Isnin, 2 Jun 2014

Jakim Sahkan Cadbury Bebas DNA Babi

Hari ni jakim sahkan tak ada DNA babi dalam dua produk coklat cadbury.


Aku bukan orang pakar dalam bab halal dan haram atau bukan juga tauke atau pemilik saham Cadbury ni. Aku juga bukan peminat tegar coklat. Yang aku tahu adalah, bila kita was was dengan sesuatu, maka tinggalkannya. Walaupun tak ada babi dalam coklat tu, tapi kalau kita percaya ada, maka dah tak boleh makan. Kalaupun kita makan babi, tapi kita tak tahu itu babi...kita tak akan makan kalau kita tahu benda tu babi, tak perlulah samak mulut dan urat perut segala bila dah telannya. Lainlah kalau kita tahu tapi buat buat tak tahu...itu memang jatuh haram pun. Faham?

okeh aku tahu berbelit. Malas nak edit...ikut suka hangpa nak makan ke tak hu hu huhu


Celik Mata Cari Tin Biskut

Jumaat malam Cik Bintang datang bawak biskut hot yang tengah panas seantario alam sekarang ni. Biskut apa lagi kalau bukan Pure Butter K.Rogers yang ada 4 perisa iaitu almond & cocoa chips, Pure Butter Blueberry, Raspberry & Almond Chips, Almond & Cocoa Chips dan conflakes & careal. Sekarang ni Sihat Store dah jadi agen di nilai, boleh terjah kat kedai ataupun beli online je.

boleh whatApps no kat atas, kalau nak pos pun boleh!

Yang terlajak laris sekarang ni adalah Almond & Cocoa Chips, nak kena booking baru ada. Stok susah nak dapat. Disebabkan memang terlajak laris, aku mintak Cik Bintang sembunyikan untuk aku satu tin huh u huh u aku ada seorang QC yang akan beri markah setiap benda yang dia makan. Kalau tak sedap, memang dia cakap tak sedap…kalau dia kata sedap, maknanya sedaplah tu. Nak tengok siapa tukang QC berpengalaman tu, silalah nengok wajah hensemnya ketika daku pukul anak sindir menantu. Hensem tak?

rupa pure butter almond & cocoa chips yang aku beli

Ginilah rupanya sebelum kunyah-kunyah...usah terpedaya tengok isinya masih banyak macam tu. Dah kosong tin aku kunyah!

ni rupa tin jenis yang lain...nak buang tin pun sayang tau, comey sangat!



Ada yang Tanya sedap tak?

Suka butter tak? Kalau suka memang sedap. Orang yang tak suka butter pun boleh kata sedap. Aku? Aku tak mampu nak kata apa-apa sebab celik mata je dok jeling tin biskut. Tidur peluk tin biskut engkau!

Tak perlu tunggu nak raya baru tempah, musim tak rayapun susah nak dapat. Kalau raya, aku tak taulah sempat tangkap ke tak. Ingat nak bawak balik untuk Mek di kampung bagi dia rasa, cuti sekolah ni dah tak sempat nak kirim. Nampak gayanya kenalah angkut masa raya nanti. 

Terkini dari Cik Bintang: sesiapa nak Almond & Cocoa Chips sila cepat, dah tinggal sikit. Siapa cepat dia dapat. Jenis yang lain boleh dapat bila-bila masa.




Sabtu, 31 Mei 2014

Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui


Semalam kita dikejutkan dengan penemuan mayat kanak-kanak dua tahun lebih tanpa kepala dipercayai dikelar di Sungai Klang, berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin. Hari ni suspek pembunuh kejam kanak-kanak tanpa kepala itu ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang tadi. Mayat ditemui dalam keadaan terlentang itu ditemui orang awam yang memaklumkannya kepada polis.

Kalau baca perincian saksi yang menceritakan bagaimana mereka nampak lelaki itu membunuh mangsa, tak sanggup nak baca. Tak mampu nak bayangkan macam mana. Subhanallah. Tak ada hati perut.

Hari ini juga identiti lelaki yang jadi suspek ini mula dibongkar, kononnya pernah dipenjarakan bersama ayah kanak-kanak tersebut dan baru dibebaskan dari penjara kurang enam bulan. Identiti ibunya juga mula diperkatakan. Aku tak mahu komen apa-apa tentang itu, namun bagi aku, bila kita bersedia untuk ada anak, makanya perlulah bersedia untuk jadi ibu bapa.

Tugas ibu bapa itu terlalu berat dan tidak boleh fikirkan diri sendiri sahaja. Bila difikirkan tentang beratnya tanggungjawab itu, barulah rasa nak insaf sekejab dengan apa yang telah Allah takdirkan untuk diri ni. Yaaaa....Dia maha tahu apa yang mampu aku lakukan, apa yang tidak. Makanya, syukuri aje seadanya kehidupan ini. Jangan nak tamak!


Pahang Mara Ke Final Piala FA

Bola Sepak Piala dunia berbelas hari lagi, tapi tengah hangat sekarang ni perlawanan akhir final Piala FA. Semalam Pahang bertemu JDT untuk menentukan siapa yang layak ke perlawanan akhir Piala FA.

Jaringan tunggal Faizol Hussein pada minit ke-81 membawa Pahang melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur. Faizol berjaya menggamatkan stadium yang dipenuhi kira-kira 30,000 penyokong setia Tok Gajah dengan tendangan cantik ke kiri gawang gol menewaskan penjaga gol lawan, Izham Tarmizi Roslan. Pahang mara menerusi angregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh akhir pertama.

Nak tunggu final Piala Dunia tak tau lagi bila…mulanya pun belum lagi. Jadinya, jom lah kita pakat nengok Final Piala FA.

Malam nanti Kelantan berentap Felda United untuk menentukan pasukan yang layak bersama Pahang di pusingan akhir Piala FA. Gomo Kelate Gomo. Pertarungan memang akan sengit, namun, dah tentulah jantung rasa nak gugur huhuhu hu itu yang malas nak tengok tu!

Kalau nengok 10 minit terakhir sebelum habis perlawanan akhir Piala FA untuk mengetahui siapa juara piala FA 2014 boleh tak? kira halallah ya !


Rabu, 28 Mei 2014

Penyeri Nilai 3 Hiburkan Anak-anak


Panda tak ada...hanya ada panda batu je. Tu pun ramai dok pi berebut nak bergambar dengan panda batu huhuhuhuhu kuat betul pengaruh panda semenjak dua menjak ni...


Dirakamkan Ahad lepas, bila musim cuti sekolah, memang akan sesaklah nak parking pun susah. Ramai ambil peluang untuk buat persiapan raya, termasuk aku. Borong kain ela, kemudian kirim dengan abang ipar balik kampung, mintak dia hantar kat tukang jahit. Bila adik balik, di apula pergi ambil yang dah siap. Seminggu je siap 2-3 pasang. Boleh pakai pi kerja dan buat raya la la la kalau tempah untuk raya, dah tau dah memang tak siap punya. Licik tak?

Selama ni pergi sini hari kerja, boleh parking depan pintu kedai. Kali ni kena jalan jauh sikit huhuhuhuhu dahlah badan tak adalah sihat manapun. Tapi...ini kira macam rawatan fisioterapi juga la l a la