Lelaki budiman itu…
Bila pergi rumah anak dara, sewajarnya dia tahu batas dan had
Tahulah pintu pagar rumah anak dara tu dah terngaga roboh (engkau jugak yang robohkan, bukan orang lain pun!), bukan bermakna kau boleh tekan brek motor hebat kau depan pintu rumah. Tidak bermakna kau boleh bebas keluar masuk dalam pagar dan halaman rumah anak dara orang. Kau kan orang hebat, patutnya jadi lebih budiman.
Tahulah tombol pintu bilik bini mudamu tanpa akad itu rosak dek perasan bagus bini mudamu tu jugak, tidak bermakna kau boleh sesuka tok nenek kau je masuk rumah orang.
Anak dara dalam rumah ni muslimah sejati yang tahu jaga aurat, reti batasnya takat mana boleh dalam agama takat mana tak boleh dalam budaya bermasyarakat.
Engkaukan lelaki yang kononnya budiman dan hebat, yang dah jadi laki orang dah jadi bapak orang…tak payah jadi moden sangatlah macam orang putih tu. Belajar sikit kenal budaya, agama dan susila bermasyarakat. Bangi bukan Bandar sangat pun hingga jiran-jiran tak sedar apa berlaku di sebelah. Mmmmmm dah pupus rupanya lelaki budiman, patutpun!
Jadilah budiman macam adik ipaQ aku yang hensem tu. Walau pun kunci rumah ni ada mereka simpan, tiap kali nak datang sms dulu bagi tahu. Dah sampai depan rumah, dibiarnya Amir dan adik aku yang masuk dulu. Dua tiga minit kemudian baru dia masuk.
Tahu kenapa?
Sebab dia lelaki budiman. Dia tahu rumah kakak ipaQ dia ni rumah anak dara. Semuanya anak-anak dara yang baik dan cun melecun belaka (up diri sikit!). Yang tahu jaga aurat dan susila dengan muhrim dan bukan muhrim walaupun dalam rumah seksi meksi tapi reti jaga aurat. Dia juga tahu adab-adab bertandang ke rumah orang. Tunggu tuan rumah bersedia dan capai tudung dulu. Bukan pakai redah macam penyamun tarbus, salam pun tak bagi!
Dan aku sangat bersyukur dapat adik ipaQ yang budiman sebegitu.
Kalau anda nak jadi lelaki budiman, contohilah adik ipaQ aku yang bukan sahaja hensem muka, hensem juga hati dan pekertinya. Moga-moga sifat budiman itu akan dicontohi pula oleh anak-anaknya Amir Hasif dan Ammar HasiQ, amen.
Jadi, bila lelaki tak berapa nak budiman, bertemu dengan perempuan perasan cantik, apa yang aku boleh buat hanyalah bagi satu ayat paling manis sahaja;
“Kemas barang awak dan kosongkan bilik tu sebelum jam 1 tengahari/petang esok”. Makanya, “esok” dalam kalimah itu adalah hari ini.Satu bilik medium akan kosong. Tiada pengambilan housemate baru lagi selepas ni. Aku dah bosan nak mengadap orang yang
adanya tak ada apapun tetapi lagaknya tak leh nak blah. Belum campur lagi
memandai mandai walaupun memang tak pandai. Kalau bodoh sombong memang payah nak lentur.
Bermula hari ini, harapnya aku tidak lagi berurusan dengan lelaki tidak budiman sebegitu. Minta dijauhkan Allah lagi untuk ketemu lelaki tidak budiman. Dan aku menyedari satu kebenaran, iaitu;
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Bila lelaki itu tidak budiman, aku mula mengerti sisi perempuan itu tanpa perlu dia tunjukkan apa-apa. Namun, sayang benar bila dia sendiri tunjukkan tahap mana letaknya diri. Moga dia sempat dapat hidayah sebelum mati.
Moga-moga aku tidak akan ketemu lagi spesies perempuan dan lelaki sebegini dalam hidup ni. Sebab aku tahu, aku memang tak mampu untuk terusan bersabar. Senafas lagi memang sabar itu berderai. Senafas sahaja lagi!
Mmmmmm manalah perginya lelaki yang budiman?