Kisahnya mereka jatuh cinta dan saling berkomunikasi secara maya. Adrian jatuh cinta dengan Bella tetapi sebenarnya yang menggunakan ID Bella itu hanyalah kawan Bella, iaitu Cindy. Ikuti sepenuhnya apa yang berlaku apabila Andrian mahu Bella jadi kekasihnya, padahal Bella tidak pernah sukakan Andrian.
Kalut jadinya bila Cindy sukakan Andrean, tetapi Andrian sukakan Bella padahal Bella tak mahukan Andrian. Malah, Cindy dikutuk-kutuk hanya sebab penampilannya yang selekeh. Jom tengok apa jadi, pengakhirannya memang mengejutkan huhuhuhu;
Dunia! Dunia!
Begitulah. Dramanya macam-macam huhuhuhuhu Cinta itu mahal harganya, setia apalagi.
Kuliah hebat Ustazah Norhafizah dengan fakta-fakta tentang Waktu Malam.
Intipati kuliah ini antaranya;
• Terdapat 2 bentuk ilmu yang kita boleh dapat, iaitu melalui pendidikan formal yang mempunyai silibus dan juga ilmu yang diperolehi melalui pengalaman seperti mengembara dan bermusafir.
• Bumi adalah hamparan, merantaulah ke serata ceruk bumi…kepada Allah jua kita akan dibangkitkan.
• Bangun awal dan tahjud bukan menjadi rutin harian, menyebabkan sukar untuk kita bangun.
• Allah jadikan siang dan malam dengan tugas masing-masing. Siang untuk berkerja, mencari rezeki, belajar dan malamnya untuk berehat. [ambo terasa tang ni huhuhuhu sebab dah ubah fungsinya].
• Fungsi solat tahjud dari kajian-kajian sains. Kemudaratan tidur lewat dan bangun lewat, boleh menyebabkan penyakit hati. [nak kena ubah ni]
• Terjemah Surah Ibrahim, ayat 31-34;
31. Katakanlah (Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman[23], “Hendaklah mereka mendirikan shalat, menginfakkan[24] sebagian rezeki yang Kami berikan secara sembunyi atau terang-terangan sebelum datang hari, ketika tidak ada lagi jual beli dan persahabatan[25].
32. Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi[26] dan menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu Dia mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan kapal bagimu agar berlayar di lautan[27] dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan sungai-sungai bagimu[28].
33. Dan Dia telah menundukkan (pula) matahari dan bulan bagimu yang terus menerus beredar (dalam orbitnya)[29]; dan telah menundukkan malam[30] dan siang[31] bagimu.
34. Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya[32]. Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu[33] sangat zalim[34] dan sangat mengingkari (nikmat Allah)[35].
Sebegitu banyak nikmat Allah yang kita dapat, tapi kita sering lupa.
Banyak perkara boleh mintak, doa ajelah. Mohonlah apa sahaja kepada Allah.
Tips doa bila pergi Mekah; senaraikan doa-doa ikut hari berada di sana.
Bila doa;
• Kena yakin doa itu akan dimakbulkan
• Detailkan doa tu, kena sungguh-sungguh yakin.
• Perlu bersedia untuk berubah
• Lelaki yang berjiran dengan nabi Musa di syurga
• Kisah Imam Abu Hanifah dihalau dari masjid
• Jika nak sesuatu mintaklah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
• Berdoalah dengan tekun dan tidak terburu-buru. Jangan mudah jemu. Doa sahaja setiap masa.
• Bila doa itu tidak makbul, bukan bermakna tidak sayang tetapi itu yang terbaik untuk kita.
• Berdoa dalam semua keadaan; bukan masa susah sahaja.
• Jangan kutuk diri sendiri, keluarga, orang lain, sesiapapun, ditakuti waktu itu waktu mustajab.
• Mohonlah hanya kepada Allah
• Terjemahan Doa Dhuha agak kasar dalam Bahasa Melayu.
• Kata Ulamak, Guna asma ul husna dalam doa
• Buat sedikit pengakuan-pengakuan dosa, sikit-sikit okey tapi jangan melampau-lampau.
• Penghulu istifar
Jangan terikat dengan sajak-sajak yang ada dalam doa.
• Berdoa dengan kusyuk dan rendah diri
• Berusaha untuk taubat barulah doanya dimakbulkan. Usaha untuk bersihkan kehidupan daripada makanan haram, pakaian haram, berkatkan rezeki dll.
• Boleh bertawasul dengan kebaikan yang pernah dibuat. Ungkit kebaikan dengan Allah tak apa, jangan ungkit kebaikan dengan manusia.
• Ulang-ulang doa sebanyak 3 kali dan selawatlah juga.
• Berdoa mengadap kiblat, Angkat kedua-dua tangan, hingga nampak ketiak. Tetapi janganlah pula berteriak-teriak.
• Banyakkan wuduk sebelum berdoa.
• Berdoa sambil menangis, bukan berlakon menangis.
• Berdoa sambil merendah diri. Doa Nabi Ayub; surah anbia, ayat 83. Nabi Zakaria; surah anbia, ayat 89.
• Berdoa pada waktu-waktu yang mustajab; malam lailatul qadar, pada 2/3 malam, selepas setiap solat fardu.
• Berdoa di tempat-tempat mustajab; rumah Allah, Masjidil haram (multazam paling mustajab), makam ibrahim, hijr Ismail (solat sunat dalam ni untuk perempuan), antara rukun yamani dan hajr aswad, hajr aswad (amalan sunat), pintu mustajab, doa semasa minum zam zam, bukit safaa dan marwa.
Antara intipati;
• Perelokkan/baguskan kain kapan.
• Kata-kata kubur kepada mayat
• Himpitan kubur; saat bin Muas hanya mendapat sekali himpitan kubur.
Kisah Mat Dan aku mula ambik pot bila viral kisah seorang mat saleh di pulau kapas dok cakak Ganu. Masa tu dia selebek jer, rambut panjang baju pong dok paka huhuhuhu.
IKAN SINGGANG OST MAT DAN KAKI JALAN
Lagu “Ikan Singgang” dan “Mok oh Mok” nyanyian dan lirik Naquib menjadi lagu tema Ost bagi rancangan Mat Dan Kaki Jalan. Sebelum ni ambo tak pernah tahu pun wujudnya lagu sedak nih, bila wujud rancangan Mat Dan Kaki Jalan, barulah ambo dok cari lagu gerbendanya hok sedak sangat tuh huhuhuhuhu ingatkan Mat Dan sendiri yang nyanyi. Rupanya lagu ni dah lama wujud.
Bila Mat Dan dah hensem, peluk Islam dan jadi host dalam rancangan Mat Dan Kaki Jalan, aku mula ikut perkembangan dia semula. Maklonglah dah hensem kan huhuhuhu adoi laaaa macam jujur benar pulak aku tulis.
Aku dah ikuti perkongsian pengalamannya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam dan kehidupannya dalam masyarakat Melayu. Bila Allah nak bagi hidayah, perancanganNya itu sangat menarik.
Kisah Mat Dan Memeluk Agama Islam Buat Ramai Terharu
Jom ikuti jugak cerita Mat Dan tentang puasa dan raya yang dijalaninya;