Rabu, 16 Julai 2014

Peugeot Putih CDM 25 Jadi Trendding Viral Panas


Video seorang perempuan bertudung mengamuk gunakan stering lock hentak kereta pakcik yang melanggar keretanya tetiba menjadi trending. Video berdurasi 2.33 minit itu jadi viral walaupun dah tak boleh tengok lagi mungkin dipadamkan dari youtube oleh pemiliknya, namun sekiranya gigih mencari, masih ada tempat boleh jumpa video berkenaan yang diulang muatnaik oleh beberapa orang lain.

Kejadian dikatakan dirakam di Kuantan. Jangan main-main dengan si jelita di Kuantan ya…jangan salah langgar, bukan boleh dapat ungkapan cinta pandang pertama. Peugeot Putih CDM 25 Jadi Trendding Viral Panas sejak semalam.


Komen aku:

Allah menguji dengan pelbagai cara. Bila Dia menguji, bukan sahaja orang yang terlibat itu sahaja diuji, kita yang berada disekitarnya ini juga turut terlibat. Tak pepasal kita mengumpul sedikit sebanyak pahala untuk dianugerahkan kepada dia.

Dia mungkin silap kerana terlalu menyayangi kereta comel bernombor cantik CDM 25, namun sedar tak silap kita apa?

Tak perlu kot caci maki hina bagai. Selagi kita tidak berada dalam keadaan sebegitu, kita sendiri tidak pasti apa reaksi diri sendiri. Kita hanya insan biasa…ketika melihat video pendek itupun dah macam-macam emo meroyan bagai, bagaimana kalau kita yang berada di tempat cik adik tu?

Mmmmm kereta mati tengah jalan pun dah kalut, apa lagi kereta kesayangan nan mahal dilanggar orang di tengahari remang pulak tu. Dikelilingi ramai lelaki pulak…hishhh! Bulan Ramadhan juga.

Ujian untuk dia memang besar. Ujian untuk kita pun besar juga. Kita lulus ke gagal? Raya ni kenalah pergi beraya rumah dia, bermaafan kan?

Doa untuk saudara kita di Gaza, semoga Allah melindungi mereka;





Selasa, 15 Julai 2014

Tabur Bunga Di Kuburan Amalan Yahudi Dan Kristian


Rupanya menabur bunga di kuburan itu perbuatan dan amalan Yahudi dan Kristian dan menyalahi ajaran Islam. Nasib baiklah amalan tabur bunga di kubur tak pernah jadi amalan keluarga kami.



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di Kangar.

Selamat kembali ke tanahair Azizul Raheem.

Isnin, 14 Julai 2014

Bila Kereta Mati Tengah Jalan


Selasa lepas besday Cik Bintang. Sehari sebelumnya besday adiknya si Cimin. Aku cadang untuk pergi awal ke Nilai, kononnya hari masak-masak dan makan-makan dengan meriah ketika berbuka puasa. Ikutkan plan, aku perlu ambik kek dan muffin dengan Kak Nor NorDessert jam 1.30 tengahari, kemudian ke Nilai beli ikan siakap dan sayur, jam tiga jumpa seorang rakan untuk amik kek lain di Salak Tinggi. Lepas tu bolehlah masak-masak meriah untuk besday gurl. Siakap 3 rasa menu utama. Itu perancangannya.

Perancangan Allah itu lain. Selepas ambil kek dan muffin dengan kak Nor di Shell Sungai Ramal, kereta buruk aku mati di lampu isyarat berhampiran warta. Mati ketika tengah bergerak. Kalau ikut pengalaman kereta lama, ada masalah pendawaian, kereta buruk ni tak tahulah macam mana.

Nak tak nak, aku keluar dari kereta. Pasangkan lampu kecemasan dan berdiri tepi jalan. Nak tolak tepi dah tentulah tak ada daya upayanya. Apa yang aku boleh buat hanyalah tengok ajelahlah. Masa tulah aku boleh tengok macam-macam ragam manusia. Kalau nak tips apa nak kena buat bila kereta rosak tengah jalan, sila baca entri di blog ondscene. Sebenarnya, hanya satu perkara je aku sempat ingat apa nak buat bila berlaku kerosakan kereta di tengah jalan macam tu, iaitu keluar dari kereta dan pergi ke tempat selamat. Yang lain semua LUPA padahal aku selalu dok ingat semua tips tersebut.

Ada yang hon kuat melengking sepanjang-panjangnya. Marahlah tu kan, aku dah buatkan berlaku kesesakan yang tak adalah sesak manapun. Ada yang tekan minyak menderu-deru mengaum bak rimau lapar walaupun kereta dia pun bukannya besar mana atau bukanlah baru manapun. Ada juga yang sabar aje ubah haluan kereta walaupun kereta depa baru berkilat memancar-mancar dari jenama terkemuka.

Aku memang dah agak akan ambik masa yang panjang bila kereta mati tengah jalan macam ni. Tak mahu rakan yang buat kek di sepang tu tertunggu-tunggu, aku telefon dia beritahu kereta mati tengah jalan dan aku tak sempat sampai seperti dijanjikan pada jam 3. Aku mintak dia simpan dulu kek itu, malam nanti aku akan ambil atau paling lambatpun esok paginya, iaitu hari Rabu. Aku juga telefon beberapa bengkel, tak ada satupun angkat. Telefon agen takaful dan minta nombor untuk tunda kereta juga.

Tadah sahaja telinga dengar orang hon, pandang ajelah dengan macam-macam gelagat orang bila kereta sendiri mati tengah jalan macam tu. Namun, hanya seorang sahaja adik hensem yang bersedia untuk tolak kereta yang mati tu ke tepi agar tidak halang lalu lintas. Tengah panas terik dengan puasa pula, Allah datangkan dia berwajah bersih itu membantu.
“Akak masuk dalam kereta pusingkan stereng, biar saya tolak…” katanya. Dan kereta itu berjaya dialihkan ke tepi dalam masa tak sampai seminitpun. Terima kasih banyak-banyak adik hensem.

Aku masuk dalam Warta cari kesejukan ekon sambil kosongkan kepala sekejab fikir apa nak buat bila kereta mati tengah jalan macam tu. Beli top up, risau habis kredit…susah nak buat panggilan pula. Lenguh berdiri lama tepi jalan tadi, pinggang pun dah mula lenguh, (nasib baik fisioterapi kena buat hari Rabu, sempatlah betulkan semula saraf esok harinya tu)…aku minta izin adik dalam KFC untuk duduk dalam premies mereka. Masa tu aku telefon Encik Suid yang gagal aku dapat masa telefon tepi jalan tadi. Alhamdulillah, dapat.


Hampir setengah jam kemudian Encik Suid dan pekerjanya sampai. Ikutkan aku, memang gerun nak memandu semula walaupun enjinnya dah hidup. Risau kalau-kalau mati semula. Dan, memang mati sekali lagi di lampu isyarat. Aku memang sentiasa percaya deria ke 6. Kalau rasa tak sedap hati maknanya akan jadi sesuatu. Tapi sebab dia memang pakar, encik Suid ada cara tersendiri untuk buatkan kereta itu hidup semula dan berjaya parking di hadapan perpustakaan Bandar Baru Bangi. Kat sini baru dapat kesan rupanya tangki air dah kosong dan kering kontang.Ikut kata En. Suid, kereta jenis ni akan mati secara automatik bila suhu dah panas bagi elak dari terbakar. Okey jugak gitu, kalau tak...aku yang rentung dulu!

Isi penuh-penuh tangki air, kemudian gerak ke bengkel en. Shuid di syeksen 7 bandar baru bangi;



Walaupun dah tahu ada kebocoran, tapi tak dapat kesan bocornya tang mana. Se jam juga adik-adik kat bengkel tu mencari dengan gigih. Dalam dok mencari tu…depa terjumpa kotak kek dan muffin dalam kereta.

“Nanti cair kek akak ni…akak simpan dulu dalam peti ais,” cadang adik hensem tu. Tapi sebab kek tu hanya kek mable biasa dan tak akan cair, makanya kotak itu aku biarkan aje dalam kereta. Namun mereka tahu aku akan gerak ke Nilai bila siap nanti. Sempat lagi depa dok mengusik kereta tak sempat siap. 




Akhirnya berjaya jugak kesan bocor paipnya itu. Macam terhakis kena asid je. Acara seterusnya kena tunggu alat ganti. Masa tu dah jam 5 petang, jalan dah tentulah banyak kenderaan. Bila sampai je, terus dia orang kerumun kereta tu gotong royong buat bagi siap cepat. Enam suku petang baru siap, terus aku pecut ke Nilai. Masa tu bateri telefon yang nyawa-nyawa ikan terus padam habis bateri.

Ingatkan waktu sebegitu lebuhraya aku je yang ada, rupanya ramai jugak penggunanya. Sampai rumah Cik Bintang dah jam tujuh suku malam. Benda pertama aku buat, terus caj telefon. On sahaja telefon, dapat masej kek dan muffin yang sepatutnya aku ambil jam 3 petang tadi dah dijual kepada orang lain. Yaaa…dah kena jual. Maaflah, aku memang tak mampu nak sampai jam 3 petang.

Aku tahu aku salah. Aku tak sempat sampai jam 3 petang. Salah aku juga sebab aku tak mampu beli kereta baru yang tak mati tengah jalan. Lagi aku salah sebab aku malas nak buat sendiri kek mable tu. Lagi besar salah aku bila semua kejadian tu berlaku pada hari lahir kawan baik aku. Yaaaa, aku bukan sahaja tak sempat masak ikan siakap tiga rasa, tapi aku juga tak mampu sampai awal dengan senyuman paling manis melainkan dengan lelah yang panjang. Maaf, cik bintang! Maaf Cimin…kek hang tadak tahun ni hu huhuhu tahun depan ambo buat sendiri ya, janji! Ambo tak malas lagi!

Pengajaran yang aku dapat adalah:
  1. Sila buat sendiri kek jangan nak harapkan orang buat.
  2. Sila beli kereta baru yang tak akan mati tengah jalan.
  3. Dan sila insaf diri bahawasanya, orang dari negeri miskin ini tak mampu nak bayar dua biji kek mable. Kalau orang nampak aku mampu nak bayar dua biji kek, dah tentulah tak kena jual kan?
  4. Kek murah macam kek mabel tu layak untuk rakyat marhaen macam aku je…pi la kepuk sendiri, tak berbaloi nak tempah dengan orang. Itupun tak mampu nak bayar!
  5. Silalah kejar dunia sikit…jangan dok buat penampilan macam makcik klener. Court memon kan ada untuk berutang banyak-banyak, barulah orang tau kau tu mampu bayar dua biji kek. Akupun tak tau apa kaitan aku dengan kot memon tuh dalam ini cherita!
  6. Pengajaran paling utama: sila kecoh-kecoh di FB walaupun benda kecik, barulah orang nampak besar. Kalau benda besarpun dok dendiam je tak kecoh, orang anggap kecik je. Takat telefon, sms atau PM sahaja, siapa nak percaya kecuali Cik Bintang. Patut benarlah namanya Bintang sesuai benar dengan letaknya tinggi di langit…

Kesimpulannya: inilah ujian; Ujian hati, ujian mental, ujian fizikal, ujian keikhlasan. Aku rasa aku dah gagal dalam ujian ni. Susah juga rupanya jadi OKU kan…baru nak sedar diri!

Silalah tokok tambah cerita ini sesedap rasa supaya jadi lebih menarik, itupun kalau rasa nak merangkak cari aku kat padang mahsyar. Aku ada buka kaunter pertanyaan kat sana nanti. Okeh, itu ayat bongkak dan angkuh. Sila jangan jadi macam aku!

Okeh, aku dah melalut! Baik letak titik cepat sikit sebelum jadi novel baru. Aminnnn. 


Jumaat, 11 Julai 2014

Wacana Sinar: Hak Pengguna Isu Halal Haram


ISU halal bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng oleh masyarakat pengguna terutamanya mereka yang beragama Islam.

Justeru itu, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah memilih tajuk yang begitu dekat dengan pengguna iaitu "Isu Halal: Apa Hak Pengguna" supaya sedikit sebanyak kekeliruan mengenai produk halal dapat dirungkai.

Wacana Sinar Harian Siri ke-29 dihangatkan dengan hujah panel jemputan, Ahli akademik, Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Laboratori Sains Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM, Prof Dr Jamilah Bakar dan Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhamad Naim Mohd Aziz. Wacana dikendalikan oleh moderator terkenal, Amin Idris.

Wartawan: Fathin Athirah Hasli
Jurukamera: Yusrizal Fauzi Mohamed Md.Nidzam Osman
Suntingan: Wan Shahril
Isu Cadbury: Persatuan Pengguna Pun Pening

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akui masih keliru dengan status halal produk coklat Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi, baru-baru ini. Kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, meskipun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan Cadbury bebas DNA babi namun pihaknya masih ragu.

Analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kata ada DNA babi, Jakim pula keluar kenyataan kata bebas DNA babi. Jadi, adakah analisa KKM itu tidak betul?

Wacana Siri Ke 29 Isu halal Apa Hak pengguna Bhg 1



Ada masalah audio semasa Ustaz Naim dan Prof Jamilah berbicara.

Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan tanda 'haram' sebagai menggantikan sijil halal sedia ada. Perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil tindakan. Tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di Tesco iaitu ada bahagian Non Halal

Selagi tidak dibuktikan haram, maka ia halal. Mmmmmm.

Wacana Siri Ke 29 Isu halal Apa Hak pengguna Bhg 2






Wacana Siri Ke 29 Isu halal Apa Hak pengguna Bhg 3




Wacana Siri Ke 29 Isu halal Apa Hak pengguna Soal jawab

Bagaimana Jakim menjalankan operasi halal, konsep persijilan halal, cording E yang disalahtafsir dll.





Bila dah tengok semua rakaman ni, rasa sangat tidak puas hati dengan mutu audio yang sekejab ada sekejab tak ada. Fuhhhhhh! Kena tengok bibir penceramah untuk tahu apa yang dituturkan.

Kronologi isu Cadbury dikatakan mengandungi DNA babi;



Dato Nadzim di TV1 sebelumnya berkaitan isu DNA babi dalam coklat Cadbury;



Video berikut dari TVJakim sendiri; Fikrah: Isu Halal (Cadbury) dengan panelnya Ketua Pengarah Jakim, Penolong Pengarah Kanan Hub Halal Jakim dan Pengarah Akredasi Jabatan Standard Malaysia;



Sekarang ni isu dah reda. Bolehkan kita bukakan minda sekejap untuk hadamkan semua maklumat berkaitan isu halal makanan terutamanya coklat Cadbury. Emosi pun dah tak begitu meluap-luap lagi macam dulu kan

Fuhhhhhhh! Panjangnya entri ni. Dah lama tak buat entri panjang-panjang macam ni.

Khamis, 10 Julai 2014

Betul Ke Boleh Jimat Sepanjang Ramadhan?


Betul ke tak betul?
Jawapannya: terpulang kepada diri kita sendiri.

Bagi aku yang hidup sensorang di perantauan: semuanya sederhana sahaja. Berbuka puasa cara sederhana  dengan sepiring cekodok bawang pun dah cukup. Sahur nanti makan berat sikit, sesenduk nasi, seketul lauk dan sepinggan besar sayur pun dah cukup untuk guna tenaga siang hari nanti.

Ikutkan cara itu, dah tentu nampak macam jimat. Ya jimat banyak. Sebabnya aku jarang ada hati nak pergi bazar Ramadhan. Malas nak bersesak, susah nak parking. Malas juga nak mengomel bila juadah yang aku beli tu basi sebelum sempat aku makan, ataupun bila masuk mulut…tak rasa apa-apa. Macam lidah aku pula yang bermasalah.

Nak elak semua gangguan rasa, fikiran dan tak puas hati yang adakalanya boleh pula menjadi umpatan, cemuhan atau kejian kerana kita ini juga manusia biasa, makanya sudah pastilah mengelakkan semua perkara itu adalah terlebih baik. Ini sudut pandangan pembeli bazar Ramadhan ya...bukannya peniaga.

Persoalannya: boleh berjimat tak?

Jawapan aku mudah je: Tak ada maknanya boleh berjimat huh u huhu

Walaupun boleh jimat bab makan dua kali sehari itu, dah tentulah perbelanjaan kita akan bertambah kat tempat lain pula.

Bahan mentah akan meningkat harga bila masuk sahaja bulan Ramadhan. Jadinya aku beli seekor ayam di pasar tani (khamis), semoga SEEKOR itu cukup hingga ke akhir bulan nanti. Sayur dan bahan mentah lain juga akan turut naik harga. Nak tak nak, kena juga beli. Kalau tak, nak masak apa?

Perbelanjaan juga bertambah bila persiapan untuk raya juga nak kena beli. Memanglah aku beraya di kampong, namun banyak bahan yang akan digunakan aku beli siap-siap di Bangi. Aku kan balik sensorang je, bonet bukan main luas lagi, tidur baring pun boleh…isi saja apa yang nak bawak balik. Bila dah balik kampong nanti, tak perlulah sangat aku bersesak cari barang kering lagi. Kecualilah Mek hulur senarai barang yang dia nak. Kenalah keluar memborong semula. Namun dah tentulah senarai itu dah pendek berbanding kalau aku tak beli apa-apa untuk bawak balik.

Lagi pula, ada masanya apa yang kita nak tu ada juga tak terjual di kedai runcit. Kami kan negeri paling miskin, kata Tuan PM terhormat itu. Makanya rakyat miskin dan marhaen macam kami hanya makan benda-benda marhaen sahaja. Nak makan benda yang up sikit dari marhaen tu kenalah mencari di pasar raya pulak…fuhhhhh! Malas kemain nak pergi dengan tahap kesesakan luar biasa pada musim perayaan di Kelantan. Takat sejuta dua kereta masuk Kelantan setiap kali musim perayaan memanglah normal tahap penyumbang kesesakan yang luar biasa itu.

Itupun nasib baik baju raya semua dah beli sebelum ni lagi. Mmmmm tetiba terADA baju raya tahun ni (sebenarnya dah pakai pun masa viva tempoh hari), padahal sepanjang lima enam tahun ni tak pernah ada baju raya pun. Namun begitu, mungkin kena juga menyinggah kat mana-mana yang ada buat offer keperluan raya. Nak juga beli sehelai dua baju raya lagi untuk anak buah walaupun tak semua 16 orang tu dapat. Mmmmmm kan mudah kalau bagi je duit raya sepuluh hinggit sorang, lagi rendah kosnya dari beli baju raya. Apa nak buat, makcik ni tak mahu ajar anak buah dia terima duit raya.

Mereka pun dah tahu makcik nan seorang ni tak akan pernah bagi duit raya. Kedekut macam tu pun tetap tak boleh nak berjimat cermat juga. Kalian, macam mana?

Hishhhh! Kereta tak servis lagi ni!