Khamis, 28 Ogos 2014

Jepun Kayuh Basikal


Entri ini tentang Cerita Jepun Kayuh Basikal

Masa arwah @ gemulah Tok Ayah ada dulu, aku suka dengar dia bercerita tentang keganasan tentera penjajah di Tanah Melayu. Dia cerita macam mana Jepun mendarat di Pantai Sabak, Kelantan, ketakutan rakyat setiap kali bunyi enjin kapal pesawat melintas, Jepun tunggang basikal jelajah seluruh pelusuk negeri dan macam-macam kekejaman tentera Jepun lagi.

Dan ayah, dilahirkan pada tahun pendudukan Jepun di Tanah Melayu...ya, tahun 1945. Menurut cerita Gemulah Wa, suasana pada ketika itu dipenuhi dengan ketakutan. Pada waktu malam mereka tidak berani pasang pelita kerana takut cahaya pelita itu boleh tarik perhatian tentera Jepun yang sentiasa berlegar sekitar kampung. Dan ayah yang baru lahir pada ketika itu pula, akan menangis bila bergelap dipadamkan pelita.

Tentera Jepun ni bukan sahaja ambil semua hasil tanaman penduduk kampung seperti padi, pisang atau ubi, tetapi juga ganggu anak dara orang mahupun isteri orang. Dan paling ditakuti tentera Jepun ini sangat ganas hingga sanggup memenggal leher orang walaupun dengan silap yang kecil. Boleh juga dengar pengalaman artis Mustapha Maarof pada zaman Jepun.

Lagu Kisah Pemerintahan Jepun oleh Pakku Syahadat

lagu rakyat kedah nyayian Pakku syahadat, berkisarkan tentang pendudukan Jepun di negeri kedah



Kini semuanya dah berlalu. kita sudah merdeka. Gemulah Wa dan Tok Ayah juga telah tiada. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ameen.

Rabu, 27 Ogos 2014

Sangat SANGAT TERsangat Takut


Beberapa waktu entri blog terbiar. Ada masa memang sebab tak sempat, tetapi adakalanya sebab rasa sangat tak selesa. Takut dan risau.

Takut dan risau kalau-kalau catatan di sini buatkan orang sentap dan marah sebab aku juga pernah sentap dan marah juga.

Risau andainya apa yang aku tulis disalah ertikan. Ada masa aku nak tulis tentang A tetapi ramai orang faham ianya adalah perkara B. Salah faham itu buatkan apa yang aku tulis tak capai matlamat.

Ada masa yang lain, aku tulis lain tapi orang faham lain. Aku cerita tentang kucing yang aku tak suka tetapi orang fahaminya sebagai “aku tak suka kucing”. Sekadar contoh.

Banyak perkara lain lagi yang buatkan aku jadi risau nak buat entri. Paling utama, aku risau kalau-kalau apa yang aku tulis nanti memberi kesukaran dan menjadi isu semasa diadili di sana nanti. Mungkin niat aku tulis itu untuk mendedahkan tentang sesuatu agar tidak diulangi lagi, namun secara tak sedar aku dah buka aib orang. Contohnya!

Ohhhhh! Aku dah mula keliru!

Isnin, 25 Ogos 2014

Awas! Virus Baru Sedang Merebak


Ya. Virus baru sedang merebak dengan pesat.‎

Sangat bahaya. Lebih bahaya dari HIV atau AIDS atau EBOLA pun. Belum ada serum yang mampu mengubati virus ini.

Tanda-tanda dan symptom virus bahaya tersebut adalah seperti berikut;‎





Sangat malas walaupun nak like dan komen di facebook, apalagi nak tulis status FB atau entri baru blog.‎

Sekian, harap maklum!‎

Jumaat, 22 Ogos 2014

Hari Berkabung MH017


Hari ini, 22 Ogos 2014…seluruh negara diistiharkan sebagai hari berkabung negara melambangkan perkongsian kesedihan negara dan rakyat Malaysia dengan tragedi menyayat hati MH17 bila pesawat MAS itu ditembak jatuh di sempadan Ukrine-Rusia. Pada hari ini sebahagian daripada jenazah mangsa akan tiba di KLIA.


Semoga sanak saudara kaum keluarga mangsa lebih tabah hadapi semua ini. Kami satu Malaysia turut berdukacita dengan tragedi ini.



Selasa, 19 Ogos 2014

Kelab Cari Jodoh


Kalau tengok carian kata berkaitan jodoh yang digunakan untuk sampai ke blog Saat Kau Sentuh Hatiku ni, memang banyaklah terutama tentang doa cari jodoh. Namun takat ni, pertama kali pulak yang guna kata kunci keywords "kelab cari jodoh";


Errrrrr aku nak tubuhkan Kelab Cari jodoh pun, aku sendiri tak pernah hebatpun cari jodoh. Belum sangkut pun. Secara praktikalnya memang dah gagal, jadi tahap kebolehpercayaan dah merudum.


Mmmmmm ada sesiapa nak tubuhkan tak Kelab Cari Jodoh. Tak pun persatuan pencari jodoh. Jangan lupa jemput aku sama ya...