Isnin, 29 Februari 2016

Berkawan-kawan Acara Kempiskan Poket



Dah lama tak jadi burung hantu. Dah lama dah tak buka kerja bila balik rumah. Selama ni tidur pun dengan kertas dan buku, bila matlamat terbesar dalam kamus duniaku dah tercapai, ambo dah mula slowdown perlahan-lahan. Nak hidup macam orang lain juga, kononnya.

Namun begitu, tidak selalunya kita mampu untuk sentiasa begitu. Aku memang sangat kagum dengan orang-orang yang mampu sahaja siapkan semua perkara dalam hidup dia dalam sekelip mata (macam bela jin pulak!), padahal, begitulah juga yang aku buat dulu. Bila dah tua begini, dah tak berapa nak sihat macam orang lain, aktiviti pun terbatas, nak pergi pasar malam pun dah malas. Kalua TERpergi pasar malam, rasa macam nak marah diri sendiri pun ada. Ya lahhh kat pasar malam tu macam-macam benda best ada.

Ikan, udang, ketam segar buatkan hati berkobar-kobar nak masak, padahal, nak angkut 3 jenis binatang tu ke kereta pun dah lelah. Apalagi nak masak sedap-sedap. Berejam masa kat dapur baru boleh makan. Sampai masa nak makan, badan dah lunyai tak larat nak berdiri dah. Nak makan pun dah tak sesedap mana. 

Bila Nampak buah-buah yang segar dan ranum, teringin nak angkut semua. Nak beli durian sebiji pun kena piker 14 kali, apalagi kalua musim buah manga. Apalagi kalau tengok buah rambutan, epal, lai, pisang. Geram. Balik rumah dok teringat-ingat pulak!

Jadinya, bila ada orang sembang pasal pergi jelajah beberapa soping mall musim jualan murah dan hairan bila aku kata “saya tak pergi soping”, 

Aku makin insaf diri. Yaaaa, bukan tak ada orang ajak berkawan-kawan kempiskan poket di pusat beli belah, namun, hakikatnya mereka belum begitu memahami situasi aku. Dari timbulkan rasa tak “puas” orang dengan aktiviti menarik itu, baiklah aku dendiam sensorang. Lagi pula, sekali dua sahaja orang nak ajak pun, bila kita selalu menolak, mana orang nak ajak lagi. Ya dak?

Ajak orang semekin pergi soping memang tak berbaloi huhuh u hu !

Jumaat, 26 Februari 2016

Ayat Bodek Pensyarah



Sama ada pelajar sepenuh masa dalam kampus ataupun pelajar dewasa yang mengikuti pengajian secara separuh masa di bawah naungan PKP UKM, bab ayat rayuan dan ayat bodek pensyarah tu memang tak boleh tinggal. Sentiasa sahaja ada, cumanya…pelajar dewasa ni bila bodek tu lain Macham sikit. Orang kata guna ilmu tahap tinggi huhuhuhu depakan dah terlatih dengan KBAT huhuhuhu

Pelajar yang ikuti pengajian program eksekutif atau pendidikan jarak jauh dengan PKP ni biasanya adalah golongan yang dah berkerja sambung belajar. Mereka akan datang kuliah pada setiap hujung minggu ataupun selepas waktu berkerja. Jadi, boleh fahamlah komitmen mereka; kerja, belajar, keluarga, anak-anak dan sebagainya. 

Kami yang mengajar ni pun kena kerja juga pada hujung minggu atau selepas waktu kerja. Penat tau! Sampai satu tahap, kami (ambo lah tu) tidak lagi mementingkan bayaran (bayarannya berbeza @ asing dari gaji bulanan, kira macam pendapatan extra), sebaliknya kalau boleh tak mengajar, rasa nak pilih tak payah mengajar. Hari minggu tu. Waktu malam tu. Kami pun nak kualiti hidup kami juga yang rasanya lebih tinggi lagi nilaiannya berbanding apa yang dibayar itu.

Namun ada ketika yang lain, kerapkalinya perlu juga terima tugas tersebut. Bukan sebab bayaran itu sangat, namun atas rasa tanggungjawab dan saling membantu tenaga pengajar yang lain. Sama-sama pikul beban tugaslah kononnya. 

Bagi peringkat pelajar luar kampus ni, rayuan untuk bodek dengan pensyarah hanya berlaku masa hujung semester sahaja iaitu pada musim peperiksaan dan marking je. Situ aje pun pentingnya pensyarah kot. 

Masa musim kuliah, musim ponteng kuliah atau musim siapkan tugasan, tak ada maknanya nak bodek bagai. Bila sampai je musim kena marking dan bagi markah, maka antara tugas kami yang mengajar pelajar dewasa ini adalah mengesan kedudukan mereka kerana ramai yang hilang dari radar. Bazirkan jugalah bil telefon, sms atau line internet untuk wasap mereka hingga berasap. 

Bagi yang jenis beri respon cepat, makanya cepatlah selesai masalah mereka. Itu yang terjadi dialog sebegini;

hambek kau! baru keluar penjara tu!
Namun ada juga antara mereka yang tak beri respon apa-apapun hingga bergegau jugak telefon. Markah dah nak masuk system baru kalut nak buat tugasan. Cemana tu?

Nasib baiklah ada ayat-ayat power pemanis bibir yang boleh jadi penawar boleh buat gelak. Haaaaa bagi sesiapa yang rasa nak bodek pensyarah untuk dapat markah tinggi tu, silalah praktikkan ayat sebegini;

cer try puji-puji kot dapat markah extra

kemain lagi ek? paling comel katanya huhuhuhuhu


Aminnnnnn!!! makbul harapnya

Hu huhuhu itulah asam garam kehidupan dengan pelajar. Stress lelama pun cepat tua je. Sengih ajelahhhh!!!

Akupun pelajar juga. Ada kad pelajar, layak dapat voucer buku 1Malaysia….eiiiiii tak sabarlah pulak nak pergi kutip voucer buku tu! Selalu juga aku mintak lanjut tempoh untuk hantar tugasan, tapi tak adalah tunggu hingga system nak tutup. Takat lewat seminggu biasanya pensyarah anda masih izinkan sebab mereka pun dah bajet masa untuk proses pemarkahan.  


Khamis, 25 Februari 2016

Bila Sentiasa Dirayu



Berdepan dengan pelajar peringkat tinggi ni, macam-macam ragam ada. Sepanjang masa pulak tu. 

Kalau awal semester macam sekarang ni, rayuan maut sebab nak daftar kursus kita secara manual walaupun kursus dah penuh. Ayatnya kenalah mantap “Saya sangat minat kursus ni…dah kerja nanti saya akan tulis juta-juta buku untuk sebarkan kepakaran saya” gitulah lebih kurang antara rayuan yang ambo kena hadap setiap awal semester.

“Ramai kawan saya kata kursus Dr memang bagus dan banyak membantu dalam pengajian kami…mereka kata Dr kuliah pun mudah nak paham,” mmmmmm kalau aku telan je pujian sebegitu, memang tak sedar diri namanya sebab dalam kelas aku memang selalu nampak pelajar tidur.  Kelasnya kalau tak 8 pagi, akan diberikan jam 4 petang. Memang masa paling sesuai untuk tutup mata. Menarik sangatlah tu kan aku mengajar sampai ada yang masuk kea lam mimpi huhuhuhu

Ada pelajar, bila rayuan itu diterima, memang mereka akan bersungguh datang kuliah. Tak pernah ponteng. Cemerlang dari awal hingga akhir, dapat keputusan yang cemerlang juga. Namun sangat ramai jenis kaki merayu ni perlu datang semula jumpa ambo untuk buat rayuan yang lain;

“Maaf Dr, saya terlupa nak buat tugasan…boleh tak saya hantar tugasan tu minggu depan?,” haaaaaa rayuan sebegini rasa nak pelangkung atas kepala. Dah lah muka tak pernah timbul dalam kuliah, bila dah terdesak markah nak masuk, boleh pulak lupa nak buat ya. Bila dah bagi peluang, kerjanya copy and paste di internet termasuk di blog ambo sendiri Grrrrrrr!!!

Bila dah dapat markah rendah, datang semula merayu “Dr. boleh tak semak kenapa saya tak dapat A?” Amboih! Kelas tak datang, kuiz tak buat, tugasan hantar cincai-cincai ada mimpi pulak nak A ya?

Biasanya, kuliah pertama ambo dah bagi amaran “Siapa yang pemalas nak datang kelas, main-main buat tugasan…sila gugurkan kursus ni dan ambil kursus lain!” 

Garang tak? Ada depa nak heran? Tak ada maknanya! 

Setiap hujung semester ambo perlu bazirkan juga bil telefon singgit dua untuk telefon, sms, wasap mana-mana golongan ini yang selalu TERLUPA nak buat tugasan. Gamaknya semester ni kena jual kismis kot untuk elak golongan muda berpencapaian cemerlang masa peperiksaan di sekolah ni sentiasa ingat. 

Mmmmmm banyak makan semut lah tu!

Rabu, 24 Februari 2016

Kad Ucapan Yang Tak Jadi Diposkan

Masa kemas pejabat Jumaat lepas, tetiba terjumpa satu kad ucapan hari lahir. Kad ucapan hari lahir yang tak jadi diposkan. Masih cantik sampulnya;

cantik bebenor tulisannya huhuhuhu
Dulu bercita-cita nak jadi doktor, tapi mata pelajaran sains semuanya ke laut luas. Akhirnya, nak ngurat doktor pun tak dapat...itu pasal tulisan macam cacing kerawit je huhuhuhu tapi, masalahnya tulisan doktor cantik-cantik belaka.

"Dikau bagai langit, kujunjung walau ke mana
Kalaupun ada ribut
atau petir pudarkan indah warna biru
biar diselubung awan hitam
atau kabus tebal
langit itu jua yang kujunjung

Selamat hari lahir, moga...
panjang umur manfaatkan usia,
murah rezeki
diberkati seluruh kehidupan
dipelihara keimanan"

Ada masanya, niat ucapkan tu dah ada. Namun, bila tak begitu sesuai untuk diposkan, makanya terlebih baik diperamkan sahaja jadi sejarah yang tidak tertulis. Tetiba tertulis pulak di entri ni kan hu huhuhu

Isnin, 22 Februari 2016

Cara Elak Jurujual, Peminta Sedekah Atau Peminta Derma

Pernah rasa tak selesa tak diganggu ditahan oleh jurujual, peminta sedekah atau peminda derma? Kalau kita baik hati nak derma seposen dua tu lainlah, tapi bila kerap sangat jumpa peminta sedekah atau peminta derma yang demand, boleh naik angin jugak tu.

Aku pernah berdepan dengan situasi tidak dipedulikan oleh tiga golongan ini, iaitu jurujual, peminta sedekah atau peminta derma. Jadinya, aku bebas lalu lalang depan mereka tanpa gangguan.

Puncanya, hanya sebab pakai slipper jepun. Yaaaa, rupanya jurujual, peminta derma atau peminta sedekah tak mandang orang-orang yang memakai sliper Jepun ni. Depa lebih pandang orang yang pakai sliper jenis K-Pop kot huhuhuhu

Ya, silalah pakai selipar jepun andai kalian nak elak gangguan daripada Jurujual, Peminta Sedekah Atau Peminta Derma. Bila dah pakai sliper jepun tu, kena terimalah hakikat jika berlaku dialog sentap sebegini.

Bernas tak cadangan ni?

Selamat mencuba!