Rabu, 6 Ogos 2014

Cebisan Yang Dicantum-cantum


Mek sedang bagi duit raya kat cucu-cucunya;

Ain Maisara, nampak je comey tapi hu hu huhu hu lasak ngalahkan lelaki!

Cucu ke 17 Mek; Ammar HaziQ. Lahir seminggu sebelum raya.


Macam tak berapa nak percaya je kesopanan dan kesusilaan Ain tu hu hu huhu
Sembang apa tu?

Abe Amir sebelum raya...kurus sikit
Balik kampung, mulutnya tak berhenti mengunyah hu hu huhu dah bam bam;
Dahhhhh pun jadi abang...sayang adik tu!

Jejaka paling kacak tahun ni;
pelantar tu yang rare!


Selasa, 5 Ogos 2014

Bila Kena Tang Hidung Sendiri


Hidup ni memang pelik. Macam-macam benda aneh dan pelik berlaku.

Bila kena tang orang, kemain lagi kita. Maki ada, cerca ada, keji ada…menghukum apatah lagi. Masing-masing tetiba jadi pakar dalam pelbagai bidang. Masa MH370 hilang kita jadi pakar penerbangan. Masa Puan Lola dibawa ke pengadilan kita jadi pakar kemasyarakatan. Padahal, kita yang dok berjiran dengan dia tak pernah hulur seteguk air paip pun untuk bantu dia sebelum ni. Bila Cik Kiki Kamaruddin mengamuk dengan steering lock jadi kak Long kawasan Pegeot Putih CDM 25 dilanggar, kita muncul lagi jadi keyboards warriors.

Kita mahu kelihatan baik dan sempurna di mata orang lain. Kita nak mata manusia hanya melihat malaikat dalam diri kita; menuturkan kata-kata yang baik, mempersembahkan kehidupan yang baik, menyokong benda-benda yang baik. Nasib baik Allah menjaga aib kita. Kalau tak?

Pernah terfikir tak kepalsuan diri sendiri? Pernah terfikir tak kita bertingkahlaku dengan cara yang berbeza dengan apa yang kita tuturkan? Berbeza realitinya di FB, dikhalayak ramai, di hadapan orang tertentu. Pada ketika yang lain pula, tingkahlaku kita sangat berbeza terutama dikalangan kerabat terdekat.

Entah kenapa, kita lebih utamakan pandangan manusia dari pandangan Allah. Akulah tu kan. Entah bagaimana Allah memandang kita. Adakah sebaik pandangan manusia? Ataukah, pandangan manusia pun tak sebaik mana walaupun kita telah sedaya upaya menjaganya.


Isnin, 4 Ogos 2014

Masa Terbaik Tukar Kereta?


Rebat tunai menanti pembeli kenderaan Mitsubishi. Adakah ini masa terbaik untuk tukar kereta? Sebelum raya kereta buruk aku mati sebab paip air bocor, dalam perjalanan datang dari kampong pula, belt lah pulak putus. Masa tu, kepala aku terus kata “sekali lagi ko buat hal, memang aku tukarr huh u hu huhu” errrrr…kena tunggu mati tengah jalan sekali lagi tak?

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), melaksanakan 'Mitsubishi Merdeka Deals' sempena sambutan Merdeka 2014 bagi pembelian model Mitsubishi yang terpilih dari sekarang hingga 30 Sept, 2014.

model SUV Kompak ASX dapat rebat tunai hingga RM2,000. Berharga RM114,743.50 (varian 2WD) dan RM128,879.50 (varian 4WD). SUV Kompak ASX adalah 'SUV Dipasang Tempatan Terbaik' pada majlis Anugerah Industri Auto Allianz Auto Asia 2014.

Pajero Sport (model 2013) dapat rebat RM9,000 rebat tunai, tertakluk kepada ketersediaan varian model. Pajero Sport GL berharga RM151,277.60 manakala Pajero Sport VGT, RM172,211.60. Pajero Sport VGT diiktiraf bagi kecekapan minyak yang luar biasa pada Anugerah Kecekapan Bahan Api Auto Asia 2014.

Triton VGT GS berharga RM107,809.60 (model 2014) dapat rebat tunai sehingga RM5,000.

Malangnya, aku tak pernah termimpikan nak ada kereta jenis ni. X5 boleh tak?

seksi tak?

Jenis x5 ni hebat, gah...mana tahu boleh tiru macam Jejaka kacak x5.

Adoi laaaaaaa! Tau lah berangan tak payah bayar…percuma je, tapi boleh tak berangan ikut kemampuan. Kalau kek 2 biji pun tak mampu nak bayar, tak payah berangan X5 boleh tak?

Lainlah kalau ada orang nak sponser. Ya dak?

Mmmmmm aku tahu tak mampu yang tu...ada sesapa boleh sedekahkan yang ni pun dah cukup;

ensem dak?
Okehhhh...nak terus berangan!


Malunya!


Zaman sekarang ni, dah makin ramai orang tak tahu malu. Lebih-lebih lagi tang menyamun harta benda orang lain. Malulah! Malulah!


Keutamaan menjaga sifat malu




Biarpun sekecil-kecil perkara, ingatlah malu. Malulah!

Malu mampu mencegah banyak perkara. Malulah!

Rabu, 23 Julai 2014

Senarai Harga Barang Kawalan Musim Perayaan


Dah musim nak balik kampong. Biasanya sebelum balik kampong aku akan beli semua keperluan yang diperlukan dan angkut balik kampong. Nampak macam menyusahkan, tapi bila dah balik nanti, tak banyak barang dah nak kena cari lagi. Musim raya, semua tempat jem. Malas nak redah semua tu.

Pagi ni aku ke UM jumpa penyelia hensem tu, petang baru boleh memborong barang sedikit sebanyak. Separuh dah kirim melalui adik yang balik hari minggu lepas, jadi dah tak banyak barang lagi perlu beli.

Sebelum beli, kenalah semak harga kawalan musim perayaan 2014. Baru boleh bandingkan harga dan beli barang mana yang sesuai. Musim perayaan macam ni memang banyak duit nak pakai, kenalah berbelanja dengan berhemat.

Senarai harga barang kawalan pada hari raya Aidilfitri 2014. Pihak KPDNKK telah menetapkan harga barang runcit dan borong bagi 17 barangan keperluan sepanjang Aidilfitri nanti, berkuatkuasa mulai 20 Julai sehingga 5 Ogos 2014. Para peniaga dan pemborong yang gagal mematuhi harga kawalan akan dikenakan tindakan tegas.


Senarai Harga Barang Kawalan Hari Raya Aidilfitri 2014



Selain senarai di atas, kena juga beli barang keperluas asas seperti gula dan minyak masak. Kat mana ya ada tawarkan banyak diskaun? Nak pergi serbu ni…boleh jimat sedikit sebanyak pun dah ok. Kalau boleh, nak lah berjimat tanpa jejaskan keceriaan musim perayaan.