Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya jam 12.30 tengah hari ini. Spekulasi tentang rombakan kabinet menjadi bualan hangat mutakhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan.
Akhirnya, Perdana Menteri mengumumkan rombakan kabinet. Beberapa posisi telah berubah iaitu;
Datuk Seri Liow Tiong Lai diumumkan Menteri Pengangkutan baru.
Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Wee Ka Siong diumumkan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Lee Chee Leong diumumkan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.
Datuk Chua Tee Yong diumumkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita.
Istiadat angkat sumpah akan diadakan Jumaat, di Istana Negara pada jam 11 pagi.