Entri ini tentang Cerita Jepun Kayuh Basikal
Masa arwah @ gemulah Tok Ayah ada dulu, aku suka dengar dia bercerita tentang keganasan tentera penjajah di Tanah Melayu. Dia cerita macam mana Jepun mendarat di Pantai Sabak, Kelantan, ketakutan rakyat setiap kali bunyi enjin kapal pesawat melintas, Jepun tunggang basikal jelajah seluruh pelusuk negeri dan macam-macam kekejaman tentera Jepun lagi.
Dan ayah, dilahirkan pada tahun pendudukan Jepun di Tanah Melayu...ya, tahun 1945. Menurut cerita Gemulah Wa, suasana pada ketika itu dipenuhi dengan ketakutan. Pada waktu malam mereka tidak berani pasang pelita kerana takut cahaya pelita itu boleh tarik perhatian tentera Jepun yang sentiasa berlegar sekitar kampung. Dan ayah yang baru lahir pada ketika itu pula, akan menangis bila bergelap dipadamkan pelita.
Tentera Jepun ni bukan sahaja ambil semua hasil tanaman penduduk kampung seperti padi, pisang atau ubi, tetapi juga ganggu anak dara orang mahupun isteri orang. Dan paling ditakuti tentera Jepun ini sangat ganas hingga sanggup memenggal leher orang walaupun dengan silap yang kecil. Boleh juga dengar pengalaman artis Mustapha Maarof pada zaman Jepun.
Lagu Kisah Pemerintahan Jepun oleh Pakku Syahadat
lagu rakyat kedah nyayian Pakku syahadat, berkisarkan tentang pendudukan Jepun di negeri kedah
Kini semuanya dah berlalu. kita sudah merdeka. Gemulah Wa dan Tok Ayah juga telah tiada. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ameen.