Sabtu, 10 Mac 2012

Bayaran Balik Cukai Terlebih bayar LHDN


Tepat bulan Mac…hari pertama bulan baru aku terima surat cinta
memang sangat bahagia kalau terima surat cinta ni
minggu lepas terima borang BE 2011
sambil dengan manja menggoda LHDN bagi tahu borang boleh isi online
https://e.hasil.gov.my dengan melakukan permohonan
melalui email pin@hasil.gov.my untuk dapatkan nombor pin
tapi aku sangat suka isi borang manual hu hu hu

itu cerita bulan lepas yang baru berlalu sehari
bila masuk Mac aku terima lagi satu surat cinta dari LHDN
surat pemberitahuan bahawa bayaran balik cukai terlebih bayar LHDN
telah dikreditkan dalam akaun CIMB aku
hahhhh? Biar betik…ingatkan LHDN lupa dah nak bayar balik
ingatkan email yang aku terima minggu lepas tu
email memain je maklumlah sekarang ni
macam-macam email pasal durian runtuh kita boleh dapat setiap hari
ooooo jadi ini memang benar-benar durian runtuhlah ni ya?
terima kasih LHDN! Patutlah ada terbanyak duit dalam akaun ari tu
Waaaaaa…bolehlah makan pizza San Francisco kan Cik Bintang


Tak sangkalah pulak LHDN memang prihatin
akhirnya dibayar semula lebihan cukai berkenaan walaupun lambat
ingatkan buat-buat lupa dah
aku pulak tak sempat nak pergi terjah meroyan mengamuk bagai di LHDN
tuntutan aku tahun lepas agak banyak lebihan
berbanding sebelumnya terlebih RM61.08 je
maklumlah bayaran yuran aku belajar tu boleh tahan juga mahalnya
tambah lagi dengan tunggakan semester-semester sebelumnya
sebab masih ada tunggakan, semester ni pencalonan aku dilupuskan
jenuh aku…dahlah kurang tidur siang malam mengadap buku
sampai naik juling dah mata kuyu biru lebam macam Aiswarya Rai Bachan
tak kan nak biar macam tu aje,
terlari lari kangaroo lah aku turun naik tangga uruskan semua tu
buat bayaran ribu riban, sakit mental dengan kerenah birokrasi
kena bersabar pulak dengan minah yang taklah berapa comelpun
tapi bajet ayu dengan mulut bak longkang lupa dibersihkan  MPPJ.

Maknanya, tahun ni dan tahun depan
aku masih lagi berpeluang untuk membuat tuntutan
bayaran balik cukai terlebih bayar kalau ikutkan situasi semasa
maklumlah, potongan cukai untuk buku berjumlah RM Seribu tu
memang aku tuntut penuh…setiap bulan beli buku,
baca belum tentu hu hu hu
tak apa beli buku, nanti boleh sedekah ke perpustakaan

kepada rakan-rakan yang masih belum lagi dapat
bayaran balik cukai terlebih bayar LHDN bolehlah semak atau tanya
telefon 0362091000, fax 0362018582
manakala laman webnya http://www.hasil.gov.my
Mmmmm musim nak isi borang BE2011 cukai tafsiran dah bermula ni
Tarikh akhir mengemukakan borang
dan bayaran baki cukai dibayar adalah pada 30 April 2012
mmmmm lambat lagi. Sempat aku tulis tesis dulu kan?
Sempat aku joli di kedai buku dulu kan?
Jommmmmmm! Moh kita!


PSSSSSSSttttttttTTT:
PM kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 
mengutip RM109.7 bilion tahun lalu (peningkatan 27%)
sebab tu lah kerajaan mampu menyediakan 
pelbagai kemudahan seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia,
Sara 1Malaysia dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 
lega hati bila tahu macam ni kan 



Jumaat, 9 Mac 2012

3 Ambulans Terperangkap dalam Kesesakan

Bercadang nak ke KL hari ni?
Ada urusan penting di KL hari ni?
Lupakan sahaja andai anda tak sabar!

Pagi-pagi tadi aku dah gerak
Hajat dihati nak uruskan beberapa benda
1km sebelum sampai tol Sungai Besi dah mula sesak
Tak gerak…macam luar biasa dari biasa
Nak tak nak memang kena ke depan juga
1km itu ambil masa sejam lebih bergerak menciput khinzir
Dah bayar tol, tunggu 5 minit untuk keluar dari palang tol
Sejam lagi pula untuk ke simpang paling dekat
Pusing balik Bangi semula ikut Serdang

Sepanjang tempoh jem dari jam 9 pagi hinga 11 itu
Aku kunyah buah anggur, itu je yang sempat capai
Habis sepeket..kalau tahu nak jem tadi
Aku bawak periuk nasi sekali
Sempat masak kalau rebus telor pun huh u hu
salah aku juga tak tahu penutupan terowong ni
hidup dalam dunia sendiri aje, ginilah jadinya
ketinggalan!

Ikut maklumat di radio kesesakan satu Kuala Lumpur
Dan jalan masuk ke KL sebab Terowong Smart ditutup
Ada kemalangan lori juga…tapi dah lupa kat jalan mana
[maklumat kemalangan tu baca di ondscene]
dengarnya kesesakan teruk ni sejak semalam lagi
maknanya, Terowong SMART besar peranannya 
selain jadi terowong untuk keluarkan aliran air
mampu juga kurangkan kesesakan

Sepanjang jem dan sesak dalam jarang yang sebegitu dekat itu
Anggaran tak sampai 2km pun aku larat sebelum patah balik
Ada 3 buah ambulans turut terkandas
Tak boleh nak kata apa….memang sendat untuk beri laluan
Bunyikan siren berapa kuatpun
Bukannya boleh angkat kereta di jalan masa sesak begitu
sakit hati je bila semua orang cuba sedaya upaya bagi laluan kat ambulans
apa pulak la mamat perasan ensem selamba badak, kodok, kanggaroo je
pi menyemak ambik tempat tu halang laluan
buat dakkkkk je ambulan memekak belakang kereta dia
Huh! pikir logik pun tak boleh ek?
masa jem bagai tu ada tak orang akan murah hati bukak lorong
untuk engko yang lalu macam putera raja? 
ada masalah sivik apa!
Lagi mewah dan mahal kereta
Lagi rendah rupanya kesedaran sivik mereka
Anggap sahaja aku dengki dengan kereta besar mereka tu
sebab tak mampu nak beli macam mereka
boleh gitu? ingat mudah ke nak buat pengakuat berani mati gini?

Memang mudah pentingkan diri sendiri…
Satu hari kena batang hidung, baru sedar
betapa pentingnya sifat timbang rasa kepada orang lain
terutama ambulans
bayangkan…di dalam ambulan itu ahli keluarga kita sendiri
macam mana rasa?

Kepada yang nak masuk KL juga hari ni
Cubalah dapatkan maklumat trafik terkini
Tak pun bawa bekal yang mencukupi untuk mengunyah
Isi tong petrol penuh-penuh
Manalah tahu lama pulak kesesakannya.


Abang Ceraikan Saya Sekarang!


Wah! Kalau tengok drama kat TV kita di Malaysia semenjak dua menjak  ni
Selalu sangat keluar dialog ni
“Abang ceraikan saya sekarang!” 
Opsssss!

Memanglah dalam drama sahaja namun, bukankah karya kreatif itu
memaparkan realiti zamannya?
jadinya, realiti isteri-isteri di malaysia zaman sekarang ni suka minta cerai ke?
drama sebeginikah yang patut kita tonton?
sikit sikit isteri minta cerai
sikit sikit isteri tengking suami
sikit sikit isteri jumpa bomoh bodohkan suami

Itu belum lagi campur dengan hantu hantu yang beranak pinak
setiap hari di setiap stesen tv
errr termasuk TV alHijrah tak?
siapa selalu tengok TV alhijrah akan tahulah ada tidaknya
macam teruja je nak Tanya Ustaz Don Daniyal yang semakin glamer
pasal segala jenis hantu mantu ni hu hu hu

Tetiba je aku jadi malas nak ulas tentang berkembang biaknya
isteri-isteri nusyuz, durhaka dan bangga bila menguasai suami
kononnya menang, maklumlah zaman kan dah moden
semua benda wanita boleh buat…
karang ada pulak yang akan kata
“kau belum kahwin jangan pandai cakap, terkena baru tahu…”
yaaaa aku memang belum kahwin lagi
[Opsss! maaf, macam ayat promosi diri pulak...]
tapi aku juga tahu syurga wanita itu dari restu suami
restukah suami kalau setiap saat kena herdik isteri tercinta
yang cun melecun dan comel lote tu
restukah suami andai isterinya tercinta itu sanggup minta cerai
bila susah hadapi gelora dunia
restukah suami andai isterinya tersayang itulah
berikan dia makanan kotor semata-mata nak pegang kuasa memerintah
restukah bila kasih sayang tidak lagi menjadi sandaran
dahlah tanggungjawab suami tu berat
[kalau suami itu bertanggungjawab...jangan tanya tang suami 
yang buat-buat tak tahu tanggungjawab tu]

Dulu janjinya mahu mencintai hingga syurga
boleh tak terus mencintai biar diamuk badai dilanda tsunami
ya…daku tidak maksudkan di sini tentang onar suami
Opsssss para suami, boleh tak jangan buat onar?
boleh tak sentiasa setia?
para isteri…tolonglah jangan terjerumus ke kancah durhaka?





[4 Amalan untuk isteri masuk syurga, mudah kan!]
1. Sembahyang.
2. Puasa.
3. Menjaga Kehormatan.
4. Mentaati Suami.


nampak macam mudah kan?
betul ke mudah?






Khamis, 8 Mac 2012

SBPA Dibatalkan Guna Semula SSM

Ramai yang ternanti-nanti perhimpunan penjawat awam dengan PM
ke aku je yang dok tertunggu-tunggu?
hari ni…tiba jua hari yang dinanti-nantikan tu

PM kata penjawat awam adalah Tiang Seri Keramat
Hu huh u kira berhantu ke ni?
Dasar-dasar kerajaan akan digerak dan dilaksanakan oleh mereka
Sumbangan penjawat awam ni sangat penting
[aku nak bangga diri jab walaupun aku hanya makcik klener
Hari-hari mop lantai, mop kasut orang…mop tangga]

Kenaikan gaji terakhir dibuat pada tahun 2007
Pada 2012, semakan semula dilakukan
Kerajaan yang “mengenal jasa dan budi penjawat awam”
“mendengar keluh kesah dan gelisah nestapa penjawat awam”
maka dengan itu, kita tengok intipati pengumuman PM hari ni
memutuskan ada 5 perkara, iaitu:

1. SBPA DIBATALKAN dan SSM akan ditambahbaik
2. Penubuhan suruhanjaya khas untuk kaji perkhidmatan awam di Malaysia
3. Penyelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matrik mengikut SSM mengikut kadar gred;
13%: kumpulan pengurusan & pelaksana gred 1-54
9%: gred utama dang red khas C,B dan A
8%: untuk Turus 2 dan 3
7%: untuk Turus 1 dan ketua Setiausaha negara
4. Struktur gaji SSM diubahsuai dari jadual gaji matrik. Gred gaji 1 hingga 54 ditetapkan kenaikan gaji  RM80 hingga RM320 mengikut gred, kumpulan JUSA dan ke atas dikekalkan mengikut SSM
5. Kadar bantuan sara hidup COLA bagi kawasan B dinaikkan dari RM200 ke RM250, sementara kawasan C dinaikkan dari RM100 ke RM150 sebulan. Bagi guru-guru pula, penambahbaikan laluan kerjaya mengikut time based macam bajet 2012 diKEKALkan.


Puas hati tak? Seronok tak?
Dahhhhhh! Pi buat kerja!
Mana yang nak kahwin LAGI satu tu
Dah boleh batalkan mak andam ya
Mana yang dah booking kereta baru…
Errrr nak kena batalkan juga ke?

kepada rakan-rakan yang nak download perincian pembatalan SBPA teks ucapan Perdana Menteri  masa umumkan pembatalan SBPA boleh download kat link di atas

Pelarasan gaji dikira bermula Januari 2012, tunggakan bayaran akan dimasukkan dalam bayaran gaji bulan Mac atau April sama ada penuh atau sebahagian mengikut bahagian masing-masing.


Pertemuan PM Penjawat Awam, Pengumuman Semakan Semula SBPA

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam hari ni sangat teruja
Berdebar tunggu pengumuman Perdana Menteri hasil semakan semula
Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang tengah berlangsung di PICC

Patutpun ramai tak tahu tentang pertemuan tu
Rupanya hanya untuk ketua-ketua jabatan kerajaan, badan berkanun
Dan pegawai kanan perkhidmatan awam sahaja
Aku ni kan makcik klener je, perasan lebih kena jemput sama hu huhu

SBPA diumumkan dalam Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011
Patutnya dilaksanakan bermula Januari 2012 tetapi ditangguhkan untuk semakan semula
Maklumlah, ramai yang tak puas hati, Nampak berat sebelah
Macam bos aku contohnya, gaji melonjak naik sampai RM5K
Kami yang jadi kuli ni…mentang-mentanglah kami kuli
Naik dua tiga posen je, ada juga yang turun gaji…elok sangatlah semak semula
Mana tahu gaji aku boleh naik sampai RM10K
Kalau naik sampai gitu, nanti aku belanja sate ya hu hu hu
Kalau naik tiga empat posen je…aku belanja tekak sendiri je lah ya!

peruntukan sebanyak RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan kerajaan
di bawah Belanjawan 2012, harapnya semakan membolehkan gaji yang lebih tinggi
aku dah lama semput ni…nak makan yogourt dua ketul seharipun payah
semua barang dah naik berganda, dah tak mampu nak sara diri sendiri ni
tak kan nak kena cari suami kaya pulak kan
masalahnya, orang kaya tak pandang punyalah makcik klener macam aku ni

walaupun semakan semula akan diumumkan hari ini
Cuepacs memohon mendapat bayaran tunggakan
berkuatkuasa daripada tarikh pelaksanaan asal iaitu 1 Januari 2012
wahhhhh kalau betul begitu, lenalah aku tidur malam ni
tunggakan yuran belajar aku juga dah boleh dilangsaikan nanti

Dengarnya dari hujan yang membanjiri Kuala Lumpur malam semalam,
Hingga banjir kilat di Jalan Melaka, Bangsar, Ampang, Masjid Jamek;
kira-kira 3.2 juta orang yang berada dalam sektor swasta,
terutama yang berada di peringkat rendah, juga akan menikmati faedah
bila kerajaan juga sedang menumpukan usaha bagi melaksanakan dasar gaji minimum.

Bagi yang nak dengar secara langsung tentang
pengumuman penambahbaikan SBPA oleh Perdana Menteri,
bolehlah ikuti di Nasional FM @ Selangor FM sentiasa di hati bermula 9.45 pagi
tak pasti pula boleh tonton siaran TV atau tak
[siaran langsung boleh diikuti di TV1 bermula jam 9.45 pagi]

jom sama-sama tengok TV1!