Khamis, 22 Disember 2011

Senarai Imbuhan Tetap, Elaun Dan Bayaran Insentif SBPA


masih lagi maklumat tentang SBPA yang aku terima...belum termasuk beberapa bahagian yang dikatakan tidak lengkap itu. kalau ada yang terkini, aku akan tampal UPDATE nanti...

SENARAI IMBUHAN TETAP
1. Imbuhan Tetap Jawatan Utama/ Gred Khas
2. Imbuhan Tetap Keraian
3. Imbuhan Tetap Keraian (Maritim)
4. Imbuhan Tetap Khidmat Awam
5. Imbuhan Tetap Khidmat (Maritim)
6. Imbuhan Tetap Perumahan
7. Imbuhan Tetap Perumahan (Maritim)
8. Imbuhan Tetap Perumahan Jabatan Bomba & Penyelamat dan Jabatan Penjara

SENARAI ELAUN dan BAYARAN INSENTIF
1. Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam
2. Bayaran Insentif Angkat Najis
3. Bayaran Insentif Pencegahan Rasuah
4. Bayaran Insentif Bahasa (Berpencen)
5. Bayaran Insentif Bahasa (Jabatan Penjara)
6. Bayaran Insentif Bertugas Di Bilik Mayat
7. Bayaran Insentif Bomba
8. Bayaran Insentif dan Elaun Rating Pegawai Kawalan Trafik Udara (DCA)
9. Bayaran Insentif Hazmat (Jabatan Bomba dan Penyelamat)
10. Bayaran Insentif Jurulatih Sukan
11. Bayaran Insentif Juruterbang (DCA)
12. Bayaran Insentif Kesusahan Bertugas Di Taman Negara
13. Bayaran Intensif Ketukangan (Jabatan Bomba dan Penyelamat)
14. Bayaran Intensif Ketukangan (Jabatan Penjara)
15. Bayaran Insentif Ketukangan (Dog Handlers)
16. Bayaran Insentif Khas
17. Bayaran Insentif Khas (Jabatan Penjara)
18. Bayaran Insentif Klinik Selepas Waktu Pejabat
19. Bayaran Insentif Luar Waktu Pejabat
20. Bayaran Insentif Memanjat Pokok
21. Bayaran Insentif Menaip Jawi
22. Bayaran Insentif Mengajar Kanak-Kanak Cacat
23. Bayaran Insentif Menyelam
24. Bayaran Insentif Menyelam (APMM)
25. Bayaran Insentif Pasukan Tindakan Khas Dan Penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
26. Bayaran Insentif Bagi Anggota Perubatan Kerana Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta
27. Bayaran Insentif Pakar
28. Bayaran Insentif Pedalaman
29. Bayaran Insentif Kesihatan Awam Pegawai Pergigian/ Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Daerah
30. Bayaran Insentif Pegawai-Pegawai Taman Negara
31. Bayaran Insentif Pemandu (Jabatan Penjara)
32. Bayaran Insentif Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Pendidikan Khas
33. Bayaran Insentif Pembedahan Elektif
34. Bayaran Insentif Pemeriksa Kapal Terbang (DCA)
35. Bayaran Insentif Pencegah
36. Bayaran Insentif Penerbangan Bagi Pembantu Teknik Penerbangan (DCA)
37. Bayaran Insentif Penerbangan (Jabatan Bomba dan Penyelamat)
38. Bayaran Insentif Penerbangan Cawangan Operasi Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
39. Bayaran Insentif Penguatkuasa
40. Bayaran Insentif Pentadbiran Hospital
41. Bayaran Insentif Perkhidmatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia
42. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
43. Bayaran Insentif Perudara
44. Bayaran Insentif Perudara Kementerian Kesihatan
45. Bayaran Insentif Pos Basik
46. Bayaran Insentif Program Pemulihan Pemasyarakatan (BIPPP)
47. Bayaran Insentif Rawatan Kecemasan
48. Bayaran Insentif Subjek Pendidikan
49. Bayaran Insentif Thailand
50. Bayaran Insentif Tugas Bius
51. Bayaran Insentif Tugas Kewangan
52. Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor
53. Bayaran Insentif Unit Pencegah Penyeludupan
54. Bayaran Insentif Wilayah



ELAUN
55. Elaun Bahasa Asing
56. Elaun Bahasa Bagi Jurubahasa di Mahkamah
57. Elaun Balik Kampung
58. Elaun Basikal
59. Elaun Cuti (KUP Sarawak)
60. Elaun Gangguan
61. Elaun Guru Besar/ Pengetua
62. Elaun Guru Kelas Bahasa Ibunda
63. Elaun Kerja Luar Di Luar Waktu Bekerja Biasa
64. Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Fleksi
65. Elaun Kehadiran Latihan Tempatan Pasukan Sukarela
66. Elaun Kerja Luar Jabatan Perhutanan
67. Elaun Kajian Luar Kadastra dan Pemetaan (EKLKP)
68. Elaun Khas (Berpencen)
69. Elaun Khas Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)
70. Elaun Khas Kepada Pegawai Perubatan Yang Dilantik Sebagai Pendaftar
71. Elaun Khas Mengendali Reaktor Nuklear
72. Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap Kesusahan
73. Elaun Khas Penolong Pemungut Hasil Tanah
74. Elaun Khas Skim Perkhidmatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
75. Elaun Luar Penghulu
76. Elaun Menghadiri Peperiksaan/ Temuduga Di Bawah Urusan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)
77. Elaun Motosikal
78. Elaun Operator Generator Elektrik
79. Elaun Pakaian Seragam (SPRM)
80. Elaun Pemangkuan
81. Elaun Pembantu Khas
82. Elaun Penanggungan Kerja
83. Elaun Pengetua Asrama
84. Elaun Penyelia Bilik Taip
85. Elaun Perjalanan Sukarelawan
86. Elaun Perumahan Wilayah
87. Elaun Pesuruhjaya Sumpah
88. Elaun Sebat
89. Elaun Tanggungjawab
90. Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu
91. Elaun Tilikan Trig. (Trigonometric Observation Allowance)
92. Elaun Trengkas Dwi Bahasa
93. Elaun Tugas Khas (Gantung)
94. Elaun Tugas Khas Pentadbiran
95. Elaun Tugas Memandu Kenderaan
96. Elaun Untuk Isteri/ Suami Yang Dikehendaki Mengiring Pegawai Semasa Menghadiri Majlis Rasmi
97. Elaun Warden Asrama
98. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Semasa Berkursus
99. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Bertukar Atau Berpindah Rumah
100. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Hadir Di Mahkamah
101. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Menghadiri Istiadat Pengurniaan
102. Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kerana Menjalankan Tugas Rasmi
103. Elaun Perjalanan Kenderaan Kelas ’C’ Bagi Pegawai Yang Bergaji Kurang Daripada RM1,611.28 Sebulan
104. Elaun Perjalanan Kenderaan


BAYARAN LAIN
105. Bantuan Sara Hidup
106. Bayaran Balik Lesen Memandu
107. Bayaran Balik Letak Kenderaan
108. Bayaran Balik Pasport/ Dokumen Perjalanan
109. Bayaran Balik Upah Jahit
110. Bayaran Bantuan Menyelenggara Rumah
111. Bayaran Bantuan Pembantu Rumah
112. Bayaran Bantuan Saraan Pemandu
113. Bayaran Lebih Masa
114. Bayaran Perumahan Khas
115. Bayaran Syarahan Akademik Sambilan
116. Bayaran Tambang & Elaun Hidup Kepada Pegawai Yang Dipanggil Untuk Bertugas Semula Ketika Bercuti Di Malaysia
117. Bayaran Tambang Perjalanan Bagi Penempatan Selepas Lantikan Pertama
118. Bounti/ Saguhati Tahunan Pasukan Sukarelawan Pertahanan Awam
119. Pemanjangan Pemberian Pindahan Dan Elaun/ Bayaran Kepada Waris Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan



Antara lain ditulis:
Ketua Pengrah perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata kajian semula perkara-perkara berkenaan akan dijalankan secara berterusan untuk menambahbaiki sistem saraan melibatkan kakitangan awam. Awal minggu ini, The Malaysian Insider membawa laporan memetik kesatuan gabungan Cuepacs berkata, kajian semula elaun dan pelarasan gaji kakitangan awam dijangka dilakukan secara berperingkat-peringkat pada tahun 2013 dan 2014 susulan pelaksanaan SBPA.

The Malaysian Insider difahamkan kerajaan meletakkan sasaran dua tahun itu masing-masing bagi mengkaji semula lebih 100 jenis elaun melibatkan 1.4 juta kakitangan awam dan kemudian pelarasan gaji mengambil kira keadaan semasa. Kerajaan mahu melaksanakan satu persatu, di mana tahun ini kajian semula sistem saraan baru, daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada SBPA. Tahun depan, Cuepacs dan JPA akan meneliti soal keperluan mengkaji semula elaun-elaun yang ada, yang diterima oleh kakitangan awam, dan kemudian pelarasan tahun pada 2014


Rabu, 21 Disember 2011

TAWARAN OPSYEN dalam SBPA




Opsyen
74. Opsyen hanya akan diberi kepada pegawai tetap yang sedang berkhidmat pada 1 Januari 2012. Pegawai tetap adalah yang dilantik ke jawatan tetap termasuk yang dalam percubaan, tukar sementara dan peminjaman.
75. Bagi pegawai yang bersara, meletak jawatan atau dibuang kerja berkuat kuasa pada 1 Januari 2012 atau sebelumnya, opsyen tidak ditawarkan kerana pegawai tidak lagi berada dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2012.

Tempoh Opsyen
76. Opsyen hendaklah dibuat dalam tempoh 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011.
77. Bagi pegawai yang menyandang jawatan yang dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier, opsyen hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 22 Disember 2011.
78. Tawaran opsyen kepada semua pegawai yang layak akan diuruskan oleh pengurus sumber manusia Kementerian/ Jabatan/ agensi masing-masing. Bagi Kementerian/ Jabatan/agensi yang menyediakan aplikasi penawaran opsyen secara online, kecuali pegawai yang menyandang jawatan dalam Kumpulan Premier, dokumen opsyen termasuk surat tawaran yang lengkap boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian/ Jabatan/ agensi masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab pegawai untuk mengisi pilihan opsyen sama ada menerima atau tidak menerima opsyen dan menandatangani Borang Opsyen serta Surat Akuan Penerimaan Surat Tawaran Opsyen. Borang dan surat yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dikembalikan kepada pengurus sumber manusia di Kementerian/ Jabatan/ agensimasing-masing sebelum atau pada 30 Disember 2011.

Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan
79. Pegawai dalam skim perkhidmatan yang dikekalkan seperti di Lampiran B8 akan ditukar ke skim perkhidmatan di bawah SBPA melalui opsyen SBPA. Jadual pertukaran daripada skim perkhidmatan SSM kepada SBPA adalah seperti di Lampiran B4. Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
79.1 Pegawai kategori ini yang memenuhi syarat skim perkhidmatan untuk memasuki skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen adalah seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran G1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai
Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran G2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran G3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA
Daripada Pegawai. - Lampiran G4
79.2 Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan asal serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
79.3 Pegawai dalam kategori ini yang pernah ditawarkan opsyen tukar lantik dan bersetuju menerima skim perkhidmatan yang berkenaan di bawah SSM tetapi belum memenuhi syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan pada masa itu akan diberi dokumen opsyen seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran H1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran H2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran H3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. - Lampiran H4

79.4 Bagi pegawai dalam kategori ini, yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan yang dipilih semasa urusan tukar lantik, serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.

Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Melalui Penggabungan/ Naik Taraf/ Penarafan Semula/ Pemansuhan Fungsi Di Bawah SBPA
80. Pegawai dalam skim perkhidmatan yang dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA seperti di Lampiran B6 akan ditukar ke skim perkhidmatan baru melalui opsyen SBPA. Jadual pertukaran daripada skim perkhidmatan SSM kepada SBPA adalah seperti di Lampiran B4.

Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
80.1 Pegawai yang ditawarkan ke skim perkhidmatan baru yang setaraf atau skim perkhidmatan baru yang digabungkan/ dinaik taraf/ penarafan semula/dimansuhkan fungsi dan memenuhi syarat skim perkhidmatan baru yang ditetapkan akan diberi dokumen opsyen seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran J1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran J2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran J3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. - Lampiran J4

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
80.2 Pegawai yang ditawarkan ke skim perkhidmatan baru yang setaraf atau skim perkhidmatan baru yang digabungkan/ dinaik taraf/ penarafan semula/dimansuhkan fungsi tetapi belum memenuhi syarat skim perkhidmatan baru yang ditetapkan akan diberi dokumen opsyen seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran K1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran K2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran K3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. - Lampiran K4

81. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan asal serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.


Opsyen Bagi Jawatan Jumud Sebelum Pelaksanaan SBPA dan Dihapuskan Jawatan 82. Bagi skim perkhidmatan jumud semasa Laporan Gaji JKK 1976, SSB dan SSM serta dihapuskan jawatannya mengikut Pekeliling Perkhidmatan ini seperti di Lampiran B7, pegawai akan ditukarkan ke skim perkhidmatan di bawah SBPA melalui opsyen SBPA.

Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di bawah SBPA
82.1 Pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan jumud dan memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen ke skim perkhidmatan baru adalah seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran L1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran L2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran L3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. - Lampiran L4

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA
82.2 Pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan jumud dan belum memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen ke skim perkhidmatan baru adalah seperti berikut:
a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran M1
b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran M2
c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran M3
d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai. - Lampiran M4
83. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dibaca bersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah Skim Pencen akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.


Syarat-Syarat Opsyen
84. Opsyen hendaklah dibuat tanpa syarat. Pegawai disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SBPA sekiranya tidak membuat pilihan atau membuat pilihan secara tidak jelas (menanda di luar ruangan yang sepatutnya atau menanda di kedua-dua ruangan) atau dengan bersyarat atau dengan bantahan atau dengan pindaan. Pegawai juga disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SBPA jika tidak mengembalikan borang opsyen kepada Ketua Jabatan tanpa sebarang sebab yang munasabah sebelum atau pada 30 Disember 2011 atau bagi pegawai yang menyandang jawatan yang dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier, sebelum atau pada 22 Disember 2011.
85. Opsyen yang ditawarkan kepada pegawai adalah berdasarkan kepada maklumat perkhidmatan dalam borang opsyen. Sekiranya maklumat yang dikemukakan tidak tepat dan menyebabkan tawaran yang salah diberikan, maka tawaran tersebut hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal. Ketua Jabatan hendaklah memberikan borang opsyen baru kepada pegawai untuk membuat pemilihan dan menandatanganinya.
86. Opsyen hendaklah dibuat oleh pegawai yang berkenaan. Sekiranya terbukti terdapat pegawai lain yang membuat pilihan dan menanda tangan borang opsyen bagi pihak pegawai yang berkenaan, pegawai yang menanda tangan borang opsyen bagi pihak pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Opsyen tersebut hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal. Ketua Jabatan hendaklah memberikan borang opsyen baru kepada pegawai untuk membuat pemilihan dan menandatanganinya.

Pelaksanaan Opsyen
87. Pelaksanaan opsyen adalah seperti berikut:
87.1 bagi pegawai yang telah menerima opsyen ini dan kemudiannya meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja sebelum 1 Januari 2012, maka tawaran ini adalah dengan sendirinya terbatal.
87.2 bagi pegawai yang ditahan kerja atau digantung kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib sebelum 1 Januari 2012, apa-apa faedah yang layak diberi kepada pegawai akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012.
87.3 bagi pegawai yang dikenakan perintah tahanan, kediaman terhad, buang negeri, deportasi atau apa-apa bentuk perintah sekatan atau pengawasan sama ada dengan bon atau selainnya di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012, apa-apa faedah yang layak diberi akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib
mengenakan hukuman buang kerja kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012.
87.4 bagi pegawai yang dibuktikan tidak menerima dokumen opsyen atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka borang opsyen hendaklah diberi kepada pegawai walaupun tempoh opsyen telah tamat dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada atau selepas 1 Januari 2012. Tempoh opsyen bagi pegawai berkenaan adalah 15 hari daripada tarikh pegawai menerima
borang opsyen.
87.5 bagi pegawai yang belum membuat opsyen dan dalam tempoh opsyen itu pegawai sakit yang menyebabkan pegawai tidak berkeupayaan untuk membuat opsyen, tidak sedarkan diri atau koma dan pegawai kemudiannya meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2012, pegawai adalah disifatkan sebagai telah menerima skim perkhidmatan serta terma dan syarat perkhidmatan SBPA.
87.6 bagi pegawai yang belum dan juga telah membuat opsyen tetapi telah meninggal dunia sebelum 1 Januari 2012, maka tawaran dan opsyen yang telah dibuat adalah dengan sendirinya terbatal.
87.7 bagi pegawai lantikan sementara, kontrak, Pekerja Sambilan Harian, Guru Sandaran dan kaedah pelantikan bukan tetap yang lain tidak layak ditawarkan opsyen.
Pegawai Yang Tidak Memenuhi Syarat Pertukaran Ke Skim Perkhidmatan Baru 88. Pegawai yang memiliki kelayakan seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SBPA, layak ditukarkan ke skim perkhidmatan tersebut.
89. Pegawai yang tidak memiliki kelayakan atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan (bukan ikhtisas) yang berkuat kuasa di bawah SBPA, perlu memenuhi syarat tempoh pengalaman dalam jawatan yang disandang berdasarkan prinsip tempoh pengalaman menggantikan kelayakan akademik atau penyandang perlu hadir dan lulus dengan jayanya kursus peralihan setara seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Prinsip tempoh pengalaman menggantikan kelayakan akademik adalah seperti berikut:
89.1 sembilan (9) tahun (tamat Darjah 6 kepada PMR).
89.2 enam (6) tahun (PMR kepada SPM).
89.3 enam (6) tahun (SPM kepada STPM/ diploma).
90. Tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira hendaklah dalam perkhidmatan tetap di skim perkhidmatan jawatan semasa yang disandang tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji. Bagi skim perkhidmatan ikhtisas, tempoh pengalaman tidak boleh diguna bagi menggantikan kelayakan akademik.


Pegawai Yang Cuti Berkursus, Cuti Separuh Gaji Atau Cuti Tanpa Gaji Dalam Tempoh Opsyen
91. Pegawai yang cuti berkursus, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji, opsyen hendaklah ditawarkan oleh Ketua Jabatan terakhir pegawai bertugas/ ditempatkan.

Opsyen Muktamad
92. Opsyen yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad. Pemakaian Kepada Pegawai Yang Tidak Bersetuju Menerima SBPA
93. Perkara yang disenaraikan ini akan juga terpakai kepada pegawai yang tidak bersetuju menerima SBPA:
93.1 Penjumudan Skim Perkhidmatan.
93.2 Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar.
93.3 Dasar Bekerja Dari Rumah.
93.4 Program Transformasi Minda.
93.5 Penilaian Prestasi.
93.6 Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
93.7 Dasar Pemisah.
93.8 Umur Persaraan Paksa 60 Tahun.
93.9 Kebolehalihan.
93.10 Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan.
93.11 Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan.

TARIKH KUAT KUASA SBPA
94. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Selasa, 20 Disember 2011

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN dalam SBPA




Kemasukan Secara Lantikan Terus Ke Gred Kenaikan Pangkat
56. Kemasukan secara lantikan terus ke semua gred kenaikan pangkat (lateral entry) bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah tertakluk kepada pegawai memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.
57. Ketua Perkhidmatan hendaklah membentuk kriteria pemilihan kemasukan secara terus ke gred kenaikan pangkat bagi tujuan pengambilan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
58. Penetapan gaji permulaan kemasukan secara lantikan terus bagi pegawai yang dilantik kali pertama dan pegawai sedang berkhidmat yang belum disahkan dalam perkhidmatan adalah berdasarkan gaji minimum gred jawatan lantikan terus. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat yang telah disahkan dalam perkhidmatan, penetapan gaji adalah pada matagaji tertinggi berhampiran yang perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) pergerakan gaji biasa bagi gred gaji JGS atau tidak kurang daripada 5% bagi gred gaji minimum-maksimum, terhad kepada gaji maksimum gred jawatan lantikan terus.
59. Bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, pegawai perlu memenuhi tempoh percubaan yang ditetapkan dan menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) dengan jayanya.

Tempoh Percubaan
60. Mulai tarikh kuat kuasa SBPA, calon yang dilantik secara tetap dikehendaki berkhidmat dalam percubaan antara enam (6) bulan hingga 24 bulan. Pegawai boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan memenuhi syarat pengesahan lain yang ditetapkan.
61. Pegawai yang masih tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan setelah tamat tempoh percubaan maksimum 24 bulan, boleh dilanjutkan tempoh percubaan tidak melebihi tempoh 12 bulan.
62. Bagi calon yang dilantik tetap tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan mulai tarikh kuat kuasa SBPA dan bersetuju menerima SBPA, tempoh percubaan dan pengesahan dalam perkhidmatan adalah seperti berikut:
62.1 pegawai boleh disahkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa SBPA tertakluk telah berkhidmat dalam tempoh percubaan enam (6) bulan atau lebih, dan memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan di bawah SSM.
62.2 pegawai yang telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 24 bulan atau lebih tetapi belum memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan, dibenar menghabiskan baki tempoh percubaan asal di bawah SSM atau baki tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Melantik dan pegawai boleh disahkan sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

Program Transformasi Minda
63. PTM diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam Perkhidmatan Awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami falsafah dan prinsip pembentukan negara, sistem pentadbiran Kerajaan dan peraturan-peraturan asas Perkhidmatan Awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. PTM menjadi salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Peperiksaan Perkhidmatan
64. Peperiksaan perkhidmatan ditambah baik dari segi pelaksanaannya di mana sukatan peperiksaan bagi Subjek Umum diklasifikasikan kepada tiga (3) tahap keperluan penguasaan iaitu asas, pertengahan dan lanjutan. JPA bertanggungjawab untuk menyediakan sukatan dan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum. Ketua Perkhidmatan pula bertanggungjawab menentukan tahap keperluan penguasaan Subjek Umum serta melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan.

Penilaian Prestasi
65. Sistem penilaian prestasi baru yang lebih menyeluruh diperkenalkan meliputi penggunaan kaedah pelbagai penilai (multi-rater), Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang ditambah baik. Sistem penilaian prestasi baru ini lebih inklusif, adil dan telus selaras dengan keperluan perkhidmatan dan mengandungi elemen baru kompetensi seperti idea inovatif dan kreatif serta sumbangan aktif pegawai di luar tugas rasmi.

Pingat Perkhidmatan Cemerlang
66. Selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang diperkenalkan bagi mengiktiraf sumbangan pegawai yang melangkaui kebiasaan kepada perkhidmatan, masyarakat dan negara.


DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)
67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.


PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN
Umur Persaraan Paksa 60 Tahun
68. Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012, umur persaraan paksa adalah 60 tahun. Bagi pegawai yang kini tertakluk kepada umur persaraan paksa 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun, pegawai akan ditawar opsyen melanjutkan perkhidmatan sehingga umur persaraan paksa 60 tahun. Borang opsyen pelanjutan umur persaraan paksa 60 tahun seperti di Lampiran F.

Kebolehalihan
69. Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan lagi mobiliti pegawai dalam perkhidmatan, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan dasar pelepasan dengan izin dan menggantikannya dengan dasar pelepasan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2012. Pemansuhan dasar ini membolehkan tempoh perkhidmatan pegawai diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan dengan syarat pegawai dilantik semula dalam Perkhidmatan Awam.
70. Dari segi pelaksanaan, pegawai perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan secara bertulis mengenai hasratnya untuk meninggalkan jawatan yang disandang bagi tujuan menerima pelantikan baru dalam Perkhidmatan Awam. Pelepasan jawatan tersebut akan berkuat kuasa mulai tarikh pegawai dilantik ke jawatan baru itu. Manakala, pegawai yang akan dilantik ke Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan serta pegawai yang berhenti daripada Perkhidmatan Awam hendaklah meletak jawatan.
71. Bagi pegawai yang melepaskan jawatan atau meletakkan jawatan dan kemudiannya dilantik semula pada atau selepas 1 Januari 2012, tempoh perkhidmatan lepas yang terputus boleh dimasuk kira bagi maksud penghitungan faedah persaraan.

Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan
72. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannya bersara pilihan akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun.

Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan
73. Pegawai yang dikehendaki oleh Kerajaan untuk dibersarakan atas alasan kepentingan negara atau demi kepentingan Perkhidmatan Awam diberi faedah persaraan yang dikira berdasarkan tempoh perkhidmatan seolah-olah pegawai itu berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksa yang terpakai baginya.




Isnin, 19 Disember 2011

Taktik dan Cara Terbaru Buli Di Jalanraya

Minggu lepas, steno boss terlibat dalam kemalangan jalan raya
keretanya melanggar sebuah kereta kancil
ada kereta lain pula melanggarnya dari belakang
kemek macam sandwich: belakang depan kena
suaminya dimasukkan ke HUKM, Cheras
kejadian berlaku jam 11.30 malam
di lebuh raya PLUS Sungai Besi
kes ini kemalangan kerana buli di jalan raya

Ceritanya begini:
mereka menyedari diekori sebuah kereta kancil
secara dekat
bila lajukan kereta nak jarakkan
kancil itu juga turut laju, kemudian menghimpit
mereka suami isteri tukar ke kiri
kancil itu juga turut ke lorong kiri tetapi memotong ke hadapan
kemudian kereta kancil diberhentikan secara sengaja dan tiba-tiba
memang tak dapat elak untuk langgar
sebuah kereta lain dari belakang juga turut menghentam
kereta belakang itu bukan geng kaki buli
tetapi memang terlanggar tanpa sengaja
bila dah berlaku kemalangan
mereka akan minta duit bayar macam-macam,
siap ugut bagai

kepada semua yang membaca entri ini
sila berhati-hati di jalan raya
walaupun bersama keluarga,
kemungkinan untuk orang menyamun tetap tinggi
jadi, sila sentiasa berwaspada.
Kongsikan maklumat ini kepada semua yang anda sayangi


PsssT: Mohon maaf, lambat sebarkan maklumat ini kerana kesibukan yang sangat panjang. Terima kasih kepada Eelobor yang PAKSA daku tulis hal ini, walaupun dah lewat hu hu hu

Ahad, 18 Disember 2011

Bila Ku Tak Di Sini


semua entri yang anda baca sejak Rabu
sebenarnya telah aku pos secara berkala
sejak Isnin lagi
Jadi, andai komen kalian lambar disiarkan,
mohon maaf…
buat masa ini daku bukan berada di sini
seketika je pun…tak sempat rindu
hu hu hu bajet popular mengalahkan Lisa Surihani

kepada rakan-rakan yang akan berkampung
di halaman rumah dato’ LF dalam acara Pertemuan Blogger
hari ini, petang nanti…
moga semuanya lancar, cuaca elok, makan kenyang
moga pertemuan begitu akan eratkan
hubungan sesama blogger
buat aktiviti blogger yang sihat

mohon maaf kepada Dato’ LF selaku tuan rumah
yang sudi buka pintu pagar untuk pertemuan tersebut
kerana tidak mampu untuk sama-sama meriahkannya
InsyaAllah, panjang umur murah rezeki
akan bersua jua nanti, Bangi bukannya besar mana
akan terserempak jua kat mana-mana

kepada Azieazah: mohon maaf tak berpeluang
jemput ke teratak
bukan mudah untuk sampai Bangi,
namun masa tak sesuai,
Allah lebih tahu rancanganNya berbanding kita
kalau tak…bolehlah bergosip ceria
bawah rimbun lengkuas sambil order kek ya…

apapun, biar daku tidak bersama kalian,
semoga anda semua ceria dengan pertemuan meriah itu
(dah tahu akan meriah, paling tidak dengan acara makannya)