Rabu, 1 Oktober 2014

RM3.5 Juta Dah Berjaya Digodam dari Mesin ATM


Sehingga malam tadi, anggaran nilai wang tunai yang berjaya dicuri oleh kumpulan penggodam mesin ATM dari beberapa bank tempatan di empat negeri ialah RM3.5 juta. Hari ini Polis sudah mengenalpasti dan mengedar gambar beberapa suspek dipercayai dilakukan warga asing berasal daripada Amerika Latin;

wajah penggodam mesin ATM

Polis melancarkan operasi khas 'Ops Albatross' untuk mengesan dan memberkas penjenayah yang terlibat dalam beberapa siri insiden penggodaman Mesin Juruwang Automatik (ATM), menggunakan kaedah menyuntik virus malware, 'ulssm.exe' bagi menipu sistem pengkomputeran bank. Salurkan sebarang maklumat berhubung kes jenayah ini bagi membantu siasatan dengan menghubungi polis di talian 03-26163839.


Polis Selangor telah mengesahkan insiden 10 mesin juruwang automatik (ATM) telah digodam dengan kerugian yang dilaporkan di negeri ini melebihi RM1,736, 710. Selasa lepas, enam cawangan bank Al Rajhi telah digodam, manakala dua lagi masing-masing adalah cawangan Affin Bank dan Bank Islam di Selangor.

Senarai cawangan bank yang digodam adalah seperti berikut:

Bank: Affin Bank, Jalan USJ10 / 1J
Masa: 5.30 petang, 27 September
Kerugian: RM265, 000

Bank: Affin Bank, Jalan Yong Shook Lin
Masa: Tidak Ketahui, 27 September
Kerugian: RM303,000

Bank: Al Rajhi Bank, Kota Damansara
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: RM285,700

Bank: Al Rajhi Bank, Wisma Metro Kajang
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: Belum ditentukan

Bank: Al Rajhi Bank Kelana Jaya
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: Belum ditentukan

Bank: Al Rajhi Puchong
Masa: 01:12, 29 September
Rugi: Belum ditentukan

Bank: Al Rajhi Bank, Seksyen 9, Shah Alam
Masa: 12.30 tengah hari, 29 September
Rugi: RM116,000

Bank: Al Rajhi Bank, Jalan Raja Bot, Klang
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM150,000

Bank: Bank Islam, Seksyen 14
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM 395,850

Bank: Bank Islam, Jalan PJU 5/5
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM: 221,160



Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) itu menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang. Virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.

Virus itu yang mula dikesan Mei lalu itu turut berupaya memadam failnya sendiri jika gagal menguasai kawalan pad kekunci ATM untuk mengelak dikesan. Menurut Symantec Corporation, Backdoor.Padpin adalah sejenis Trojan yang menyasarkan ATM. Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan pad kekunci ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.

Terkini, Tiga Lagi ATM Digodam Di KL dan Melaka. Di Kuala Lumpur, United Overseas Bank (UOB) cawangan Jalan Imbi, manakala di Melaka libatkan Affin Bank dan Al Rajhi Bank cawangan Taman Melaka Raya. Ini menjadikan sejumlah 17 mesin ATM digodam dengan kerugian lebih RM3 juta membabitkan wang dari Affin Bank, Al Rajhi, Bank Islam dan UOB.

Mmmmmmm katanya Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM), tak libatkan akaun pengguna. Macam mana dengan kes duit hilang dari akaun tu, ishhhhh! pening aku memikirkannya walaupun tu libatkan duit orang lain.


Selasa, 30 September 2014

Kena Tukar Ke Tinted Cermin Belakang Kereta?

Bermula 1 November depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap kenderaan.

Peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. Kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.

Maknanya, semua kereta kena buanglah tinted lama tu sebab sebelum ni VLTnya 50 peratus. Boleh klaim dengan JPJ tak? Ya lahhhhhhh dah dulu boleh, hanya sekarang ni je tak boleh kannnnnnnnnnnn. Ada tempoh masa tak untuk pergi klaim tu?????

Peratusan tahap ketelusan cahaya, BUKAN kegelapan tinted


Kononnya peraturan penggunaan cermin gelap kenderaan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar. Peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import. Pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.

Kalau nak dikecualikan, kenalah masukkan diri dalam senarai pengecualian cermin gelap kenderaan, iaitu: Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.

Jabatan berisiko tinggi seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya juga boleh dikecualikan. Kalau orang awam kena ada surat kebenaran kan kan kan?

Gagal patuhi Peraturan Baharu Cermin Gelap Kenderaan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.




Isnin, 29 September 2014

Awak Memang Pakar Patahkan Hati Orang, Ek?


Barangkali, memang itu kelebihan aku!

Jadi, aku terima seadanya.


Maaflah...andai hatimu retak serpih!

Sabtu, 27 September 2014

Shila Amzah Jelaskan Kontroversi Konsert Ditaja Syarikat Judi

Aku minat juga suara Shila Amzah lebih-lebih lagi vokalnya sangat mantap selepas Shila Amzah menang pertandingan nyanyian di China dulu. Kerjayanya pun dah melebar, tapi itu bukan alasan untuk aku tahu tentang macam-macam gossip tentang dia.


Tak tahu pun bila masa isu konsert Shila Amzah di Kuala Lumpur ditaja syarikat judi meletup…Nampak sangat aku bukannya peminat no satu dia. Namun, Shila Amzah balik Malaysia semata-mata nak jelaskan tentang hal ini.

Kata Shila Hamzah, “KONSERT itu bukan ditaja syarikat judi. Saya benar-benar tersinggung dengan kenyataan sebuah akhbar sebelum ini,"



Apa-apapun, aku hanya harapkan kerjaya Shila Amzah terus cemerlang di Malaysia dan dunia. Aku bangga dengan pencapaiannya…lagi pula suaranya memang merdu pun kannnnn huh u huhu Nampak benar aku tak reti nak puji ko Shila!

Shila Amzah and Charice Tan (dubbed by Chinese Media as Junior Shila) rendered Kelly Clarkson song Because of you.....



Comey tak mereka?

Tapi aku sakit hati tengok video ni…sebab tak faham huh uhuhuhu

Jumaat, 26 September 2014

Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam Mulai 1 Januari 2015?

Masa Cik Bintang kongsi perkhabaran tentang Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam Mulai 1 Januari 2015, aku memanglah sangat-sangat tak percaya. Mimpi bulan jatuh ke ribaan tu.

Tapi hati tetap berdoa, moga-moga perkhabaran penjawat awam dapat kenaikan gaji penjawat awam sehingga RM500 sebulan itu menjadi nyata walaupun memang sangat tahupun tak akan nyata punyalah.

Gaji aku tahun ni pun belum naik lagi…aku kan mula kerja hujung tahun, kenalah redha tunggu hujung tahun untuk dapat kenaikan gaji tahunan walaupun aku sangat pasti kenaikan itu sungguh berada pada tahap paling minimum. Maklumlah, aku ini bukan sahaja dikenali sebagai Sang Pendurhaka, malah tak reti dan bodek kaki membang aje sepanjang tahun. Mana nak naik dengan kadar maksimum kalau lag utu hu huhuhuhu

Akhirnya, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) bersuara tentang desas desus kenaikan Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam Mulai 1 Januari 2015 tersebut yang katanya tidak benar. Baru je nak berangan beli kereta Malaysia yang seksi bernama manja si Iriz tu. Mmmmm tak dapatlah naik kereta baru tahun depan. Guna ajelah mana yang ada selagi masih kena bayar bulanannya huh u hu hu



PENAFIAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MENGENAI KAKITANGAN AWAM TERIMA KENAIKAN GAJI BARU MULAI 1 JANUARI 2015

PUTRAJAYA, 25 September 2014-Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan bahawa penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang disiarkan melalui media-media sosial adalah tidak benar. Mohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita ini sekiranya ada menerimanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pasukan Komunikasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel: 03-88853830/3146
Emel : komunikasi@jpa.gov.my

Jom berhenti berangan yaaaaaaaa