Isnin, 20 Oktober 2014

Pembedahan Plastik Paling diGemari


Kalau pergi Seoul, Korea Selatan…kita boleh jumpa deretan premis tempat buat pembedahan plastik untuk kecantikan lebih banyak dari salon rambut atau pusat facial wajah huh u huhu hu sebab itukah ramai perempuan jelita lawa dan lelaki segak kacak hensem di sana? Jangan lupa...lelaki pun ada yang cantik jelita tau!

Secara umum, jenis-jenis pembedahan plastik yang digemari wanita di seluruh dunia adalah:

1. Payudara
2. Sedut lemak
3. Tegangkan Kulit yang kendur
4. Mata
5. hidung




Cantik punya pasal...semuanya sanggup. Ya lahhhh...kalau dah cantik, peluang untuk kahwin dengan anak raja tu munkin ada laaaa walaupun kita tahu, banyak kisah cinta yang tragis  dek kerana cemburu, dendam, cinta tak berbalas dan bla bla bla... semuanya dek kerana rupa. Tapi...tetap juga nak cantikkkkkk!!!!

Kematian akibat sedut lemak akibatkan kematian yang lebih tinggi berbanding kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat (20%).Cer ambil iktibar.

Orang yang tak berapa nak lawa macam aku ni, paling rajin kunjungi pusat kecantikan pun hanya untuk facial muka je. Itupun ambil pakej paling basic yang ditawarkan dan lakukannya sekali dalam tempoh dua tiga tahun. Itu pasallah tak sempat nak jelita!


Ahad, 19 Oktober 2014

I Want To Touch A Dog


Gambar seorang wanita bertudung dan anak-anaknya memegang anjing ni tetiba muncul dengan kerap di merata wall FB;


Sekurang-kurangnya 1000 rakyat Malaysia telah menghadiri kempen I Want To Touch A Dog yang telah diadakan di Central Park, One Utama pagi tadi. Kempen ini bertujuan untuk mengatasai ketakutan orang ramai terhadap anjing. Penganjur kempen ini Syed Azmi Alhabshi telah berkata kempen tersebut telah meraikan satu kejayaan yang besar.

Antara mereka yang telah juga menghadiri kempen ini ialah satu panel penceramah-penceramah Melayu dan juga ulama yang dengan relanya telah menjawab segala keraguan dan pertanyaan dari orang awam. Ustaz Mohd Iqbal Parjin telah memberi ceramah mengenai aspek menyentuh anjing dalam agama Islam.

‘’Anjing juga adalah makhluk ciptaan Tuhan. Kami perlu atasi tanggapan melihat binatang ini sebagai satu makhluk yang jahat. Kita patut ajarkan golongan muda untuk mencintainya tetapi pada masa yang sama mengetahui had kita,'' tambah Uztaz Iqbal.

Asal aje ada anjing, ada Babi...kita pun jadi sensitif. Hingga kita lupa tentang hukum merokok. hukum riba. hukum rasuah. hukum makan harta anak yatim. Hukum menfitnah.

Mmmmmm perlu ke buat program sebegini? Dah habis program lain? macam... program "saya berazam nak tutup aurat" ka..."saya nak berbaik dengan jiran setaman" ka... "saya tak nak berlakon kena culik" kaa... "saya nak bagi salam" ka...ishhhh banyak lagilah program boleh buat!




Sikap ihsan terhadap haiwan termasuk anjing bukan bermaksud membela atau membelai, sebaliknya menjaga hak haiwan berkenaan.  Penceramah bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, ihsan di sini lebih menjurus kepada merawat anjing ketika sakit atau apabila ia lapar diberinya makan.

Umat Islam diizinkan memelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu untuk menjaga keselamatan dan memburu, selain daripada itu tidak pernah diizinkn oleh syariat. Walaupun sikap ihsan itu dituntut agama termasuk ke atas anjing tetapi kempen 'I Wan To Touch A Dog' bukanlah cara yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW.

Kenapa perlu diadakan kempen menyentuh anjing, sebaliknya lebih sesuai jika pengisian untuk mengajar bersuci atau sertu atau kempen ihsan kepada haiwan termasuk anjing yang bersifat universal. Kaedah menyucikan najis mughalazah termasuk menyentuh anjing yang basah kerana hujan atau terkena air liurnya adalah enam kali bancuhan air mutlak dan sekali air bercampur tanah.

Menerusi kempen itu pengunjung juga diberi tutorial cara sertu iaitu membersihkan diri selepas memegang anjing.  

Kenderaan Pribadi Termewah


Kalau dah kaya, mmmmm nak kata apa!

Kita ni hanya mampu berangan ajelah. Itupun nasib baik berangan tak perlu bayar apa-apa.



Untung benar kalau dah kaya kan.

Mmmmmm kalaulah daku jua kaya sebegitu, dah tentu serata ceruk bumi ni akan kujelajahi macam Christopher Columbus huh uhu huhu mana tahu ada harapan namakan sesuatu tempat dengan nama sendiri. Mesti best!

Bayangkan, ada sebuah pulau yang indah…namanya Pulau Anganan Anyss huh u huh u mmmmm berangan tak payah bayar, redah ajelah labu!!!!

Asalkan bahagia huh u huh uhu

Sabtu, 18 Oktober 2014

Impian Terakhir Sebelum Meninggal


Andaiku tahu…ohhhhh kiranya kita tahu bilakah masanya akan pergi tinggalkan dunia fana ini, apakah perkara terakhir kita nak buat? Apa impian terakhir sebelum meninggal?



Bagaimana dengan kalian?

Daku impikan untuk berada dekat dengan kaabah. Lokasi itu tentunya bawa sejuta damai dan rahmat.

Persoalannya, akan tertunaikah impian itu?

Moga-moga! Insha Allah.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Salah Siapa Anak Kita Kurang Ajar??


Saje je bagi tajuk Nampak ganas sikit. Sekarang ni kan isu gangster, kat tengah Bukit Bintang ada gangster berebut kawasan pun main bom je, kat ulu banat sana pun ada kaki buli juga. Kira tengah berlatih untuk jadi gangster lah tu!

Kita (termasuk aku) idamkan anak-anak yang baik, sopan, beragama dan bla bla bla pendek kata yang baik-baik ajelah. Kita (dah tentulah bukan aku!) sering terlupa bahawa anak-anak sebenarnya banyak belajar tingkahlaku dan perbuatan mak ayah yang dia tengok sehari-hari. Yaaaaa… kita hantar anak ke sekolah tetapi masa mereka bersama cikgu tak adalah sebanyak masa yang ada bersama mak bapak.

Malangnya, kita terlupa bahawa perangai yang kita pamerkan itu sangat bertentangan dengan ilmu sivik dan moral yang cikgu ajar di sekolah. Kita nak anak-anak jadi sopan santun dan jaga tingkah laku, namun kita sendiri gagal untuk jadi model terbaik buat mereka, lebih-lebih lagi bila berada dalam kenderaan.



Tak tahulah kenapa orang Malaysia ni jadi macam hero je bila masuk dalam kenderaan masing-masing hingga lupa bahawa mereka membawa bersama anak-anak yang sentiasa alami proses pembelajaran dari persekitaran. 

Kita tak suka kaki buli, tetapi depan anak-anak kita jadi pembuli jalan raya. Kita himpit kereta sebelah tanpa signal. Kita potong kenderaan di lorong kiri. Kita guna lorong kecemasan ketika lebuhraya sesak. Kita pantang bila ada kenderaan lain memotong kenderaan kita hingga sanggup berlumba di lebuh raya. Kita buang sampah ke jalan raya. Dan semua itu…dilihat oleh anak-anak ganerasi akan datang.

Bila mereka jadi pembuli, kita marah pulak, padahal…mereka belajar dari tabiat baik kita juga. Bila berlaku sesuatu, maka kita salahkan orang lain. Hanya orang lain yang bersalah, sedangkan kita sentiasa sahaja betul dan benar. 

Kalau pun dipengaruhi oleh gen, berapa peratus gamaknya gen itu mempengaruhi cara hidup, cara bertindak dan cara berfikir anak-anak dari kecil hingga tua Bangka?

Dah lama orang tahu bahawa pembelajaran anak-anak bermula dari persekitaran, tetapi berapa ramai antara kita sedar untuk mengasuh anak-anak dengan persekitaran yang sempurna. Kita tahu salahkan orang yang wujudkan persekitaran tidak sihat untuk tumbesaran anak-anak kita, sedar tak yang kita juga bukanlah contoh yang terbaikpun untuk anak-anak orang lain, apalagi anak-anak sendiri.

Wokeh, ini entri orang tak ada anak bebelkan tentang masa depan anak orang lain. Aci gitu?