Jumaat, 7 September 2012

Bayi Dalam Mangkuk Tandas Hospital



Fuyoooooo kagum betul aku dengan budak-budak sekarang
sangat maju ke hadapan dalam pelbagai bidang
termasuk acara buang-buang bayi

Di hospital Tengku Ampuan Afzan KUANTAN
Seorang bayi lelaki baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas 
lebih kurang jam 4.45 pagi semalam.

Semasa ditemui kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.
bomba dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit

berikutan itu polis menahan

seorang pelajar perempuan berumur 16 tahundipercayai melahirkan bayi tersebut
di hospital berkenaan.
pelajar berkenaan berada di hospital kerana menemani ibunya
yang menerima rawatan.

kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Nurul Syuhada Tinggalkan TV3



Sedihlah pulak…bermula hari ni, Personaliti TV3,
Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menjelaskan peletakan jawatannya
sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen itu
bukan kerana imejnya yang sudah berhijab atau sebab
kontroversi yang timbul semasa siaran langsung Hari Kemerdekaan lalu.
Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka
Kira dah tutup kes kejadian tu

Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini).
Menurut Nurul, surat perletakan jawatannya di TV3 diserahkan bulan lepas,
Bukannya selepas berlaku kontroversi siaran langsung hujung bulan lalu.
dia juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga
dan hanya mengacara secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).

keputusan Nurul Syuhada berhenti dari TV3  lakukan kerana
mahu memberi tumpuan kepada perkara lain, menyambung pelajarannya
pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam dan
merancang untuk menimang cahayamata.

Komen aku: Terimalah dengan hati yang terbuka ya,
Andai itu yang terbaik untuk Nurul Syuhada, peminatnya patut sokong dia
Alhamdulillah, dia nak bina sebuah rumahtangga yang indah,
Perkara baik sebegitu sepatutnya kita sokong
Tak sabar pulak aku nak tunggu bakal cahayamata Nurul syuhada tu,
Mesti comel dan cantik macam mak dia, tak pun
Hensem kacak macam papa dia…

Mmmmmm nanti mesti rindu si comel Nurul Syuhada Nurul Ain ni kan?

Khamis, 6 September 2012

Cerita Dan Gambar Sekitar Banjir Kilat Di Sungai Ramal & Serdang


Ini masih lagi berkisah tentang kejadian banjir kilat di Serdang
Yang berlaku di lembah Kelang pada 4 September lepas
Hingga menyebabkan kesesakan teruk merata tempat terutama
Lebuh raya Plus di serdang dan guru serta murid terperangkap banjir
hingga malam Di 2 buah sekolah di serdang
itu belum masuk lagi dengan berapa banyak kereta tenggelami banjir
dan rumah dimasuki air

kalau nak tengok gambar banjir di tol sungai besi
boleh tengok blog Cik Lily Puteh
nak tengok gambar-gambar banjir di sekolah sri serdang
bolehlah tengok di facebook seorang ibubapa pelajar ni

namun kalau nak tengok gambar-gambar dan cerita sekitar
kejadian banjir kilat yang berlaku di sungai ramal dan sungai ramal dalam,
kajang…boleh tengok blog ADUN kajang ni…
huh u hu dah dekat benar dah dengan rumah aku
tapi malam tu aku tak jenguk keluar rumahpun
tak tahu apa ke benda jadi dengan jiran sebelah taman nun
sebab bila dah pekena nasi kerabu sebungkus
mata memang berat sangat dah, tambahan pula seharian itu
letih benar aku memunggah dua tiga guni kertas buangan

sebenarnya, bila kejadian banjir kilat di serdang yang teruk tu
baru aku terjumpa blog ADUN dr Shafie Abu Bakar ni
aku tahu dia orang politik, tapi aku hanya kongsi cerita hari kejadian
bukan bermakna aku menyebelahi mana-mana parti politik ya...
tambah pula aku pernah berguru dengan YB Dr Shafie Abu Bakar ni
sangat beruntung tau pernah jadi murid beliau
yang tak untungnya, orang ingat aku berguru politik
padahal…aku berguru macam mana nak tulis puisi jiwang karat
adusssss! Tetiba aku terjebak dalam agenda politik orang lain!



Rabu, 5 September 2012

Maut Ditikam Abang Kerana Tukar Siaran TV


Gara-gara berselisih faham menukar siaran televisyen,
seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya
di Kampung Telaga Papan di Kemaman, TERENGGANU
kerana bergaduh dan bergelut.
kejadian berlaku kira-kira 8 malam.

Semasa bergelut suspek mencapai objek tajam
dan menikam perut mangsa.
suspek berusia 37 tahun itu kemudian melarikan diri.
Sebelum itu, (hari yang sama) dua beradik ini bergaduh berebut motosikal

mangsa, berusia 23 tahun, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh,
Kemaman, sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

suspek berjaya ditangkap kira-kira 4.15 pagi tadi
di Kampung Telaga Papan, Kemaman. ujian saringan air kencing mendapati
suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat
kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Video Isteri Muda Mengandung 2 Bulan Dibelasah Suaminya



kalau baca mstar, ada gambar Ketua MCA Ipoh Timur
Datuk Thong Fah Chong mengadakan sidang akhbar tentang
mangsa dera Amanda Fong Kim Yen, 19 tahun telah dibelasah suaminya
yang boleh dilihat di youtube

video Wanita hamil dua bulan itu dibelasah suaminya telah tersebar di laman sosial facebook.




Komen aku: semuanya bermula dengan si isteri menutup sumber kuasa letrik
sambungan ke komputer...belasah sampai lembik?
mmmmmm entahlah!

Kemaskini dari Sinar Harian:


Mangsa dera: Suami pukul saya, tekan perut guna lutut

5 September 2012

IPOH - Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mendakwa menjadi mangsa dera suami hari ini tampil untuk memberi penjelasan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan penderaan terhadapnya.

Amanda yang hadir di Pejabat MCA Ipoh Timur bersama ibunya Lily Yeoh, 49, dan peguam yang mewakilinya Datuk G. Amajit Singh Gill pada kira-kira pukul 2 petang menceritakan kejadian itu yang turut dimuat naik ke dalam laman facebook miliknya.

Dia yang masih dalam keadaan trauma berkata, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham dengan suaminya pada 23 Ogos lepas.

"Semuanya bermula apabila rakan suami saya mahu menjual minyak wangi berjenama kepada kedai kami, saya tidak suka cadangan itu, saya tidak percayakannya kerana rakan suami saya pernah berhutang RM2,000 sejak dua tahun lepas dan gagal membayarnya.

"Saya takut minyak wangi itu tiruan. Saya berhenti bertengkar kerana perut saya rasa sakit dan saya mahu balik dan berehat dan dia mula bertindak ganas terhadap saya," katanya kepada pemberita.

Amanda berkata, suaminya mengetahui beliau hamil dua bulan, namun tetap memukulnya termasuk menekan perutnya menggunakan lutut, bagaimanapun tidak menggunakan sebarang senjata atau kayu.

Wanita itu berkata, bapanya membuat laporan polis selepas kejadian berlaku manakala dia membuat laporan polis pada 3 September lepas selepas memuat turun rakaman kejadian itu di dalam facebook miliknya pada 30 Ogos untuk diberikan kepada polis untuk membantu siasatan.

Menurutnya, dia yang mendirikan rumah tangga pada 17 Januari lepas mengetahui suaminya itu mempunyai sikap panas baran dan agresif dan pernah dikasari sebelum mereka berkahwin dan beliau sentiasa memaafkannya dan berharap suaminya akan berubah.

Amajit Singh berkata, Amanda merupakan seorang gadis yang berani untuk menceritakan pengalamannya.
"Dia memuat turun video di dalam internet adalah kerana bimbang dengan kejadian itu dan meminta polis menyiasat kes ini dan seterusnya mengambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim melalui khidmat pesanan ringkas berkata kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk tindakan. - Bernama


Kalau diikutkan, memang serba tak kena jadi perempuan...





Apapun, aku bersyukur je jadi perempuan
Walaupun dah lenguh mulut orang dok mengomel mengata
macam video kat atas...