Ahad, 31 Ogos 2014

Selamat Merdeka Satu Malaysia


Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan, moga kemerdekaan ini akan terjaga sepanjang masa. Jom kita dengar lagu klasik tentang merdeka;

Malaya Merdeka oleh Dato Zainal Alam



Cuba bezakan dengan yang ni pulak, mana lebih menarik?

Malaya Merdeka oleh Zahara Agus



comey tak lagu sambut kemerdekaan ni? Hu hu hu hu payah dah nak dengar ni....

Sabtu, 30 Ogos 2014

Di Sinilah Lahirnya Sebuah Cinta


31 Ogos dah makin dekat. Tema sambutan ulangtahun kemerdekaan Negara tahun 2014 adalah Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Comey je kan. Maknanya pun mendalam.

Aku suka sangat tema ni, sebab…ia sebahagian daripada lirik lagi nyanyian allahyarham Sudirman Haji Arsyad.


Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta



Lebih suka yang ni…

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


"Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"

Lagu Patriotik 'Warisan' nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad diangkat menjadi tema sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-57.





Selamat hari Merdeka, semoga kemerdekaan ini berkekalan. marilah sama-sama kita menjaganya.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Tentanglah Kafir dan Berjuanglah Syahid Pertahankan Negaramu


Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.

(Muhammad; 47:4)

Khamis, 28 Ogos 2014

Jepun Kayuh Basikal


Entri ini tentang Cerita Jepun Kayuh Basikal

Masa arwah @ gemulah Tok Ayah ada dulu, aku suka dengar dia bercerita tentang keganasan tentera penjajah di Tanah Melayu. Dia cerita macam mana Jepun mendarat di Pantai Sabak, Kelantan, ketakutan rakyat setiap kali bunyi enjin kapal pesawat melintas, Jepun tunggang basikal jelajah seluruh pelusuk negeri dan macam-macam kekejaman tentera Jepun lagi.

Dan ayah, dilahirkan pada tahun pendudukan Jepun di Tanah Melayu...ya, tahun 1945. Menurut cerita Gemulah Wa, suasana pada ketika itu dipenuhi dengan ketakutan. Pada waktu malam mereka tidak berani pasang pelita kerana takut cahaya pelita itu boleh tarik perhatian tentera Jepun yang sentiasa berlegar sekitar kampung. Dan ayah yang baru lahir pada ketika itu pula, akan menangis bila bergelap dipadamkan pelita.

Tentera Jepun ni bukan sahaja ambil semua hasil tanaman penduduk kampung seperti padi, pisang atau ubi, tetapi juga ganggu anak dara orang mahupun isteri orang. Dan paling ditakuti tentera Jepun ini sangat ganas hingga sanggup memenggal leher orang walaupun dengan silap yang kecil. Boleh juga dengar pengalaman artis Mustapha Maarof pada zaman Jepun.

Lagu Kisah Pemerintahan Jepun oleh Pakku Syahadat

lagu rakyat kedah nyayian Pakku syahadat, berkisarkan tentang pendudukan Jepun di negeri kedah



Kini semuanya dah berlalu. kita sudah merdeka. Gemulah Wa dan Tok Ayah juga telah tiada. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ameen.

Rabu, 27 Ogos 2014

Sangat SANGAT TERsangat Takut


Beberapa waktu entri blog terbiar. Ada masa memang sebab tak sempat, tetapi adakalanya sebab rasa sangat tak selesa. Takut dan risau.

Takut dan risau kalau-kalau catatan di sini buatkan orang sentap dan marah sebab aku juga pernah sentap dan marah juga.

Risau andainya apa yang aku tulis disalah ertikan. Ada masa aku nak tulis tentang A tetapi ramai orang faham ianya adalah perkara B. Salah faham itu buatkan apa yang aku tulis tak capai matlamat.

Ada masa yang lain, aku tulis lain tapi orang faham lain. Aku cerita tentang kucing yang aku tak suka tetapi orang fahaminya sebagai “aku tak suka kucing”. Sekadar contoh.

Banyak perkara lain lagi yang buatkan aku jadi risau nak buat entri. Paling utama, aku risau kalau-kalau apa yang aku tulis nanti memberi kesukaran dan menjadi isu semasa diadili di sana nanti. Mungkin niat aku tulis itu untuk mendedahkan tentang sesuatu agar tidak diulangi lagi, namun secara tak sedar aku dah buka aib orang. Contohnya!

Ohhhhh! Aku dah mula keliru!