Rabu, 26 Ogos 2015

Iklan Kereta Hyundai Veloster yang Seram

Fuhhhhh!

Bayangkan, iklan kereta sebegini seram. Niatnya memanglah nak bagi tahu ciri-ciri keselamatan yang ada pada sesebuah kereta keluaran terbaharu, tapi kalau begini rupanya iklan, macam tengok cerita seram pun ada. Nasib baik tengok iklan kereta keluaran terbaharu Kereta Hyundai Veloster ni pada siang hari. Bayangkan, kalau tengok iklan kereta Hyundai Veloster ni tengah malam buta, mahu kena serangan jantung.

Silalah tengok iklan Kereta Hyundai Veloster ini pada siang hari ya, aku tak mahu bertanggungjawab kalau kalian terkena sampuk memalam. Jom tengok

Iklan Seram Kereta Hyundai Veloster



Seram tak? Terkujat tak?

Dua tiga kali jugaklah ulang tengok iklan ni nak fahami apa sebenarnya nak disampaikan. Maklumlah, tengok kali pertama tu lebih kepada kawal perasaan seram aje huhuhuhu.

Selasa, 25 Ogos 2015

Mengejar Matahari, Tetapi Terjumpa Pelangi Indah

Setiap hari, aku akan senaraikan apa akan dibuat sepanjang hari pada satu helaian kertas kecil. Selitkan di telefon. Setiap kali sesuatu perkara itu dilaksanakan, aku akan potong dari list tersebut. Malam hari, aku akan belek semula kertas nota kecil tersebut dan tengok semula perkara yang tidak sempat untuk dilangsaikan untuk hari ini.

Begitulah yang aku buat setiap hari sejak dah tua ni. Tua di sini bermakna, kalau aku tak senaraikan…mesti akan terlupa. Tertinggal buat sesuatu kemudian perlu pergi semula ke satu tempat itu, padahal sepatutnya dah diselesaikan semasa buat urusan lain di tempat yang sama.

Begitu juga dengan setiap urusan di pejabat. Semuanya bersepah tulis dalam kertas kecil mengikut urutan walaupun kerapkali juga berlaku aku melangkah senarai berkenaan. Sebab itu, aku tak suka orang mencelah urusan seharian aku secara tiba-tiba.

Hari ini hari gaji orang gomen. Keluar dari rumah pagi tadi sepatutnya aku ke bank belakang rumah, singgah beli sarapan di Asam Pedas, berhijrah ke tiga bank lain untuk selesaikan semua bayaran wajib setiap bulan. Akhirnya pergi pejabat.

Namun, aturan Allah sangat lain. Aku tak dapat parking di CIMB sebab pelanggan kedai tudung Fareda berlambak dah serbu awal-awal. Ketika singgah di Restoren Asam Pedas untuk bungkuskan mehun goreng, semua makanan untuk sarapan dah habis, hanya tinggal nasi lemak. Menu tengahari dah mula dihidangkan. Awal benar! Aku perlukan sarapan, bukan makan tengahari. Belum masa untuk makan tengahari lagi...

Aku ke PKNS untuk cari ATM CIMB. Mesin ATM dah tak ada. Bila Tanya pada Mak Guard, dengan muka masam dia terus menjawab “Dah tak ada” walaupun soalan aku belum habis tanya lagi. Barangkali ramai sangat dah orang bertanya, naik menyampah dia!

Aku terus ke UKM. Di bahagian hadapan bangunan Pusanika semua parking dah penuh. Aku pusing ikut laluan belakang. Alhamdulillah, ada parking paling dekat. Selepas selesai urusan di CIMB, aku terus turun ke kedai kek dan roti ZAR Bakery n Café terletak aras paling bawah di bangunan Pusanika. Macam bawah tanah pun ada huhuhuhuhu UKM kan berbukit. Dok kalut fikir nak makan apa pagi ni…tetiba ada jejaka encem melambai. Encik Zakaria tengah sarapan dengan tuan punya ZAR Bakery n Café, apa lagi, aku turun sembang sama. Itu namanya rezeki dapat jumpa seseorang. Dah berbelas tahun aku jadi pelanggan yang kadang setia kadang-kadang ubah selera, tetapi peluang untuk bersembang begini baru muncul hari ni.


Yaaaaa kalau ikutkan hati, asalnya aku nak tepek gambar roti ni di facebook dengan kapsyen “Susahnya nak dapat sarapan pagi ni”. Namun, setelah hampir dua jam bersarapan sambal bercerita berbual mesra berkongsi pengalaman dengan Tuan Zam akhirnya aku sedar satu perkara;

orang kata berdua tu lebih baik...kami bertiga sebenarnya

ZAR Bakery n cafe dipenuhi banyak lukisan...ni sebahagian daripadanya. lain kali ambo letak gambar lagi

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir ribut taufan hatta tsunami. Kita bersedih berduka nestapa dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"

Aku dapat pelangi indah berwarna warni pagi tadi. Alhamdulillah!

Semua tu tak boleh beli dengan Ringgit Malaysia atau Euro walaupun mungkin boleh dapat juga dengan nilaian Pound Sterling. Mmmmmm lebih nikmat bila dapatnya secara percuma.  Dasar kedokuttt!!!!


Isnin, 24 Ogos 2015

Lagu Merdeka Dulu-dulu

Kita selalu dok dengar lagu-lagu patriotik dan kemerdekaan artis tahun 90-an. Kalau lagu Sudirman tu, yang ala ala 31 Ogoslah, lagu Bendera kitalahhh...dah jadi alarm aku pepagi sebab lagu tu kan bising dan bersemangat waja. Kononnya cepatlah bangun tak mahu dengar bising dan kejutkan jiran sebelah rumah.

Banyak lagu patriotik berkaitan kemerdekaan dan sambutan hari kebangsaan sering kita dengar di radio. Kononnya bagi semangat berkobar-kobar sikit. Namun, aku lebih suka dengar lagu merdeka dulu-dulu;

Menanti Saat Bahagia - Momo Latif



Tak ada semangat pun. Biasa-biasa sahaja rentaknya. Tapi lirik lagu Menanti Saat Bahagia ini benar-benar terisi dengan pengharapan yang tinggi.

Malaysia, aku menunggu saat bahagia kenaikan ringgit. Walaupun pak menteri kata kejatuhan nilai ringgit itu bagus, tapi aku masih mengharapkan selepas tarikh keramat 31 Ogos sempena sambutan kemerdekaan hari kebangsaan nanti, mohonlah nilai ringgit naik. sila lah naik lepasi POUND sterling!!

Khamis, 20 Ogos 2015

30 Minit Perbaharui Pasport di Imigresen Kajang

Bermula Januari 2015, bayaran bagi perbaharui pasport antarabangsa adalah RM200 bagi tempoh 5 tahun. Senyum.

Pagi-pagi tadi, sebelum jam tujuh aku dah ke Pejabat Imigresen Cawangan Kajang. Tak ramai orang. Aku adalah orang kedua sampai. Orang pertama tu datang jam 5 pagi huh uh uh gigihnya dia!

Waktu operasi bagi pejabat imigresen Kajang adalah seperti berikut;


Tepat jam 7.30 pagi, pintu pejabat Imigresen dibuka. Aku dapat nombor enam selepas beberapa orang potong Q (ini kan Malaysia) dan beri laluan kepada pasangan warga emas berbangsa India. Gembira betul auncle dan auntie tu pertama kali dapat perbaharui pasport antarabangsanya dengan status warga emas. Bayaran perbaharui pasport antarabangsa bagi warga emas hanya RM100 sahaja.

Hari ni tak ramai sangat orang serbu Imigresen Kajang. Kaunter pun buka tiga. Sekejab sahaja nombor naik, terutama pasangan warga emas tadi. Mereka dapat nombor pertama dan kedua.

Tengah seronok sembang dengan auntie dan uncle tu, nombor dan kena panggil. Kemudian sambung sembang lagi. Kemudian nombor naik lagi untuk buat bayaran.

Dok gelak-gelak sembang pengalaman berjalan merata tempat, nombor auntie dan uncle warga emas tadi dah naik untuk dapatkan pasport. Masing-masing terkejut sebab cepat benarnya siap. Kalau biasa, nak perbaharui pasport ...tak ambil masa sehari suntuk memang tak sah.

Hari ni, nombor pertama untuk pungutan pasport yang dan siap pada jam 8.15 minit pagi. Abang tu berlari dari kedai makan kat depan pejabat Imigresen. Mulutnya penuh dengan nasi lemak hu huhuhu seronok kena gelak. Nak ceritanya, betapa efisen dan cepatnya urusan perbaharui pasport di pejabat Imigresen Kajang sekarang ni. Makan nasi lemak pun tak sempat habis. Kalau sebelum ni...kena bawak tikar bantal rasa nak baring kat lantai je. Perubahan sangat positif. Tahniah Imigresen Kajang!!!

Dahlah urusan nak buat dan perbaharui pasport makin mudah. Bawa pasport lama dan kad pengenalan je. Pakai tudung warna gelap. Gambar akan diambil depan kaunter, tak payah lagi masuk kedai gambar bagai dan habiskan RM15 untuk gambar-gambar tu. 

Keseluruhan urusan aku siapkan perbaharui pasport di pejabat Imigresen cawan Kajang hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja. Kalau datang dah tengahari tak tau la cemana perkhidmatannya. Ini hanya pengalaman aku yang datang pepagi buta ya...Aku tak bertanggungjawab ya bila kalian serbu Imigresen Kajang dan dapati kena tunggu lama.

Mmmmm panjang pulak entri ni. Jom sambung kerja. Pasport baru dah dapat...nak kena sambung menabung pulak. Walaupun menteri kata penurunan nilai ringgit sangat bagus untuk Malaysia, tiap hari aku doakan nilai ringgit melebihi nilai POUND. Oklah...kita sambung mimpi pulak!

Rabu, 19 Ogos 2015

Si Seksi Berkereta Mewah

Begitulah adat dunia. Kalau ada barang mewah, semua orang teruja sahaja. Ingatkan kat Malaysia sahaja adatnya begitu huhuhu hu

Itulah. Orang lebih melihat rupa fizikal. Cantik seksi macam mana pun, kalau takat naik kereta yang dah nak runtuh, orang tak pandang pun. Apa lagi kalau makan pun tak mampu nak beli. Ya dak?

Mmmmmm padahal, semua tu daki dunia semata-mata. Kalaupun kita ada, berpada-apadalah. Apalagi kalau tak ada apa-apa kan. Yang parahnya adalah…dah la tak ada, menunjuk-nunjuk ada pulak tu. Mmmm sendiri mau jawab lah. Tak nak kmen banyak.

Jom kita tengok prank materialistic dalam masyarakat. Bukan masyarakat Malaysia lah. Masyarakat orang lain. Padahal, kalau buat kat Bangi pun gini jugaklah penerimaannya. Kalau si miskin hina dina pakai kereta Tiara, lagilah orang tak nak pandang kan kan kan kan


Kereta Mewah VS Kereta Bukan Mewah




Tak adalah kereta bukan mewah tu teruk benar, masih Nampak sempurna lagi. Kalaulah yang betul-betul macam kereta macam nak roboh tu lainlah.