Isnin, 30 Julai 2012

Kerepek Untuk Raya


Dah pun 10 Ramadhan, baru nak war warkan tentang jualan kerepek raya
seperti tahun lepas, kerepek raya rembow menawarkan kerepek sedap
yang rapuh dan ragup untuk tempahan hari raya Aidilfitri bakal menjelma
maklumat lanjut, harga dan gambar-gambar boleh tengok
di Kerepek Raya Rembow

tahun lepas, aktiviti bawah tanah aku bergerak awal sikit, sebelum Ramadhan
tahun ni, masuk Ramadhan baru mula nak gerak
sibuk mengejar dunia, tak sempat nak letak di entri
tak sempat nak promosi, tetapi beberapa orang rakan terdekat
kat ofis tu dah mula menempah bermula Ramadhan
mereka ni dah tahu kesedapan dan keenakan kerepek Rembow
yang sangat rangup kruk kruk dikunyah tak sedar habis setengah kilo
bila tahun ni aku masih lagi jadi ejen, mereka tak lepaskan peluang
terima kasih kepada DJ, DZ dan kak maz yang order
kerepek pedas kering, pedas basah, BBQ, kerepek Pisang Abu dan lada hitam.

Tahun ni, maruku homemade dan simpul kasih tak dapat kami tawarkan
walaupun sebelum ramadhan lagi dah ada yang tanya
sebabnya tak berapa nak cukup kaki dan tangan dah
kami juga kerja, nak menyimpul tak sempat sangat-sangat
curi-curi masa untuk sempurnakan semua tempahan ni

Tahun ni juga, sebenarnya harga dah naik
tapi, kami masih lagi mengekalkan harga tahun lepas
walaupun kami dapat untung yang sedikit kurang, namun
moga-moga tidak membebankan sangat rakan-rakan
maklumlah, musim raya…keseronokan itu biarlah
sama-sama dikongsi. Moga dengan kesedapan kerepek dari Rembow
menambah sedikit lagi keriangan dalam sambutan aidilfitri kalian.

Kali ni juga kami tak ambil banyak bekalan dek alasan yang sama;
tak sempat dan tak cukup kaki serta tangan nak uruskan
tambah pula, aku cadang nak balik kampong awal sikit kali ni
selain nak berbuka dan berpuasa di kampong dengan Mek Ayah,
nak buat maruku sikit untuk rumah kami, dah janji dengan anak buah
dia cukup teruja nak tolong, jadinya…siapa yang cepat akan didahulukan
aku anggarkan tarikh akhir untuk buat tempahan adalah 10hb Ogos 2012
itupun bergantung kepada stok yang ada
Ahad lepas, kerepek pisang Abu tak ada stok langsung
selain harganya dah naik mencanak
jadi, kali ni kami tak ada bekalan kerepek pisang Abu

kepada rakan-rakan yang berada di sekitar kajang, Bandar baru bangi,
serdang, nilai, nilai 3, Bandar seri putra, Bukit mahkota
yang memerlukan bekalan kerepek sempena musim perayaan,
ataupun kalau bukan musim perayaan
masih juga boleh diusahakan jika kuantiti yang besar
[tetapi kami tak jual pukal ya…kami jual runcit]
Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi kami
di 012-274 1940, atau emelkan ke annieyss@gmail.com atau
kerepekrembow@gmail.com atau boleh juga tinggalkan masej
di FB kerepekraya.rembow

tempahan dibuka hingga stok habis.

Ahad, 29 Julai 2012

Peneroka FELDA Dapat Duit Raya RM400


Wahhhhh! Peneroka felda boleh senyum dah tu
PM dah umum nak bagi duit raya kepada peneroka sebanyak RM400
Libatkan 112,635 peneroka FELDA seluruh negara
membabitkan jumlah peruntukan RM43.2 juta.

RM400 seorang bagi setiap peneroka FELDA dan
RM200 seorang bagi peneroka yang bukan bersama FELDA.

Komen aku: bagi lagi banyak…lagi aku suka
Walaupun aku bukan orang FELDA ;)

Jumaat, 27 Julai 2012

Harga 20 barang makanan dikawal sempena Aidilfitri


Seperti biasa, bila musim perayaan…
ada harga kawalan untuk barang tertentu
kalau di Bangi, harga kawalan tu akan dipatuhi
tapi bila balik kampong, susah nak percaya
penguatkuasaan sangat kurang, jadi ramai peniaga ambil kesempatan
pekan kecil je, memang dah biasa berlaku macam tu
lainlah kalau penguatkuasaan dan pemeriksaan selalu buat

tahun ni 20 barang makanan telah disenaraikan untuk kawalan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
telah mengenal pasti 20 jenis barangan makanan yang akan diletakkan
dalam skim kawalan harga pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
senarai barangan dan harganya telah siap dan akan dibentangkan
di Kabinet dahulu sebelum diumumkan seminggu sebelum Aidilfitri.
Semua barangan adalah barang yang penting untuk kegunaan
menjelang sambutan hari raya dan ada harga yang turun sedikit
dan ada yang naik sedikit berbanding tahun lepas.

Kena tunggu beberapa hari lagi kot untuk dapatkan senarai harga
20 barang makanan dikawal sempena Aidilfitri



Falsafah Cinta Hari Jumaat...


Sindiket Ijazah palsu Tumpas


Cerita beli ijazah @ ijazah palsu bukanlah cerita baru
dah lamapun berlaku, masa aku tengah belajar pun
ramai dah beli ijazah terutama ahli perniagaan dan menteri
menteri? ya menteri…kalau aku sebut namanya
satu malaya boleh kenal sebab sebelum inipun dia ada kes lain
yang popularkan dia satu malaya

Ohhhh sila jangan fitnah di bulan Ramadhan nan mulia ni
mana ada fitnah, itu dah realiti
bila dia popular satu malaya dengan kes yang satu lagi tu
nak redakan suasana, dia tak aktif dalam politik
(sekarang dah aktif balik…)
dan sambung belajar di UKM. Mana aku tahu?
sebab dia terkemudian setahun dari aku
pernah sama-sama dalam bilik seminar sebagai pelajar
namun, dia tak habis belajarpun sebab tak siap tesis
walaupun tesis tu orang lain yang buatkan untuk dia
tiba-tiba dia dapat ijazah doktor falsafah dari Filipina
tanpa menyiapkan belajarnya yang terdahulu.
Boleh gitu ek? Boleh aje…asal ada duit la la la

Jadi mengapa aku dok susah payah tonggang terbalik
siang malam bazirkan masa kurangkan tidur dan bermimpi?
mudah je sebabnya…tak berapa cukup duit nak beli ijazah palsu
la la la hu hu hu…nasib baik ada bonus hari raya aidilfitri
dapatlah bayar hutang yuran yang masih tertunggak tu
boleh gitu?...memang boleh sangatlah!
beli baju raya bila-bila pun boleh, bukan orang tahupun
aku ada baju raya ke tak, tapi…baju raya Mek dah beli
la la la sebelum umum bonus lagi dah beli!

Polis berjaya menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu
bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara,
siasatan awal mendapati 525 orang 'graduan' tempatan serta asing
dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.
identiti semua 'graduan segera' yang terlibat, termasuk ahli politik dan
individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.
sepasang suami isteri menjadi dalang sindiket menjual sijil palsu
ditahan pilis semalam; suspek lelaki yang juga pengarah syarikat
berusia 37 tahun, ditahan di Cheras, manakala isterinya,
seorang pensyarah berusia 36 tahun, [pensyarah universiti manakah itu?]
ditahan di pejabat mereka di USJ 10, Subang Jaya.
Kedua-dua mereka direman empat hari sehingga esok
mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu

serbuan di pejabat suspek, polis merampas senarai penerima sijil,
dokumen-dokumen permohonan, sijil ijazah palsu,
gambar konvokesyen, kad pelajar serta pelbagai risalah.
siasatan mendapati kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit
sejak 2003 dan mendapat pelanggan melalui ejen tertentu
yang dihantar untuk mencari pembeli termasuk secara online.
ya…kerja dengan kerajaan payah nak kaya
gaji pensyarah berapa sen je, kerja tonggang terbalik nak runtuh langit
entah bila boleh pakai Ferrari merah cili ya…hu hu hu

sijil palsu ditawarkan dengan harga RM6,500 bagi ijazah,
RM8,500 (sarjana) dan RM10,500 (doktor falsafah) pelbagai jurusan
yang kononnya diiktiraf oleh lima universiti luar negara,
antaranya University of Rockhampton, Harvey International University,
Cannington Brook University dan Charles Molnar University.
Itu dah kira murah tu…dulu-dulu harganya cecah RM20k
Sebab tu aku tak mampu, kalau ada duit banyak tu
Baiklah aku guna untuk joli joget-joget menari hindi di Kashmer
Walau bagaimanapun, tidak semua universiti terbabit wujud
mereka dikenal pasti mengaut keuntungan melebihi RM5 juta
hasil kegiatan berkenaan…makcik kayooooooooo!
Pembeli sijil juga tahu sijil diterima adalah palsu.

Pelanggan hanya perlu membayar wang mengikut sijil yang dikehendaki
mereka tidak perlu belajar, mengambil ujian atau menghantar kertas kerja.
senang betul belajar cara ni…boleh beli 10 sijil tampal kat dinding ni…

apabila jumlah pelanggan yang didaftarkan mencukupi,
satu majlis konvokesyen akan diadakan di mana-mana hotel terkemuka
di Lembah Klang, kononnya untuk mengiktiraf penerima ijazah atau 'graduan' terbabit.
majlis itu dijalankan sama seperti majlis konvokesyen yang diiktiraf
penerima ijazah palsu turut memakai pakaian konvokesyen
selain ahli keluarga dijemput hadir.
bayaran lain turut dikenakan bagi sesi konvokesyen itu.

Usahlah terlalu kagum bila jumpa seseorang ada juta-juta jenis sijil
dan ijazah termasuk dari luar negara...asal ada duit, sesiapa sahaja boleh beli
selain boleh beli Ferrari merah cili menyala, ijazah juga boleh beli!
Itulah besarnya kuasa duit…