Jumaat, 11 Julai 2014

Wacana Sinar: Hak Pengguna Isu Halal Haram


ISU halal bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng oleh masyarakat pengguna terutamanya mereka yang beragama Islam.

Justeru itu, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah memilih tajuk yang begitu dekat dengan pengguna iaitu "Isu Halal: Apa Hak Pengguna" supaya sedikit sebanyak kekeliruan mengenai produk halal dapat dirungkai.

Wacana Sinar Harian Siri ke-29 dihangatkan dengan hujah panel jemputan, Ahli akademik, Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Laboratori Sains Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM, Prof Dr Jamilah Bakar dan Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhamad Naim Mohd Aziz. Wacana dikendalikan oleh moderator terkenal, Amin Idris.

Wartawan: Fathin Athirah Hasli
Jurukamera: Yusrizal Fauzi Mohamed Md.Nidzam Osman
Suntingan: Wan Shahril
Isu Cadbury: Persatuan Pengguna Pun Pening

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akui masih keliru dengan status halal produk coklat Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi, baru-baru ini. Kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, meskipun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan Cadbury bebas DNA babi namun pihaknya masih ragu.

Analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kata ada DNA babi, Jakim pula keluar kenyataan kata bebas DNA babi. Jadi, adakah analisa KKM itu tidak betul?

Wacana Siri Ke 29 Isu halal Apa Hak pengguna Bhg 1



Ada masalah audio semasa Ustaz Naim dan Prof Jamilah berbicara.

Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan tanda 'haram' sebagai menggantikan sijil halal sedia ada. Perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil tindakan. Tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di Tesco iaitu ada bahagian Non Halal

Selagi tidak dibuktikan haram, maka ia halal. Mmmmmm.

Wacana Siri Ke 29 Isu halal Apa Hak pengguna Bhg 2






Wacana Siri Ke 29 Isu halal Apa Hak pengguna Bhg 3




Wacana Siri Ke 29 Isu halal Apa Hak pengguna Soal jawab

Bagaimana Jakim menjalankan operasi halal, konsep persijilan halal, cording E yang disalahtafsir dll.





Bila dah tengok semua rakaman ni, rasa sangat tidak puas hati dengan mutu audio yang sekejab ada sekejab tak ada. Fuhhhhhh! Kena tengok bibir penceramah untuk tahu apa yang dituturkan.

Kronologi isu Cadbury dikatakan mengandungi DNA babi;



Dato Nadzim di TV1 sebelumnya berkaitan isu DNA babi dalam coklat Cadbury;



Video berikut dari TVJakim sendiri; Fikrah: Isu Halal (Cadbury) dengan panelnya Ketua Pengarah Jakim, Penolong Pengarah Kanan Hub Halal Jakim dan Pengarah Akredasi Jabatan Standard Malaysia;



Sekarang ni isu dah reda. Bolehkan kita bukakan minda sekejap untuk hadamkan semua maklumat berkaitan isu halal makanan terutamanya coklat Cadbury. Emosi pun dah tak begitu meluap-luap lagi macam dulu kan

Fuhhhhhhh! Panjangnya entri ni. Dah lama tak buat entri panjang-panjang macam ni.

Khamis, 10 Julai 2014

Betul Ke Boleh Jimat Sepanjang Ramadhan?


Betul ke tak betul?
Jawapannya: terpulang kepada diri kita sendiri.

Bagi aku yang hidup sensorang di perantauan: semuanya sederhana sahaja. Berbuka puasa cara sederhana  dengan sepiring cekodok bawang pun dah cukup. Sahur nanti makan berat sikit, sesenduk nasi, seketul lauk dan sepinggan besar sayur pun dah cukup untuk guna tenaga siang hari nanti.

Ikutkan cara itu, dah tentu nampak macam jimat. Ya jimat banyak. Sebabnya aku jarang ada hati nak pergi bazar Ramadhan. Malas nak bersesak, susah nak parking. Malas juga nak mengomel bila juadah yang aku beli tu basi sebelum sempat aku makan, ataupun bila masuk mulut…tak rasa apa-apa. Macam lidah aku pula yang bermasalah.

Nak elak semua gangguan rasa, fikiran dan tak puas hati yang adakalanya boleh pula menjadi umpatan, cemuhan atau kejian kerana kita ini juga manusia biasa, makanya sudah pastilah mengelakkan semua perkara itu adalah terlebih baik. Ini sudut pandangan pembeli bazar Ramadhan ya...bukannya peniaga.

Persoalannya: boleh berjimat tak?

Jawapan aku mudah je: Tak ada maknanya boleh berjimat huh u huhu

Walaupun boleh jimat bab makan dua kali sehari itu, dah tentulah perbelanjaan kita akan bertambah kat tempat lain pula.

Bahan mentah akan meningkat harga bila masuk sahaja bulan Ramadhan. Jadinya aku beli seekor ayam di pasar tani (khamis), semoga SEEKOR itu cukup hingga ke akhir bulan nanti. Sayur dan bahan mentah lain juga akan turut naik harga. Nak tak nak, kena juga beli. Kalau tak, nak masak apa?

Perbelanjaan juga bertambah bila persiapan untuk raya juga nak kena beli. Memanglah aku beraya di kampong, namun banyak bahan yang akan digunakan aku beli siap-siap di Bangi. Aku kan balik sensorang je, bonet bukan main luas lagi, tidur baring pun boleh…isi saja apa yang nak bawak balik. Bila dah balik kampong nanti, tak perlulah sangat aku bersesak cari barang kering lagi. Kecualilah Mek hulur senarai barang yang dia nak. Kenalah keluar memborong semula. Namun dah tentulah senarai itu dah pendek berbanding kalau aku tak beli apa-apa untuk bawak balik.

Lagi pula, ada masanya apa yang kita nak tu ada juga tak terjual di kedai runcit. Kami kan negeri paling miskin, kata Tuan PM terhormat itu. Makanya rakyat miskin dan marhaen macam kami hanya makan benda-benda marhaen sahaja. Nak makan benda yang up sikit dari marhaen tu kenalah mencari di pasar raya pulak…fuhhhhh! Malas kemain nak pergi dengan tahap kesesakan luar biasa pada musim perayaan di Kelantan. Takat sejuta dua kereta masuk Kelantan setiap kali musim perayaan memanglah normal tahap penyumbang kesesakan yang luar biasa itu.

Itupun nasib baik baju raya semua dah beli sebelum ni lagi. Mmmmm tetiba terADA baju raya tahun ni (sebenarnya dah pakai pun masa viva tempoh hari), padahal sepanjang lima enam tahun ni tak pernah ada baju raya pun. Namun begitu, mungkin kena juga menyinggah kat mana-mana yang ada buat offer keperluan raya. Nak juga beli sehelai dua baju raya lagi untuk anak buah walaupun tak semua 16 orang tu dapat. Mmmmmm kan mudah kalau bagi je duit raya sepuluh hinggit sorang, lagi rendah kosnya dari beli baju raya. Apa nak buat, makcik ni tak mahu ajar anak buah dia terima duit raya.

Mereka pun dah tahu makcik nan seorang ni tak akan pernah bagi duit raya. Kedekut macam tu pun tetap tak boleh nak berjimat cermat juga. Kalian, macam mana?

Hishhhh! Kereta tak servis lagi ni!


Azizul Raheem Dibebaskan Petang Tadi


Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara kerana memukul anaknya, dibebaskan pada 5 petang tadi (waktu Malaysia) dan disahkan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Pegawai Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membawa balik Azizul ke kedutaan Malaysia di sana. Usaha sedang dilakukan untuk Azizul bertemu dan melawat Shalwati (isterinya) secepat mungkin sebelum pulang ke tanahair pada 15 Julai ini. Alhamdulillah, dapat juga anak-anak beraya bersama bapa mereka.

Mahkamah mengurangkan hukuman penjara mereka apabila Azizul dan Shalwati hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu. Shalwati akan dibebaskan tiga bulan lagi. Mereka akan dibawa pulang ke Malaysia apabila dibebaskan dari penjara nanti.

Rabu, 9 Julai 2014

Bila Diri Dihargai...


Dapat sijil sebab tulis entri tentang kebimbangan kehidupan hari tua nanti;


Penganjur ada buat majlis makan-makan di hotel ternama untuk berikan sijil dan token kepada blogger terlibat, tapi hari kerja...lagipun daku risau wajah jelita rupawan ini jadi tumpuan lensa hu hu huhu hu sila muntah hijoooo, makanya mereka poskan sahaja. Bila pos tu, tak adalah token ya...





Selasa, 8 Julai 2014

Kerepek Raya Kembali Lagi


Tahun ni tak jual sangat kerepek…tak sempat nak buat iklan bagai.

Walau bagaimanapun, hari minggu nanti kami nak pergi ambil kerepek kat kilang. Dah tentu kena tunggu dan beratur tepi kuali ni. Berikut adalah senarai harga kerepek raya tahun ini;



Kami hanya ambil pesanan dari rakan-rakan dan sahabat terdekat yang biasa tempah kerepek rembow rangup rapuh kriuk kriuk sahaja ni. Sebenarnya, kami ambil untuk keperluan kami beraya nanti. Jadi, kepada sesiapa yang nak kirim tu, bolehlah kami ambil sekali.

Sebenarnya harga kerepek ni dah naik dua kali, tapi sebab nak tolong rakan-rakan. Kalau dibandingkan harga yang orang lain jual di bangi…ada bezanya. Cubalah tengok kat warta atau PKNS Bangi untuk bandingkan harga. Sebab tahun ni kami tak berapa ada hati nak kaya, maka harga ini adalah harga kawan-kawan sahaja.

kerepek ubi BBQ...wajib ada rumah kami tiap kali raya

Jika berminat, Silalah bank in jumlah bayaran ikut tempahan yang nak di See Heart Beauty Marketing: MAYBANK: 555108305055 ataupun di akaun CIMB: 8601080278 kemudian email slip bayaran ke Email:sihatstore@gmail.com.

Kawasan: Bangi. Jika anda tinggal kawasan sekitar masih juga boleh buat pesanan dengan syarat sanggup datang ambil di Bangi. Sekarang ni aku kelam kelibut buat terowong nak naik ke langit, tak sempat nak buat penghantaran. Demand tak? Hu hu huhu

kerepek ubi pedas basah...adik ipar aku si Rani Murkajee tu dah tempah awal-awal hu hu h uhu

Boleh juga tempah jika yang berada di Kelantan, itupun kalau sanggup pergi ke Ketereh. Aku akan bawa balik raya nanti, kemudian kita janjilah jumpa kat mana-mana di pekan ketereh tu. Paling utama kena buat bayaran dulu. Aku tak mahu ambil risiko berlaku lebihan kerepek bila tuan punya kerepek buat-buat lupa nak ambik. Aku dah angkut balik dua guni, tak mahu dah tambahan yang lain...kang mandi kerepek pulak aku!

Tarikh akhir tempahan kerepek raya: Jumaat 11 Julai 2014. Sabtu atau Ahad kami akan ambil stok. Tak ada pengambilan ke dua dah. Terus aku borong dua guni hu huhuhuhu jemputlah ke teratak hamba raya nanti kalau nak makan kerepek ya...