Isnin, 17 September 2012

Campak Bayi Dari Tingkat Tiga Pangsapuri


Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta
di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya dengan kecederaan parah di kepala
bayi dipercayai dicampak dari tempat tinggi (tingkat 3).

Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk


bayi dalam keadaan berbogel, masih bertali pusat dan berlumuran darah
kepalanya turut kemek, bayi itu tidak menangis dan tidak bergerak
kerana sudah tidak bernyawa
motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 kerana membunuh
gambar-gambar bayi dicampak dari tingkat tiga pangsapuri boleh dilihat
di blog ondscene dengan maklumat tambahan.
menurut blog ondscene, seorang gadis kerja kilang telah ditahan untuk siasatan.
[kalau dah terberanak, masih gadiskah dia?
opssss! sowi...tersasul! Aku hanya terkenangkan cikgu Bahasa malaysia
masa sekolah dulu je, yang selalu suruh kami rujuk Kamus supaya
istilah yang diguna masa tulis karangan itu tepat
mmmmmm...tetiba rindu Cikgu Azila yang manis tu ;)]

komen aku:
Hebat betul orang Malaysia ni
bayi pun boleh main campak je ke bawah
macam campak kulit durian pulak, kagum betul aku…
maklumlah aku ni, walaupun bukannya baik sangat,
tapi nak campak kucingpun sangat kasihat dengan hamba allah tu
takat kucing curi ikan, paling kejam pun kejar dengan penyapu
tu pun katok penyapu ke lantai bagi bunyi kuat
nanti kucing akan lari susup sasap tak payah penat aku pukul
kalau nak campak manusia tu, rasanya tak sampai hati kot
maklumlah manusia…patutnya ada hak untuk hidup

Errrr kejadian berlaku pada usia 55 tahun pembentukan Malaysia kan?
Mmmmmm belum merdeka lagi kita rupanya!



Innocence Of Muslims Disekat Akses Di Malaysia


Penerbitan filem berjudul ‘Innocence of Muslims’ membangkitkan kemarahan umat Islam dan seluruh pemimpin dunia mengecam perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Treler pendek berdurasi 13 minit yang tersebar melalui Youtube itu melabelkan perwatakan Nabi Muhammad SAW sebagai penipu, kaki perempuan dan gila adalah bertentangan dengan peribadi sebenar nabi .

Treler filem kontroversi Innocence of Muslims ini sudah tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang semalam. Sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya. Antara klip yang tidak boleh diakses ialah "Innocence of Muslims - Muhammad Movie - FULL HD", Full HD Innocence of Muslims, Full HD Muhammaad movie trailer, dan Full HD Muhammad Movie-Innocence of Muslims.

Klip itu memaparkan mesej "This content is not available in your country due to a legal complaint" (kandungan ini tidak boleh didapati di negara anda ekoran aduan perundangan) apabila cuba diakses sejak petang semalam walaupun pada sebelah paginya kesemua dapat akses tanpa sebarang masalah. Bagaimanapun bukan semua klip ataupun filem penuh tertakluk kepada sekatan. Berpuluh-puluh klip, yang durasinya antara satu minit dan 15 minit masih boleh akses oleh pengguna dari Malaysia.

Bilangan mereka yang akses kepada treler itu telah mencecah ratusan ribu sementara protes umat Islam merebak ke 20 negara setakat ini. YouTube telah menyekat pengguna di Libya dan Mesir daripada akses kepada treler itu buat sementara waktu. Bagaimanapun ia menegaskan tidak akan mengeluarkannya secara kekal kerana tidak melanggar garis panduan YouTube.

Justeru, walaupun kerajaan telah mengambil langkah menyekat treler filem itu secara berperingkat sejak petang semalam, namun pada masa yang sama, didapati bahawa treler filem ini sentiasa dimuat naik oleh pengunjung laman YouTube sepanjang hari dengan menggunakan judul yang hampir sama dengan filem asal.

Antara judul yang berkaitan filem masih belum disekat ialah Muhammad Movie Trailer - Innocence Of Muslims, Innocence of Muslims Trailer "Egypt Protest Movie, Sam Bacile Mohammad Trailer Egypt Protest Film dan Innocence of Muslims - Film That Provoked Libya Terror Attack.

Komen aku:
Tak heran sangatpun bila kafir laknatullah tu menghina Islam, namun lebih hairan bila orang Islam sendiri yang buat penghinaan bagaikan tak teringat nak mati. 





Ahad, 16 September 2012

Video Persembahan Shila Amzah di Asian Wave 2012

Malam ni hanya nak kongsi kekaguman aku dengan artis comel
Shila Amzah yang mewakili Malaysia dalam pertandingan Asian Wave 2012

Jom tengok kedua-dua video nyanyian Shila Amzah dalam Asian Wave 2012
yang bawa lagu Forever Love dan Set Fire To The Rain

Shila Amzah (Malaysia) - Set Fire To The Rain (原唱 Adele)
声动亚洲 2012-09-12 亚洲区第二场 上




茜拉 Shila Amzah Forever Love



Yang sangat aku kagum bukan sahaja betapa comel dan jelitanya Shila Amzah
bila dah bertudung macam tu, vokalnya makin power gila
tapi kan, kagum aku tu makin bertambah dengan anakanda ND Lala ni
sebab dia masih juga kekal bertudung sama macam yang dia pakai kat Malaysia




Sabtu, 15 September 2012

PASSWORD Yang Biasa Digunakan


Hari ni nak kongsi satu info yang aku terima melalui email
diterima dari ICT Security PTM ictsecurity@um.edu.my
berjudul PSST..., I KNOW YOUR PASSWORD!!

ARE YOU SURPRISED? DON'T !!

If yours is one of these most common password,
you may as well hand over your wallet or purse to the first person
you see on the street.

your password is the same as your username
password
123456
12345
123456789
1234567
12345678
princess
abc123
654321
Qwerty
(your first name)

Fact:

Nearly 1 percent of the 32 million people had used and still using “123456” as a password.
The second-most-popular password was “12345.”
Others in the top 20 included “qwerty,” “abc123” and “princess.”

Act now !!::

Do change your password NOW and regularly.

Note :
In a day when all our private data and
banking information is stored behind simple secret words and phrases,
it makes sense to narrow the probability of guesswork as slim as possible.

Sekadar perkongsian…sila terjemahkan sendiri,
Aku dulu sekolah atap je, masa cikgu English masuk kelas
Tetiba Jepun datang serang, ranap semua atap sekolah
Nasib baik aku sempat bertukar jadi atromen taro
Maka berlawanlah tunggang terbalik dengan aksen Kamen
Lompat sana sini baling kiri kanan Kamen Rider Todoroki,
Tak sangka pulaklah tetiba datang bantuan dari power ranger merah
Alahaiiiii! Terjemahlah sendiri...lagi mengarut pulak jadinya kang!




Jumaat, 14 September 2012

Kertas percubaan SPM bocor di FB


Sekarang ni heboh merata tempat pasal Soalan Kertas percubaan SPM dah bocor
bagi Kuala Lumpur dan Selangor yang akan berlangsung
29 Ogos hingga 21 September ini, didakwa sudah tersebar di Facebook
selalunya mereka akan letak soalan itu sehari sebelum tarikh peperiksaan
bagi setiap subjek tetapi pada tahun ini telah diletakkan lebih awal.

Awal pagi semalam, terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut,
namun selepas maklumat mengenainya tersebar di media,
laman itu telah tiada pada jam 3 petang.
terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar
telah dimuat naik di laman tersebut dengan 99.9% tepat seperti soalan sebenar.

Komen aku:
Pernah dengar tentang keberkatan ilmu?
bukan rezeki sahaja perlu berkat, tetapi ilmu yang kita timba juga
perlu berkat bagi kesinambungan kepada rezeki yang berkat.
hal-hal berkat sebegini tak ramai orang suka nak ambil berat
sejak dulu lagi pun, jadi usah hairan!
ramai yang lebih suka mengejar agregat A yang panjang atau cemerlang
dalam peperiksaan yang akan jadi kayu ukur kepandaian seseorang
lagi banyak deretan A kita dapat, maka lebih cemerlanglah kita
hinggakan ramai juga yang sanggup berbuat apa sahaja untuk dapatkannya

Ya, usah salahkah mereka, memang begini caranya kita menilai
tanpa A berderet itu kita tidak dianggap cemerlang
pernah tak bertanya kepada diri sendiri sejauhmana berkatnya
ilmu yang kita dapat? Berkat itu tidak sahaja perlu ikhlas menerima
dan ikhlas juga orang yang memberinya
lalunya…kalau meniru dalam peperiksaan, copy kertas kerja orang,
atau sabotaj rakan yang lain agar kita lebih terlihat cemerlang,
masihkah dianggap sebagai ilmu yang berkat?

Aku sendiri pernah berdepan dengan hal-hal keberkatan ilmu
biarpun keputusan peperiksaan atas kertas aku tak begitu banyakA
ternyata aku diterima kerja berbanding seorang rakan
yang serba serbi Nampak lebih cemerlang
aku tidak mahu tuduh ilmunya tidak berkat, namun semua orang tahu
bagaimana cara dia dapatkan deretan A sebanyak itu
tetapi bukanlah Allah lebih Mengetahui?

Aku tak kata ilmu yang aku ada ini berkat,
namun yang aku tahu, aku dapatkannya dengan usaha keras
yang bukan sedikit tanpa terliur menggunakan jalan mudah.
Alhamdulillah, walaupun aku tak pernah naik pangkat dengan ilmu ini,
namun cukuplah untuk aku sara tekak sendiri
moga-moga mana yang tertunda untuk aku terima di dunia
akan perolehinya semula di sana…