Jumaat, 13 April 2012

Video Kes Sri Wani “Isteriku Seorang lelaki”


Ekoran kisah seorang bekas Dekan, Dr Baharom Sanugi
menfailkan bubar perkahwinan dengan Sri Wani Choo Abdullah
kerana mengesyaki isterinya itu seorang lelaki
Sri Wani akhirnya menggunakan saluran yang sepatutnya
memohon injunksi menghalang madu-madunya membuat fitnah kepadanya

laporan polis berkaitan gangguan terhadapnya seperti
diekori wartawan dan gangguan lain termasuk fitnah akan dibuat sama
dengar ceritanya, Sri Wani akan kemukakan saman RM6 juta
terhadap individu tertentu yang sedang merosakkan reputasinya
dan reputasi perniagaannya

Berikut adalah video pendek tentang hal ni
Jujurnya, aku boleh nampak betapa cantiknya dia…


Sri Wani terkenal sekelip mata apabila suaminya
failkan kes di Mahkamah Syariah Gombak Timur,
kerana mengesyaki jantina isteri ketiga yang dikahwininya pada 19 Ogos 2009 itu
Walau bagaimanapun, ibu saudara Sri Wani, Connie Chee,
Mengesahkan bahawa beliau adalah perempuan
Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian

Keputusan mengenai permohonan DNA akan diumumkan
Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 April ini.
kena tunggu minggu depanlah ya keputusannya. Sila bersabar!


sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan gambar tempat tinggal
dan premis perniagaan Sri Wani tanpa kebenaran.
Dah tentu jejaskan maruah keluarga dan bahayakan keselamatan Sri Wani.
hingga ada yang berani ekori Sri Wani ke rumah,
belum kira lagi panggilan dari orang tidak dikenali
nak berkenalan, ajak kahwin dan macam-macam.
Ajak kahwin????? Gila ke apa…dia masih bini oranglah!
tak tau hukum betul itu punya olang huh u hu

sejak kisah ini diketahui umum, dia terpaksa sembunyi di rumah
kerana diburu media, dan individu tidak dikenali.
Sri Wani memerlukan sedikit masa untuk membuat pindaan afidavit
sebelum diserahkan bersama afidavit asal sebagai rujukan
Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak)
terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan
mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sri Wani memeluk islam pada 2001 dan berkahwin pada Ogos 2009
di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.
Menyedari isterinya seorang lelaki,
Bahrom membuat aduan di Jabatan Agama Gombak dan
diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.
sebelum prosiding selesai atas alasan perkahwinan diragui.
Kes ditetapkan untuk perbicaraan bermula 17 Mei ini.

Bagi aku, tak payahlah nak komen apa-apa terutama berkaitan
hal yang kita tak tahu apalagi bila ada kaitan tentang hukum hakam agama
biarlah orang yang lebih arif dan mahkamah kita tentukan
tak payahlah mempertikaikan mengapa selepas lebih setahun kahwin
baru sedar dan memfailkan faraq (pembatalan perkahwinan)
dah tentu banyak sebab banyak alasannya
bukan mudah untuk kita putuskan sesuatu tindakan terutama
bila kita orang ada nama ada pangkat
bukan sahaja kena jaga muka sendiri, nama tempat kerja kena jaga
maruah keluarga, isteri dan anak-anak juga kena pertimbangkan
belum kira lagi pandangan masyarakat terutama blogger
dan berjuta alasan lain yang kita tak tahu

Bagi aku juga, bila berlaku sesuatu yang sebegini
libatkan nama baik dan maruah orang lain
tak payahlah kita nak latah lebih-lebih sebab kita memang tak tahu apa-apa
tuan empunya diri yang lebih tahu
tak payah buat spekulasi dan tambah rumitkan lagi keadaan
tambah buruklan lagi situasi yang ada
Kenapalah kita tak fikirkan sejenak dan cuba untuk berada
dalam keadaan mereka semua

bila ada masalah (apapun) kita memang stress
orang keliling juga stress, jadi kita yang tak terlibat ni
tak perlulah ulas dan tambah kusutkan lagi masalah tu
patutnya kita turut bagi sokongan dan kekuatan kepada mereka
Sri Wani contohnya perlu kekuatan untuk diri sendiri
kena kuat untuk teruskan perniagaan, kuat nak jaga air muka
kuat untuk keluarganya, nak berdepan dengan masyarakat lagi
si suami pula nak kuat untuk diri sendiri,
kuat berdepan dengan isteri-isterinya yang lain,
kuat berdepan dengan anak-anaknya
keluarganya, kawan-kawan, masyarakat malah rakan sekerja
sejauh mana kita pernah terfikir tentang ini
atau sebenarnya kita hanya lepaskan komen tanpa fikirkan apa-apa?
sentiasa anggap kita je yang betul
kita je yang pandai...orang lain semua tak betul, tak pandai

Hanya orang yang pernah hadapi ujian berat sahaja
akan lebih faham bagaimana kesukaran mereka

mungkin ramai tak suka pendapat aku, aku tak kesahpun
namun bagi aku yang pernah terduduk dengan ujian besar sebegini
(kes je berbeza, ujian tak sama namun perlukan kekuatan besar juga)
untungnya kes aku tak masuk muka depan akhbar
dan jadi jutaan entri para blogger, yang aku sedar adalah:
bila kita diuji, bukan hanya kita sahaja terima ujian itu
namun semua orang di sekeliling kita
ibu bapa, pasangan, anak-anak, adik beradik, kawan-kawan
malah masyarakat juga
ada kala kita memang mampu untuk berdepan semua kesukaran
namun orang-orang di sekeliling kita yang gagal
dan kita, akan lebih mengenali siapa yang benar-benar
mampu kita harapkan
ada masa memang kita perlukan mereka bantuan kewangan
kalau tak mampu tolong, maknanya mereka tak ada duit
walaupun ada juga yang tak mahu tolong
namun kegagalan yang paling besar adalah
bila mereka juga gagal untuk mempercayai kejujuran kita
dan terpedaya dengan kata orang lain
bukan susah sangatpun sebenarnya
kita hanya nak minta mereka percaya sahaja
“sila percaya aku!” tak payah pakai modal apa
namun inilah yang paling sukar dan mahal
dan andainya kalian jumpa seseorang yang sangat percayakan kita
biar apapun keadaannya, maka itulah orang yang tidak patut untuk diabaikan 
dalam hidup ni sebab orang sebegini sangat sukar untuk kita jumpa
sangat kita perlukan untuk beri kekuatan kala kita goyah
dengan segala ujian kehidupan.

Biar apapun yang berlaku antara Sri Wani dan suaminya
dan madu-madunya atau anak-anak tirinya
hanya mereka yang tahu hanya Allah yang tahu
usahlah kita tambah luka yang ada dengan perahan limau
berikan mereka masa untuk selesaikan dan kita sama-sama doa
agar semuanya berakhir dengan sesuatu yang sepatutnya
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang kita jarang nampak
namun aku sangat percaya itu sebagaimana aku jumpa
sebegitu banyak kasih sayang Allah dan hikmah tersembunyi
yang Allah nak tunjuk. Sebelum tu aku buta
bila Allah beri peringatan, putaran hidup aku sangat berubah
namun aku syukurinya kerana kini Dia telah tunjukkan
apa yang aku tidak pernah tahupun sebelum ini.
Jadi, sama-samalah kita berfikiran positif.

Bila jadi kes seumpama ini
Aku dapat ilmu baru tentang undang-undang keluarga Islam
Sebelum ni tak tahu sangat, sekarang celik mata sikit tentang:

“Mana-mana individu sama jantina yang berkahwin boleh didakwa mengikut Seksyen 11 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan jika sabit kesalahan, mahkamah berhak membatalkan perkahwinan tersebut,”

Betul! Aku tak pernah ambil tahupun tentang ni
sebelum ini…biasanya aku tahu tentang hal-hal berkaitan diri je
walaupun kadangkala terbabas juga ilmu tak berkaitan
tapi ilmu ni ilmu baru bagi aku
kena ucapkan terima kasih juga dengan kes ni

Wahhhhhhhhhhhh panjangnya entri hari jumaat petang ni
walaupun sebenarnya hanya nak tulis
"selamat balik kampong Cik Bintang,
sila memandu dengan berhemah di lebuh raya"


Video Gempa di Aceh 12 April 2012

Kalaulah kita sendiri yang berada di sana
tidak tahu entah bagaimana kita
sempena hari jumaat ini aku kongsikan beberapa video
tentang kejadian gempa pada rabu lepas

Berita awal tsunami di malaysia


Di banda, Aceh: Panik. Tak tahulah kalau aku ada sama kat sama


Di Padang: perkarangan hospital dan jalan raya


Laporan TV …semasa goyangan gempa


Rakaman amatur wilayah Ulele



gempa 8.8sr kawasan banda aceh.. wilayah ulele..
(kawasan ni adalah kawasan yang musnah dibadai tsunami 2004,
Berhampiran pantai)
orang orang panik.. dan melarikan diri.
air laut sempat kering (surut dengan cepat )...
tapi 3 jam kemudian air kembali normal. Suasana tetap waspada..

Laporan TV di Nias


Di Danau Toba


Pengumuman Gabenor Indonesia di TV


Tiba-tiba aku terkenangkan Pak Sani dan keluarga mereka
di sana…harapnya semua baik-baik sahaja

Yuna dalam Program Conan TV US


Bangga dengan artis comel molek manis jelita Yuna
Diundang dalam Bual Bicara dikendalikan Conan O’Brien di TV US
Yuna buat persembahan nyanyi lagu Live Your Life dalam salah satu
Rancangan Paling popular di Amerika Syarikat.

Bangga tak? Bangga tak?
Banggalah jugak sebab aku memang dah tahu
aku ni tak akan muncul kat TV US tu macam Yuna huh u hu sedar diri gak aku ni

Yuna Performs "Live Your Life" - CONAN on TBS


Muncul sebagai Penyanyi Wanita Popular semasa ABPBH 2011
memang tak hairanlah kalau Yuna mampu pergi jauh
di peringkat antarabangsa sekalipun
sebelum ni pun banyak pencapaian dia
bukan sahaja jadi duta Canon
Duta Samsung galaxy note juga

Seronok juga menonton satu program TV…lupa dah program apa
Tengok Yuna bawa keluarga melancong Eropah
Pergi Paris dan Itali lagi tu…
Hu huh u tetiba terkenangkan kebab sedap kat lorong belakang Notre Dame
Masa yang sama dia ambil kesempatan buat penggambaran
projek MHbuddy Greets The World Travelogue,
untuk siaran di laman sosial penyanyi ini.
Kerjasama dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
MHbuddy Greets The World Travelogue
Promosikan percutian mmmmm MAS taja percutian Yuna dan keluarga rupanya
Bilalah pulak MAS nak taja percutian aku ya?





Khamis, 12 April 2012

Rita Rudaini Aidil Zakuan Bercerai?



Bulan lepas heboh dan meriah dengan kisah percintaan
pertunangan, perkasihan, perkahwinan dan bulan madu artis
Fasha sandha dan jejai, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya,
Lisa Surihani dan Yusry, Liyana Jasmey, …Kisah-kisah manis semuanya,
tetiba masuk bulan ni
bukan sahaja seminggu dua lepas geger gegak
dengan isteri ke tiga bekas dekan USIM Sri Wani yang comel
diragui status jantinanya lelaki atau perempuan
dalam fail permohonan pembatalan perkahwinan
atau yang paling popularnya tentang
perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai pada 27 April nanti
Errrr…aku kena jemput tak?
Kalau ada yang jawab ya tu…memang nak kena ketuk kepala
Hu huh u aku bukanlah sesiapa di hati Jejai untuk dia jemput

Merebak juga tentang tawaran hadiah RM100 ribu
jika berjaya membuktikan memang benar
ketika kehangatan ABPBH 2011 di Genting Higlands
malah kemenangan Aaron Aziz sempat dipertikaikan
berlanjutan pula dengan kemelut Zed Zaidi dan Aaron Aziz
saling berbalas tweet hingga aku pula yang migrin
pelakon luar bagi Zed Zaidi hanyalah macam pembantu rumah
huh u hu boleh bayangkan apa reaksi
peminat Aaron Aziz pelakon kacak itu?
sakit kepala setiap hari dengan kekalutan dunia
yang macam-macam peel belum masuk peel aku

hangat betul dunia ni dengan macam-macam cerita
belum campur dengan cemasnya bila Aceh dilanda gempa
dibimbangi berulang semula tragedi tsunami besar 2004.

Cerita retak menanti belah rumahtangga artis jelita
pelakon cantik ayu manis Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
dah lama tersebar, boleh kata sepanjang usia perkahwinan mereka
hingga dikurniakan dua orang cahaya mata
tak pernah tenang dengan gossip dan khabar angin
namun masih jua bertahan walaupun macam-macam cerita timbul
termasuk hubungan Rita dan Ayu Raudah
Rita Rudaini dan Aidil Zakuan dah cerai ke?
belum cerai tetapi dalam permohonan bercerai.

Aku tak nak  komen banyak pasal perkahwinan mereka
atau kisah permohonan cerai mereka
itu kisah mereka yang hanya mereka sahaja patut tahu
yang aku nak nyatakan kat sini adalah:
anak-anak mereka masih kecil
sangat perlukan kasih sayang dan perhatian
sangat perlukan pengisian emosi
jadinya, utamakan mereka dari diri sendiri





Rabu, 11 April 2012

Tsunami Di Aceh, Pelajar Malaysia Selamat



Sejak petang tadi kelam kabut merata tempat
Bila gegaran dialami di beberapa tempat di Malaysia
Termasuk Putrajaya, KL, Penang dan Kedah
Hingga amaran tsunami dikeluarkan di beberapa tempat
Termasuk Langkawi
Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.
Lebih kurang seribu penduduk di Kuala Muda
tinggalkan rumah masing-masing Ke Dewan Serbaguna
Tunku Intan Shafinaz bila diarahkan pihak berkuasa
Risau tsunami 2004 berulang semula


Semua ini angkara gempa bumi berukuran 8.1 skala Richter
yang berlaku di Aceh,  Sumatera Utara Indonesia petang tadi.
Indonesia mengeluarkan amaran tsunami
Menurut Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS)
gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) 
ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer,
 berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004

Gegaran itu dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India.
Amaran tsunami dikeluarkan kebanyakan negara di rantau Lautan Hindi
Lapangan terbang Phuket ditutup sebagai langkah keselamatan

Gempa ini berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu
Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung
Ekoran gempa bumi berkenaan, 
tsunami setinggi 0.8 meter berlaku di pantai aceh
Iaitu di pantai Sabang dan Meulaboh kira-kira pukul 6 petang 
(7 petang waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas berlaku gempa.
Tsunami ini bagaimanapun lebih kecil berbanding jangkaan awal
iaitu tiga meter.

Alhamdulillah juga, pelajar Malaysia di Aceh dan Padang
Juga dilaporkan selamat dan mereka telah menyelamatkan diri
Ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat
seramai 206 pelajar Malaysia di Aceh,
139 pelajar di Padang dan 1620 di Medan.

Amaran tsunami telah ditarik balik jam 10 malam


kepada ibubapa yang ingin  mengetahui perkembangan anak mereka
boleh hubungi bilik gerakan kedutaan besar Malaysia di Jakarta
tel:+6221-52904081/ +6221-5224947 sambungan 3023
atau bilik operasi konsulat jeneral Malaysia di Medan
tel:+6261-4531342 / +6261-4536271

Kemaskini: seramai 5 orang maut akibat gempa di Aceh.