Memaparkan catatan dengan label masa mustajab doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masa mustajab doa. Papar semua catatan

Rabu, 29 November 2017

Ustaz Badli Shah Doa Keajaiban Hidup

Banyak perkara boleh mintak, doa ajelah. Mohonlah apa sahaja kepada Allah.



Tips doa bila pergi Mekah; senaraikan doa-doa ikut hari berada di sana.

Bila doa;
• Kena yakin doa itu akan dimakbulkan
• Detailkan doa tu, kena sungguh-sungguh yakin.
• Perlu bersedia untuk berubah
• Lelaki yang berjiran dengan nabi Musa di syurga
• Kisah Imam Abu Hanifah dihalau dari masjid
• Jika nak sesuatu mintaklah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
• Berdoalah dengan tekun dan tidak terburu-buru. Jangan mudah jemu. Doa sahaja setiap masa.
• Bila doa itu tidak makbul, bukan bermakna tidak sayang tetapi itu yang terbaik untuk kita.
• Berdoa dalam semua keadaan; bukan masa susah sahaja.
• Jangan kutuk diri sendiri, keluarga, orang lain, sesiapapun, ditakuti waktu itu waktu mustajab.
• Mohonlah hanya kepada Allah
• Terjemahan Doa Dhuha agak kasar dalam Bahasa Melayu.
• Kata Ulamak, Guna asma ul husna dalam doa
• Buat sedikit pengakuan-pengakuan dosa, sikit-sikit okey tapi jangan melampau-lampau.
• Penghulu istifar


Jangan terikat dengan sajak-sajak yang ada dalam doa.
• Berdoa dengan kusyuk dan rendah diri
• Berusaha untuk taubat barulah doanya dimakbulkan. Usaha untuk bersihkan kehidupan daripada makanan haram, pakaian haram, berkatkan rezeki dll.
• Boleh bertawasul dengan kebaikan yang pernah dibuat. Ungkit kebaikan dengan Allah tak apa, jangan ungkit kebaikan dengan manusia.
• Ulang-ulang doa sebanyak 3 kali dan selawatlah juga.
• Berdoa mengadap kiblat, Angkat kedua-dua tangan, hingga nampak ketiak. Tetapi janganlah pula berteriak-teriak.
• Banyakkan wuduk sebelum berdoa.
• Berdoa sambil menangis, bukan berlakon menangis.
• Berdoa sambil merendah diri. Doa Nabi Ayub; surah anbia, ayat 83. Nabi Zakaria; surah anbia, ayat 89.
• Berdoa pada waktu-waktu yang mustajab; malam lailatul qadar, pada 2/3 malam, selepas setiap solat fardu.
• Berdoa di tempat-tempat mustajab; rumah Allah, Masjidil haram (multazam paling mustajab), makam ibrahim, hijr Ismail (solat sunat dalam ni untuk perempuan), antara rukun yamani dan hajr aswad, hajr aswad (amalan sunat), pintu mustajab, doa semasa minum zam zam, bukit safaa dan marwa.