dengan makanan yang sedap-sedap itu. Maklumlah, orang kat sana tak mampu nak beli teknologi canggih manggih ni...jadi, mereka pun pakat la reramai jual kuih yang sedap-sedap tu, merasalah aku yang kuat makan ni!

Sumber: Rakyat Marhaen

Tetiba aku dah terjebak dalam gejala sosial terlebih makan huh u hu usah terpedaya dengan ayat yang mengelirukan ini!






Sabtu, 30 Mac 2013

Cinta Pandang Pertama


Subhanallah...sangat indah!

sangat teringin untuk berada di sini, menikmati kebesaran ilahi, menelaah keindahan alam yang bukan selalu kita mampu tengok.



terima kasih kepada rakan FB yang tampal video ini di di wall, sekali tengok terus jatuh cinta...

Jumaat, 29 Mac 2013

Sssssssshhhhhhh!!!! Jangan Kata Apa-Apa


Selain dari hari yang agak panas, cuaca di Malaysia juga sangat panas dan berubah-rubah dengan penat dok menunggu pembubaran parlimen. Spekulaasi tentang pembubaran parlimen dah banyak kali benar bertiup hinggakan rasa teruja nak tahupun dah makin nipis.

Gara-gara terlalu teruja kot, hingga akhirnya merebak khabar angin tentang pembubaran parlimen Malaysia minggu lepas. Tak pernah berlaku dalam sejarah!

Rasa macam dah malas nak ambil tahu pulak. Orang tu kata gitu, orang ni kata gini…memasing berlumba-lumba tunjuk pandai. Adakala Nampak memandai-mandai. Banyak juga kes yang menampakkan kebodohan diri.

Pendek kata, nak mudah…kalau tak tahu apa-apa tentang apa yang nak cakap tu, baik dendiam ajelah. Tak pepasal orang dapat tahu betapa tak tahunya kita. Kalau guna perkataan “bodoh” kang, ada pulak yang terasa hati, kononnya perkataan itu membawa konotasi melampau tentang kedunguan. Padahal, antara “bodoh” dan “dungu” nak kena Tanya Pak Pandir mana satu lagi hebat ketololannya. Adusssssss! Apa aku dah taip ni? Hu huhuhu apa-apa je lah labu!!!!

Jika Dewan Rakyat tidak dibubarkan awal, 30 April 2013 paling lewat untuk pembubaran parlimen. Semalam Dun Negeri Sembilan dah dibubarkan secara automatic bermula tengah malam. Maknanya,

Semalam Perdana Menteri bertemu beberapa pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra, hari ini pula mengadakan perjumpaan dengan presiden parti komponen BN yang terdiri daripada 13 parti komponen (UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PRS, SPDP, PBS, PBRS, UPKO dan LDP).

Sebelum mengundi, kena tengok video ni dulu, kang kantoi tak daftar pemilih pulak… Taklimat Pengerusi SPR: Video Garis Panduan Calon & Pengundi PRU13




Kalau belum daftar pemilih, jangan nak dok mengada berkobar-kobar nak balik mengundi ya…tolong sikit!

Sebenarnya, masa tulis entri ni aku hanya nak habaQ: jangan bercakap pasal benda yang kita tak tahu. Diam-diam aje…jangan biarkan orang dok bantai gelak nengok kita dok bercakap bum bang bum bang dengan penuh keyakinan, rupa-rupanya semua itu hanyalah ajaran sesat huh u hu 


Video Pengakuan Pondan Yang Insaf


Mereka Ini Sangat Berani

Ya…mereka sangat berani untuk berhijrah dan berusaha untuk berubah. Mereka ini pejuang. Berjuang untuk berubah dengan menguatkan azam. Berjuang untuk melawan diri sendiri itulah yang paling susah. Maklumlah, setan memang suka menghasut tiap kali kita buat baik (Itu pengalaman aku lah tu). Bila kita nak buat jahat, bukan main seronok lagi setan dok menyokong dengan macam-macam alasan yang Nampak macam munasabah benar!

Sebelum ni, aku pernah tulis beberapa entri kisah Kajol (penyanyi dikir barat), Doakan Kajol ya… tukar jantina dan kos tukar jantina. Sebenarnya banyak lagi…malas nak godek-godek semula.

Kalau baca Metro semalam, akan jumpa kisah dan pengakuan seorang bekas pondan @ mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, atau Erin yang dah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.

Dia berada dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita.

Akibatnya, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi ‘luruh’ dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang. Kini dia dalam proses menjalani pemeriksaan saraf kerana dipercayai kekejangan dialaminya itu kesan daripada suntikan kecantikan dijalaninya sebelum ini.



Sama-samalah kita harapkan golongan ini berjaya berdepan dengan cabaran mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari kita dok kutuk mereka dengan pelbagai perkataan, ada baiknya kita turut menyumbang dan menerima golongan ini yang berhasrat untuk kembali dalam masyarakat kita.

Moga lebih ramai lagi golongan maknyah @ pondan ini menjadi lelaki sejati semula. Kembali ke pangkal jalan dan mulakan hidup baru. Sebagai manusia, kita memang tak lepas dari buat silap, namun, kehebatan kita yang sebenar adalah mengakui kesilapan itu, membetulkannya semula dan tidak lagi ulanginya. Lebih hebat lagi, kita mampu pula mengajak orang lain untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan. Aminnnn.