Khamis, 14 April 2011

Kalau Itu Bukan Kamu...Mengapa Nak Latah, Sayang?

Alamak! Tajuknya macam merayu ke macam cover line nak maki?

Mengapa kita mudah sangat nak emosi tak tentu hala tentang sesuatu perkara, padahal katanya, kita bukan sebegitu.

Bila orang komen “perempuan sekarang materialistik”, maka melentinglah kita selangit tinggi. Mengapa nak marah kalau itu bukan kita?

Bila orang kata “lelaki memang buaya”, maka mengamuklah kita buat entri berjela panjang terpenuh maki dan keji tentang orang yang tuturkan ayat itu. Mengapa nak marah kalau itu bukan kita?

Kalau itu bukan kita, bukan kamu...bukanlah diri, mengapa perlu melatah? Mengapa nak marah kalau itu bukan kita?

Pssst: Mmmmm aku dah berjaya lahirkan entri yang pendek dan kontot, tahniah diri!

Selasa, 12 April 2011

Malaysia Bebas Telur Tiruan


Berita Perdana di TV3 sekejab tadi mengatakan bahawa “tiada telur palsu dijual di Malaysia”. Dua tiga hari lepas heboh tentang kewujudan telur palsu, diikuti dengan serbuah pihak berwajib di Pulau Pinang. Paling tepat di pasar Pulau Tikus (tetiba teringat kat AOP yang mengatakan Pulau Tikus tu bukannya berada di tengah laut-maklumlah namanya pulau-tetapi pulau itu letaknya di daratan).

Aku tak tahu siapa yang memulakankan isu telur palsu ni. Tak pasti juga apa agendanya, tetapi yang aku tahu…agak ramai juga yang menulis tentangnya di Fb dan blog. di akhbar-akhbar juga hebok pasal ni.

Macam tak logik je ada telur palsu, tetapi aku pernah terjumpa satu tulisan tentang cara-cara buat telur palsu. Lupa dah kat mana. Kalau betullah wujudnya telur palsu ni…katalah ianya tidak jejaskan kesihatan, bermakna kita boleh atasi masalah kekurangan makanan dan kebuluran di banyak negara.

Baguslah tak ada telur palsu, kalau benar telur palsu memudaratkan kesihatan. Maklumlah, telur ni makanan wajib ada dalam rumah kami.


PsssT: Banyak sangat benda palsu muncul kebelakangan ni…kalau masih lagi ragui ketulinan telur tu, bolehlah kita pakai ramai-ramai adakan ujian Ujian polygraph untuk mengesan pembohongan. Mana taulah kan, telur tiruan tu tetiba mengaku asli. Orang tiruanpun boleh mengaku orang asli, apalagi kalau telur, ye tak? …errrr apa aku melalut ni?

Isnin, 11 April 2011

Aku Capek Diligan Amir

Dah tiga minggu tak jumpa Amir. Semalam dia bertandang ke teratak mak ciknya ni...fuhhhhhh! dalam masa tiga minggu, banyak sangat dah lainnya dia.

Boleh dia buat tak kenal aku? Huh!

Sekarang ni dia dah tahu macam mana cara nak PAKSA mama dan papanya bawa keluar. Dah tahu merajuk dan buat-buat manja dengan aku. Huh!

Waaaa sangat letih. Dah tidur nyenyak pun masih lagi berfikir hal dunia hu hu hu



Bulu matanya yang panjang dan lentik sentiasa menggoda

Matanya sentiasa galak dan bersinar-sinar kala gembira. Pandai juga buat muka kesian dengan redup matanya itu. Mmmmm besar nanti jangan jadi playboy ya...

Paling dia tahu buat kalau bab makan. Nak makan macam orang tua, tak mau makan makanan bayi...apapun, dia tetap comel bila tidur.

Dan dia...sudah pandai kejar aku walaupun masih dalam walker. Huh! Capek que!

Jumaat, 8 April 2011

Bila Aku Kagumi Anwar Ibrahim

1ni bukan entri politik
juga bukan tentang tayangan video seks
yang semakin bebas ditonton
termasuk siaran berita di TV
biarpun tak lulus tayangan perdana di parlimen
atau juga bukan
kisah sensasi menara SPRM

Aku kagumi seorang manusia bergelar Anwar Ibrahim
ketika dia dihumban dari takhta politiknya
dikeji kutuk serata alam
sebagai manusia serakah lapar kuasa
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.

ketika dia ditelanjangkan penuh aib
diumpat cemuh seisi umat watannya
sebagai manusia songsang nafsu
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.

ketika dia diruntuhkan moral
dimaki hina setiap ganerasi
sebagai manusia berpaksikan nafsu
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.

aku kagumi seorang manusia bergelar Anwar Ibrahim
ketika dia punya kuasa dan nama
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.
ketika dia tanpa apa-apa
Dia ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)
yang sentiasa kuat mendokongnya
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.
ketika dia berdepan dengan segala cela
terlucut smua aib dan jatuh air muka
dia masih lagi ada mereka (anak-anak dan isteri tercinta)

kalaulah itu berlaku kepada kita
masihkah seberuntung dia
punya anak-anak dan keluarga tercinta
yang sentiasa kuat mendokong
bersedia membela dan berjuang
setia tanpa ragu apa-apa.

pernah tak fikirkan?
sebab itulah
aku kagumi seorang manusia bergelar Anwar Ibrahim


~~Anyss~~
Nilai












Khamis, 7 April 2011

Sentiasalah Mekar Untuk Dia


Kalaupun tidak beribu tahun
kembangmu mampu bertahan
sentiasalah mekar di hatinya
mewangi halaman teratak indah ini
dan ceriakan hari-harinya
kerna aku
tak sentiasa mampu lakukan begitu


~Anyss~
Nilai