Khamis, 26 Jun 2014

peneroka felda dapat duit raya

Untunglah orang felda. puasa pun belum lagi tapi mereka dah tahu akan dapat duit raya tak lama lagi.

Ikut berita radio yang aku dengar agihan duit raya bakal diterima peneroka pada minggu pertama puasa.

Penjawat awam dapat bonus duit raya tak tahun ni?

Rabu, 25 Jun 2014

Rombakan Kabinet ke umum menteri baru?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya jam 12.30 tengah hari ini. Spekulasi tentang rombakan kabinet menjadi bualan hangat mutakhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan.

Akhirnya, Perdana Menteri mengumumkan rombakan kabinet. Beberapa posisi telah berubah iaitu;

Datuk Seri Liow Tiong Lai diumumkan Menteri Pengangkutan baru.

Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Wee Ka Siong diumumkan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Lee Chee Leong diumumkan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Datuk Chua Tee Yong diumumkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita.

Istiadat angkat sumpah akan diadakan Jumaat, di Istana Negara pada jam 11 pagi.

siapa tahu buah aneh ni?

Siapa tahu nama buah ni? Buah aneh ini kelihatan seperti telah dikacukkan dengan dua spesies. Rupanya macam buah manggis, tapi warnanya merah. Bau buahnya manis. Daunnya juga macam daun manggis, tapi kecil sedikit dari daun manggis dan bentuknya lebih memanjang.

masih di dahan...sedang elok masak

Hanya boleh ambik gambar dan tengok sahaja. Walaupun banyak buah masak gugur tapi tak berani nak ambik rasa. Ikut hati memang nak rasa juga macammanalah rasanya buah aneh ini...tapi akal kata kena mintak izin tuannya. Belum ada rezeki nak jumpa tuannya, belum ada rezeki nak merasa.

ada nampak macam manggis tak?

Saiz buah ni taklah besar, lebih kurang buah pinang sahaja. Warnanya masa masak di dahan adalah merah, bila ranum jadi kening keorenan macam buah pinang masak.

dah ranum dan gugur berlambak di tanah

Kami jumpa buah aneh dan istimewa ini di Kompleks Rumah Tumbuhan, UKM. Nun dalam hutan rimba sana. Haaaaaa jangan buat tak tau, tumbuhan pun ada kompleks rumahnya sendiri hu hu huhuhu


Isnin, 23 Jun 2014

Berikan Daku SyurgaMu


Kita selalu dengar “Syurga di telapak kaki ibu”, anak tak boleh kecilkan hati mak, lukakan hati mak. Hati mak yang tersentuh, tersakiti akan jauhkan anak dari bau syurga.

Sebagai anak, ramai anak di dunia mahu senangkan hati mak. Gembirakan hati mak, ceriakan mak dan tak mahu mak susah hati. Makanya, mencuba takat terdaya untuk sentiasa menjaga hati mak agat tidak tersentuh. Agar mak tak jauh hati. Agar mak tak kecil hati, apalagi marah dan mengucapkan “tidak kuhalalkan air susu yang kau teguk”. Lagilah tak mahu kalau dicop sebagai anak durhaka, sebab semua orang sedar, menyakiti hati mak umpama menjauhkan syurga.

Namun hakikatnya, pernah tak mak beritahu kita apa yang buatkan dia kecik hati? Apa yang buatkan hatinya tercuit tersentuh dan tersakiti? Mak tak pernah berikan garis panduan dan senarai perkara apa yang perlu kita sebagai anak buat agar hatinya sentiasa terjaga tak tersakiti?



Bukankah lebih mudah dan jelas kalau disenaraikan apa perlu anak buat untuk gembirakan mak, apa yang perlu anak lakukan untuk elakkan hati mak tersakiti yang kemudiannya anak akan dicop sebagai tanggang tak mengenang budi? Adakah cukup dengan hanya telefon bertanya khabar setiap minggu? Cukupkah dengan belanja bulanan setiap kali gaji, atau belikan barangan idaman? Cukup tak dengan balik raya setiap tahun? Apa lagi yang anak-anak perlu lakukan? Bukan semua anak mampu salami hati kecil mak mereka, sangat ramai anak yang bendul macam aku pun. Kalau tak beritahu, manalah nak tahu. Tak boleh ke beritahu?



Kepada semua mak di dunia, jika dikau terasa hati dengan perlakuan anak, silalah beritahu anak itu terus terang. Usah simpan. Kasihanilah anak itu, dia juga mempunyai impian untuk masuk syurga. Usahlah terlalu berkira dengan kecik hatimu itu hingga melambatkan anak masuk syurga. Beritahulah “Mak kecik hati kau tak belikan nasi goreng kampong hari tu…”, janganlah sebab nasi goreng kampong, anakmu bermasalah untuk masuk syurga.



Usahlah simpan dalam hati, mak. Kalau tak suka anak itu malas basuh baju, berterus teranglah. Suruhlah dia hantar dobi. Semakin lama mak simpan dalam hati hanya kerana perkara sekecil itu, semakin lerai kasih sayang itu di dunia, apalagi di akhirat sana. Janganlah sebab ada lessen besar bergelar “ibu” maka mak terusan mengugut anak “Kau tak dengar kata mak…tak masuk syurga!”

Agak-agaknya, Mek pernah tersentuh hati tak denganku? Pernah terguris rasa tak? Pernah terluka tak? Macam mana nak tahu macam mana seorang ibu terluka hatinya? Ada cara tak?

 



Ahad, 22 Jun 2014

Video Sedih Anak OKU Dikurung Ibu Sendiri


Sabtu lepas, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU dikurung ibu sendiri ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai. Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.



Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mendapat reaksi yang pelbagai. Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan. Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ.

Ibunya yang dikenali sebagai Lola, berasal dari Sabah dan ditahan reman sejak semalam hingga Rabu ini.

Komen aku: Tak terkata apa-apa. Terbeliak biji mata adalah, terutama bila tengok video remaja OKU dikurung ibunya sendiri yang menyayatkan hati ini.