Isnin, 9 April 2012

Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH 2011


Akhirnya, semua dah tahu keputusan keseluruhan ABPBH 2011
diumumkan secara langsung dari Genting Higlands
Aaron Aziz yang jadi jejaka idaman Malaya itu
akhirnya pulang dengan sebuah kereta Nissan setelah
diumumkan sebagai artis paling popular ABPBH 2011
selain menang bagi kategori Artis Lelaki Filem Popular

Errrr...pinjam kereta, boleh Aaron? hu hu hu

keputusan penuh anugerah bintang popular berita harian ABPBH 2011
boleh baca di entri aku sebelum ni
Tahniah kepada semua pemenang
yang tak menang tu...sila usaha dengan lebih gigih tahun  ni

puas hati tak?



Ahad, 8 April 2012

Keputusan dan Pemenang ABPBH ke 25, 2011



Macam tahun tahun lepas juga Berita Harian tetap anjurkan
Anugerah bintang popular berita harian 2011
Tempat sama juga Arena of Star Genting Higlands
Ramai blogger kata boleh tengok secara online untuk Red Carpet
Live streaming ABPBH aku serbu macam teruja lah pulak
Tak pernah-pernah aku begitu
Biasanya siaran langsung ABPBH  kat TV3 pun jarang tengok pun
Melongo je tunggu entah berapa lama
Haram tak Nampak apa
Hu huh u maklumlah aku pakai bruk cap ayam je
Manalah boleh nengok online kalu

Apa-apapun, jomlah kita tengok siaran langsung ABPBH 2012
Di TV3 ataupun di astro pun ada
Errrr pembukaan dengan lagu-lagu orang puteh?


Pengacara malam ni: Raja Azura, Zizan, Didie Alias dan Syarifah Shahirah

Berikut  senarai artis di calonkan dalam ABPBH 2012
Jom sama-sama kita nengok siapa yang dah menang!

Penyanyi lelaki :-

1 – Faizal Tahir
2 – Anuar Zain
3 – Aizat
4 – Hafiz
5 – Black


Penyanyi wanita: -

1 – Najwa Latif
2 – Yuna
3 – Stacy
4 – Alyah
5 – Shila Amzah


Artis duo/berkumpulan :-

1 – 6ixth Sense
2 – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
3 – Meet Uncle Hussain/Hazama
4 – Bunkface
5 – Forteen


Artis baru lelaki:-

1 – Johan Ariff As’ari (Botak)
2 – Hazama
3 – Awi Rafael
4 – Aeril Zafrel
5 – Beto Khusyairi


Artis baru wanita: -

1 – Tasha Shilla
2 – Najwa Latif
3 – Neelofa
4 – Nur Fathia
5 – Izara Aishah


Pelakon filem lelaki:-

1 – Aaron Aziz
2 – Shaheizy Sam
3 – Adi Putra
4 – Syamsul Yusof
5 – Bront Palarae


Pelakon filem wanita:-

1 – Lisa Surihani
2 – Maya Karin
3 – Diana Danielle
4 – Yana Samsudin
5 – Eja


Pelakon TV lelaki:-

1 – Aaron Aziz
2 – Adi Putra
3 – Remy Ishak
4 – Fizz Fairuz
5 – Fauzi Nawawi


Pelakon TV Wanita:-

1 – Fasha Sandha
2 – Tizz Zaqyah
3 – Scha Alyahya
4 – Nora Danish
5 – Rozita Che Wan


Artis komedi lelaki:-

1 – Zizan Razak
2 – Johan
3 – Nabil
4 – Along Cham
5 – Afdlin Shauki


Artis komedi wanita:-

1 – Noorkhiriah
2 – Sharifah Shahira
3 – Didie Alias
4 – Kenchana Dewi
5 – Alliza Abdullah @ Enot


Pengacara TV lelaki:-

1 – Aznil Nawawi
2 – Faizal Ismail
3 – Ally Iskandar
4 – Awal Ashaari
5 – Zizan Razak


Pengacara TV wanita:-

1 – Fara Fauzana
2 – Cheryl Samad
3 – Sharifah Shahira
4 – Raja Azura
5 – Nurul Syuhada


Penyampai radio lelaki:-

1 – Faizal Ismail
2 – Aznil Nawawi
3 – AG
4 – Halim Othman
5 – Khairil Rashid @ Krill


Penyampai radio wanita :-

1 – Fara Fauzana
2 – Linda Onn
3 – Raja Azura
4 – Abby Fana
5 – Sharifah Shahira 



Anugerah Sri Perak


1-      Ziana Zain
2-      Aishah
3-      Eman Manan
4-      Zainal Abidin
5-      Datuk M Nasir
6-      Datin Sofia Jane
7-      Datuk Siti Nurhaliza
8-      Rosyam Nor
9-      Saiful Apek
10-  Nabil
11-  Mawi 
12-  Shaheizy Sam


Anugerah Sepanjang Hayat: Dato' Sheila Majid

Akhirnya, anugerah yang paling ditunggu-tunggu sekian ramai umat
hu hu hu bombastik dak ayat ni he he he
adalah Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2011 yang akan bawa turun
sebuah kereta Nissan dari Genting tu
hu hu hu mintak derma kat aku boleh?
Bolehlah Aaron! Bolehlah!
depa ni memang dah kaya raya ada kereta sebuah dua dah
aku belum ada Nissan lagi ni...
boleh gitu?

Bintang Paling Popular ABPBH 2011: Aaron Aziz

hu hu hu ensemnya Aizat kepala botak nyanyi lagu Tanya Sama Hud hud
mmmmm comelnya Dato' Siti Nurhaliza...dia pakai produk apa ek? Simply Siti ek?

Sangat suka dengan persembahan penutup
nostalgia dan jiwang gitu lagu Teringin, Suci dalam Debu, Isabela tu...





Bila Najib Jadi Menteri Wanita…


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dah umumkan
berkuatkuasa Isnin depan beliau akan memangku jawatan  (KPWKM)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dah lepaskan jawatannya dalam cabinet
bila tempoh khidmat Senator penggal pertamanya tamat
pada 8 April, sebab kes National Fidlot Corporation (NFCorp) libatkan suaminya.
Shahrizat masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan
menjamin kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 nanti
Najib tidak menyatakan tempoh pemangkuan tersebut.

Kira Hari INi dalam Sejarahlah ya di Negara kita
Menteri Wanita dipegang oleh lelaki
Wahhhhh hebat benar Perdana Menteri Malaysia ni
Sangat mengambil berat tentang wanita seluruh Negara
Bukan hanya wanita di sisi je
Aku pulak yang rasa BANGGA terlebih ya
Errrr orang yang mencintai wanita tu sangat comel rupanya kan?
Jadi, perdana menteri kita pun comel juga di hati kita
Kalaulah aku tahu akan berlaku dalam tirai sejarah Negara macam ni
Ye lah…menteri Wanita dipegang lelaki,
Dah lama aku masuk jadi perwakilan wanita kawasan la la la

Gatai gelenyar dak aku ni?

Sabtu, 7 April 2012

Bunuh Sosilawati Sebab Duit



Memang besar pengaruh duit dalam hidup ni
Orang selalu kata “ada duit semua boleh jadi”
betul ke?

Betul tak betul pun, arwah Sosilawati Lawiya
yang jadi mangsa bunuh dan bakar dengan kejam di Ladang Gadong Sepang
dua tahun lepas yang pernah gemparkan negara itu
semata-mata sebab nak duit
N. Pathmanabhan tak cukup duit nak bayar cek RM3 juta
untuk dibayar arwah Sosilawati kerana jual beli sebidang tanah di Pulau Pinang
selain cek yang lain bernilai RM4 juta.
keterangan saksi ke-98,  pegawai bank Yvonne Tiong Guat Choo,
setakat 30 Ogos 2010,  Patmanabhan hanya ada RM1.38 juta dalam akaunnya.
memang tak cukuplah kan nak bayar masa tu juga
sebab menurut Erni Dekritawati Yuliana Buhari, arwah ibunya
nak tunaikan cek tu cepat untuk digunakan
sebagai bayaran bonus kepada kakitangannya
serta menyambut Hari Raya Adil Fitri pada 10 September 2010.

Ekoran pembunuhan jutawan kosmatik datuk Sosilawati Lawiya
Dan empat individu lain; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38;
peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan
pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44,
terbongkar juga kehilangan dua ahli perniagaan lain iaitu
Shafiq Davendran Abdullah (orang tempatan) dan warga India;
Allal Kantan Muthuraja selepas bertemu Pathmanabhan.

Biar mahkamah tentukan kes ini
yang aku nak tekankan kat sini adalah:
duit besar pengaruhnya hingga boleh hilangkan kemanusiaan
hilang pertimbangan, hilang harga diri
duit menguji kita masa miskin, juga masa rasa nak lagi kaya
jadi, aku tak mahu nak dabik dada mengatakan
aku ini kebal dengan ujian berkaitan duit
hanya aku dah buktikan aku mampu berdepan ujian
semasa tersangat tak ada duit
walaupun orang yang berada keliling aku telahpun tewas

Jangan lupa, ujian untuk kita sebeanarnya adalah
ujian untuk insan-insan keliling kita juga
mungkin kita mampu depaninya, belum tentu mereka
juga mampu



PssssT: Perdana Menteri berkata di Batu Pahat;
keputusan mengenai gaji minimum akan diumumkan hujung bulan ini.


Kebocoran Gas Ammonia di Kerteh



Macam dah jadi tabiat pulak baca akhbar online tiap hari
tambah lagi semalam ada berita tentang kebocoran gas ammonia
di Kerteh, risau jugak kalau adik aku termasuk dalam senarai
tapi bila semak senarai nama pekerja yang terlibat
alhamdulillah, tidak tersenarai
tak puas hati, aku sms jugak tanya tapi memang sah
dia tak terlibat…kilang depan katanya.

Ikut kan laporan akhbar 50 pekerja nyaris maut terhidu gas ammonia tu
Bukan sikit, mana tak risaunya aku walaupun buat-buat tak tahu
Ikut beberapa akhbar tempatan kejadian dipercayai berlaku jam 8.15 malam
100 pekerja sebuah syarikat kontrak di kawasan industri petrokimia petronas
dekat kerteh sedang melakukan kerja-kerja teknikal
pekerja tiba-tiba sesak nafas, pening, loya dan muntah, malah pengsan
mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Rantau Petronas
dan Hospital Dungun dengan  ambulans dan kenderaan persendirian
Seorang di hantar ke HNSZ kerana mengalami simptom yang serius

Setakat ni, punca kejadian masih dalam siasatan
pihak bomba percaya gas ammonia tersebut bawaan angin,
Petronas juga menafikan kejadian pelepasan ammonia berpunca dari
mana-mana lojinya di Kompleks Industri Petroleum Petronas di Kerteh
adik aku kata, dia orang pun tak tahu mana datangnya benda tu
mmmmm namapun gas, bukan mudah nak cari mana dia datang
tak ada warna, nasib baik ada bau…tau jugak dah bocor

Errrr…Cik Bintang, sila check gas kat dapur tu,
tang mana bacornya. Pening kepala nak pikir macam mana nak buat