Sabtu, 9 Ogos 2014

Kisah Sebalik Boikot McD


Jumaat 8 Ogos 2014 telah tercipta sejarah bila satu Malaysia menjalankan gerakan Boikot McD 2014 sebagai tindakan protes dan bantah dengan serangan Israel Yahudi Zionis ke atas Gaza. Tindakan rakyat Malaysia memboikot McDonald's mampu memberi isyarat jelas kepada dunia, walaupun ramai jugak orang Malaysia sendiri anggap boikot tu tak beri kesan apa-apa.


Hasilnya, banyak premis McDonald's di Malaysia kosong tiada pelanggan. Kempen memboikot McDonald's besar-besaran ini tersebar dengan meluas melalui pelbagai aplikasi social seperti whatsApp, facebook, telegram dan sebagainya. Tindakan memboikot ini boleh diteruskan sehingga Israel meninggalkan bumi Palestin.

Kempen Boikot Menjadi, McDonald's Lengang



Setakat ini ada empat syarikat utama yang boleh diboikot iaitu McDonald’s, Colgate, Coca-Cola dan Starbucks, kalau nak boikot yang lain lagilah bagus.

Banyak gambar McDonald's yang lengang tanpa pelanggan, malah ramai juga yang berhimpun di hadapan premis McD tersebut. Walaupun begitu, silalah berhemah ya. Sila salami makna boikot tu apa. Maksudnya, tak makan, tak guna, tak beli tak ambik walaupun diberi percuma. Kalau bagi kat aku…aku ambik je. Bagi makan kat kucing. Mesti kucing tu seronok dapat makan burger sedap.


Aku dan McD? Macam mana aku nak boikot kalau sebelum ni pun aku memang jarang masuk pintunya? Kalau masuk setahun sekalipun dah banyak sayang oiiii jadi, boikot ke tidak untuk produk McDonald’s, Colgate, Coca-Cola dan Starbucks, bagi aku sama sahaja.


Hanya dugaannya bila libatkan neskefe dan produk maggie (bukan mi segera ya, lebih kepada sos dan bahan masakan lain). Ubat gigi pun dah lama aku guna Mukmin. Mmmmmm lepas ni kena check juga perfume. Nasib baik lambat lagi nak habis.


Boikot tu boikot jugak. Namun, usahlah kita jadi lebih Zionis dari zionis. Depa tu memang dah kapir laknatullah, kita yang muslim ni silalah berhemah ya…

Budak Melayu Prank McDonald's



Sebenarnya, entri ni nak cerita tentang benda lain…

Jumaat, 8 Ogos 2014

Lagak Orang Yang Tak Ada Apa-apa

Bila orang yang ada-ada itu berlagak, boleh aje kita terima. Dah dia ada, lantak pergi lah dia nak berlagak ke apa. Dia mampu. Dan hati kita dihempap berlambak kagum bila orang-orang ada ini tidak berlagak pun. Macam naik ferarri tapi pakai ketayap dan pelikat pergi masjid. Kagum dak?


Tapi biasanya yang jadi adalah lagak orang yang tak ada apa-apa itu lebih besar dari orang yang ada-ada. Ngada-ngada orang yang tak ada apa-apa tu kerapnya jadi sangat pelik. Kalau boleh selipar jepun pun dia nak cat warna emas, nak buktikan kemewahan berada di bawah kakinya. Nasib baik selipar letak kat kaki, kalau diletaknya selipar cat kaler emas tu kat kepala, kang nyata benar terbukti ada wayar putus huh u hu

Kalau dah lembu, tak payah lah berangan nak jadi singa walaupun berangan tak payah bayar!

Bukan mata kita je berbulu nak tengok tapi bulu betis pun geli geli menggelenyar simpan gelak. Nasib baik bulu ketiak malu nak menonjolkan diri. Bulu-bulu lain usah ceritalah, kalau detail sangat tulis kang kata aku lucah pulak.

kalau senarai 7 ni pun TAK ada...nak berlagak atas faktor apa?

Rasa nak muntah ijau tak? Loya anak tekak mengalahkan makan bangkai cadbury pulak...errrr pernah termakan bangkai tak?


Kesimpulannya, silalah ikut hari tanpa McD sepanjang hari ni sebagai tanda protes kita dengan kekejaman zionis Yahudi di Gaza. 

Khamis, 7 Ogos 2014

Kalau Tak Pandai Tak Payah Nak Memandai-Mandai

Ada orang memang telah dianugerahkan Allah dengan kepandaian. Pandai masak umpamanya. Masak apapun, sedap tak terkira. Kalau suruh masak biji bom pun boleh jadi sedap dimakan hingga menjilat siku.

Untunglah orang yang sebegini. Boleh buka kedai makan. Boleh niaga online. Boleh buat catering bagai. Paling tidak, boleh masak bagi aku makan. Aku ni, takat makan tu pandailah!

Namun ada sejenis orang lagi termasuk dalam kategori memandai-mandai, terutama kalau libatkan harta benda orang. Kalau harta benda sendiri, sayangnya kemain lagi. Kalau boleh, selipar Jepun putus pun nak disimpan jadi khazanah kat muzium.

Yang peliknya, kalau harta benda orang itu rosak, tak adalah pulak nak mengaku dan buat pengakuan. Nak ganti balik memang TAK lah kan!


Rabu, 6 Ogos 2014

Cebisan Yang Dicantum-cantum


Mek sedang bagi duit raya kat cucu-cucunya;

Ain Maisara, nampak je comey tapi hu hu huhu hu lasak ngalahkan lelaki!

Cucu ke 17 Mek; Ammar HaziQ. Lahir seminggu sebelum raya.


Macam tak berapa nak percaya je kesopanan dan kesusilaan Ain tu hu hu huhu
Sembang apa tu?

Abe Amir sebelum raya...kurus sikit
Balik kampung, mulutnya tak berhenti mengunyah hu hu huhu dah bam bam;
Dahhhhh pun jadi abang...sayang adik tu!

Jejaka paling kacak tahun ni;
pelantar tu yang rare!


Selasa, 5 Ogos 2014

Bila Kena Tang Hidung Sendiri


Hidup ni memang pelik. Macam-macam benda aneh dan pelik berlaku.

Bila kena tang orang, kemain lagi kita. Maki ada, cerca ada, keji ada…menghukum apatah lagi. Masing-masing tetiba jadi pakar dalam pelbagai bidang. Masa MH370 hilang kita jadi pakar penerbangan. Masa Puan Lola dibawa ke pengadilan kita jadi pakar kemasyarakatan. Padahal, kita yang dok berjiran dengan dia tak pernah hulur seteguk air paip pun untuk bantu dia sebelum ni. Bila Cik Kiki Kamaruddin mengamuk dengan steering lock jadi kak Long kawasan Pegeot Putih CDM 25 dilanggar, kita muncul lagi jadi keyboards warriors.

Kita mahu kelihatan baik dan sempurna di mata orang lain. Kita nak mata manusia hanya melihat malaikat dalam diri kita; menuturkan kata-kata yang baik, mempersembahkan kehidupan yang baik, menyokong benda-benda yang baik. Nasib baik Allah menjaga aib kita. Kalau tak?

Pernah terfikir tak kepalsuan diri sendiri? Pernah terfikir tak kita bertingkahlaku dengan cara yang berbeza dengan apa yang kita tuturkan? Berbeza realitinya di FB, dikhalayak ramai, di hadapan orang tertentu. Pada ketika yang lain pula, tingkahlaku kita sangat berbeza terutama dikalangan kerabat terdekat.

Entah kenapa, kita lebih utamakan pandangan manusia dari pandangan Allah. Akulah tu kan. Entah bagaimana Allah memandang kita. Adakah sebaik pandangan manusia? Ataukah, pandangan manusia pun tak sebaik mana walaupun kita telah sedaya upaya menjaganya.