Sehingga malam tadi, anggaran nilai wang tunai yang berjaya dicuri oleh kumpulan penggodam mesin ATM dari beberapa bank tempatan di empat negeri ialah RM3.5 juta. Hari ini Polis sudah mengenalpasti dan mengedar gambar beberapa suspek dipercayai dilakukan warga asing berasal daripada Amerika Latin;
wajah penggodam mesin ATM |
Polis melancarkan operasi khas 'Ops Albatross' untuk mengesan dan memberkas penjenayah yang terlibat dalam beberapa siri insiden penggodaman Mesin Juruwang Automatik (ATM), menggunakan kaedah menyuntik virus malware, 'ulssm.exe' bagi menipu sistem pengkomputeran bank. Salurkan sebarang maklumat berhubung kes jenayah ini bagi membantu siasatan dengan menghubungi polis di talian 03-26163839.
Polis Selangor telah mengesahkan insiden 10 mesin juruwang automatik (ATM) telah digodam dengan kerugian yang dilaporkan di negeri ini melebihi RM1,736, 710. Selasa lepas, enam cawangan bank Al Rajhi telah digodam, manakala dua lagi masing-masing adalah cawangan Affin Bank dan Bank Islam di Selangor.
Senarai cawangan bank yang digodam adalah seperti berikut:
Bank: Affin Bank, Jalan USJ10 / 1J
Masa: 5.30 petang, 27 September
Kerugian: RM265, 000
Bank: Affin Bank, Jalan Yong Shook Lin
Masa: Tidak Ketahui, 27 September
Kerugian: RM303,000
Bank: Al Rajhi Bank, Kota Damansara
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: RM285,700
Bank: Al Rajhi Bank, Wisma Metro Kajang
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: Belum ditentukan
Bank: Al Rajhi Bank Kelana Jaya
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: Belum ditentukan
Bank: Al Rajhi Puchong
Masa: 01:12, 29 September
Rugi: Belum ditentukan
Bank: Al Rajhi Bank, Seksyen 9, Shah Alam
Masa: 12.30 tengah hari, 29 September
Rugi: RM116,000
Bank: Al Rajhi Bank, Jalan Raja Bot, Klang
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM150,000
Bank: Bank Islam, Seksyen 14
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM 395,850
Bank: Bank Islam, Jalan PJU 5/5
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM: 221,160
Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) itu menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang. Virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.
Virus itu yang mula dikesan Mei lalu itu turut berupaya memadam failnya sendiri jika gagal menguasai kawalan pad kekunci ATM untuk mengelak dikesan. Menurut Symantec Corporation, Backdoor.Padpin adalah sejenis Trojan yang menyasarkan ATM. Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan pad kekunci ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.
Terkini, Tiga Lagi ATM Digodam Di KL dan Melaka. Di Kuala Lumpur, United Overseas Bank (UOB) cawangan Jalan Imbi, manakala di Melaka libatkan Affin Bank dan Al Rajhi Bank cawangan Taman Melaka Raya. Ini menjadikan sejumlah 17 mesin ATM digodam dengan kerugian lebih RM3 juta membabitkan wang dari Affin Bank, Al Rajhi, Bank Islam dan UOB.
Mmmmmmm katanya Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM), tak libatkan akaun pengguna. Macam mana dengan kes duit hilang dari akaun tu, ishhhhh! pening aku memikirkannya walaupun tu libatkan duit orang lain.