Isnin, 6 Ogos 2012

'Durian Runtuh' Generasi Kedua Felda Selepas Aidilfitri


Ini kisah gembira yang mengembirakan orang-orang felda
maklumlah nak dapat duit raya @ bonus aidilfitri
Ohhhhhh! Aku pun gembira juga walaupun bukan dari felda
Manalah nak tau kan, kot la ada sesiapa dari ganerasi kedua felda bagi duit raya
Boleh gitu? Mmmmm kira boleh aje kan…

Generasi kedua peneroka Felda dijangka menerima 'durian runtuh'
selepas sambutan Aidilfitri ini, kata Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad
Bagaimanapun, tarikh sebenar akan ditentukan oleh Perdana Menteri

"Kita tak ada masalah (beri durian runtuh). Perdana Menteri akan tentukan bila,
dan kita akan bayar kerana duitnya sudah sedia ada. Ketika ini, kita (Felda)
sedang menguruskan pemberian 'durian runtuh' fasa kedua untuk isteri peneroka.
Lebih 50 peratus agihan yang bermula sejak minggu pertama Ramadan
telah selesai dibuat kepada mereka yang layak,"

Mmmmm aku pulak yang teruja lebih-lebih ya…
Tak apa, aura gembira boleh buatkan wajah lebih berseri dan awet muda
Sila amalkan selalu…jangan senyum sensorang dah la ya
Kang ada pulak yang kena cop “putus fius” huh u hu


Budak Perempuan Mangsa Pemujaan, Rumah Mendiang Loga Alleycats Terbakar


Baca je berita online, terus dahi jadi berkerut…fuhhh! Tak boleh jadi ni
Awet tua karang kalau selalu macam ni…

Ada dua berita sedih hari ni…pasal Rumah bekas penyanyi Alleycats terbakar
Dan kisah kanak-kanak dijadikan mangsa pemujaan keluarga sendiri
Adusssss! Tersentap hati sekejab!

Tingkat atas rumah dua tingkat bekas penyanyi Alleycats,
mendiang Datuk A. Loganathan di Jalan Azyze, Tanjung Bungah
telah musnah dalam kebakaran walaupun tingkat bawah masih tidak hangus
Balu mendiang, Datin Susan Loganathan, 56, berkata
kejadian kira-kira 11 pagi itu, beliau dan adik lelakinya Kevin Jonathan Boudville, 46,
sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dan
melihat kepulan asap di tingkat atas kediamannya.
mereka segera mencapai dokumen penting dan terus keluar dari rumah

Beliau mengalami kecederaan ringan pada tangan dan sedikit rambutnya terbakar,
tingkat atas kediaman itu menempatkan koleksi piring hitam nyanyian mendiang suaminya
sejak tahun 1980-an dan pelbagai barangan berharga seperti barang kemas & wang tunai
semuanya telah hangus dijilat api, tetapi kenangan lain bersama suaminya
seperti gambar kenangan, trofi dan pelbagai anugerah mendiang
yang diletak di tingkat bawah tidak terjejas.
Takziah kita ucapkan kepada Datin Susan Loganathan, moga dia sabar
dengan musibah ini…

tapi hati aku jadi sayu je bila seorang Kanak-kanak perempuan
telah maut ditindih dalam upacara pemujaan oleh 8 orang keluarganya sendiri;
ibu, bapa, nenek, bapa saudara, ibu saudara, dua sepupu termasuk pembantu rumah
berusia antara 16 tahun hingga 67 tahun…semuanya kerana upacara pemujaan
dan jampi atas sebab yang tidak diketahui.
Tak boleh bayang macam mana…kesiannya budak tu yang baru berusia tiga tahun
Dah jadi emping apa budak tu…

kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan
berkunjung ke rumah itu… melihat pintu utama rumah tidak berkunci
dia segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.
pintu bilik itu didapati berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu,
dia segera memaklumkan kejadian kepada polis terpaksa memecah masuk bilik
dan mendapati kanak-kanak itu sedang ditindih kesemua suspek.

Komen aku: Dunia dah makin pelik, tapi itulah kebenarannya
Itulah yang berlaku…




PM Kata: Kerajaan Pusat Adil, Telus & Tidak Nafikan Hak Rakyat Kelantan


Ohhhhh! Aku sangat bangga, Alhamdulillah!
Berkat Ramadhan barangkali…berkat Nuzul Qur’an barangkali!

Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana menteri Negara Malaysia tersohor ini berkata
kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara
termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.
Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berlaku adil
dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.

Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah,
kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu
bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...
isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini.

Perdana Menteri gembira dengan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan
dalam majlis yang dihadirinya sebelum ini dan juga hari ini,
yang menunjukkan sokongan mereka kepada BN.
Beliau berkata rakyat Kelantan mahukan perubahan dan
BN sudah bersedia untuk melakukan tranformasi
termasuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih.
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan pembinaan Hospital Bachok
yang akan dimulakan pada tahun depan.

Ohhhh! Sila yakinkan aku untuk terus percaya!

Komen aku: aku ni sebenarnya orang yang mudah serik
bila aku serik, sebutlah rimau ka gajah ka…aku tetap serik
kalau aku komen banyak…kang ada hati terguris sakit
biarlah buat masa ni hati kami yang patah relai dilelong jaja
namun, kenalah tahu…bila dah serik, semuanya akan jadi payah!




Ahad, 5 Ogos 2012

Chong Wei dapat Perak dalam Badminton Olimpik London


PEMAIN perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menang set pertama
dalam pertemuan akhir Sukan Olimpik 2012 London.

Chong Wei menamatkan set pertama, 21-15 dalam 26 minit.
tetapi kalah dalam set kedua 10-21 dalam 20 minit.
set ketiga ditamatkan dengan 19-20…errr lupa lak berapa minit
sebab hati begitu luluh saat itu…


Pertemuan antara Chong Wei & Lin Dan adalah pertemuan ulangan ke-30
antara kedua-dua jaguh ini.

Datuk Lee Chong Wei beraksi pada Sukan Olimpik 2012 London
sebagai pilihan pertama dan membawa harapan negara untuk membawa emas.

apa nak dikata…pukulan terakhir Chong Wei terlalu kuat hingga terkeluar gelanggang
Chong Wei hanya mampu dapat Perak sahaja dalam badminton Olimpik London
kalau menang, Chong Wei bakal menerima RM4 juta tu…hu hu hu
tak dapatlah nak pinjam barang sejuta dua…
apa-apapun, persembahan yang ditunjukkan Chong Wei memang terbaik

Errr aku tahu satu Malaysia agak kecewa
lebih-lebih lagi yang dok idamkan aiskrim Baskin Robin percuma


PsssT: 11.24 malam nanti satu lagi siaran langsung untuk acara berbasikal pula

Komen aku: Chong Wei tak perlu minta maafpun kepada seluruh rakyat Malaysia
dia memang dah berikan saingan sengit...dalam keadaan minit terakhir tu,
tak siapa jangka siapa bakal menang...
aku tetap bangga dengan dia!




Pesanan Kepada Pembaling Mercun Di Stadium


Orang main mercun bukan musim raya je
Musim bola pun baling merjun jugak
Cer dengar apa budak ni nak pesan tang baling mercun ni…




Raya ni berapa ramai main mercun? sila angkat tangan!
Berapa orang main meriam buluh?
Errrr…aku nak main peluru berpandu lah!
Nak kena mintak dengan iraQ ni…