Khamis, 30 Januari 2014

Bapa Kelar Anak


Petang tadi aku baca tentang kejadian bapa kelar anak yang berlaku di syeksen 4 tambahan melalui group wHatsApp pejabat. Bersekali dengan gambar-gambar di kawasan kejadian berlaku bapa kelar anak tersebut. Gambar rumah kediaman mereka. Seorang anaknya meninggal, dua anak cedera parah, manakala seorang lagi lari ke surau berhampiran memohon bantuan jemaah. Ibu anak-anak tersebut berkerja di Cyberjaya.

Aku tak akan tampal gambar-gambar kawasan sekitar rumah tersebut walaupun ada dalam simpanan aku lebih 10 keping termasuk gambar keluarga bapa kelar anak berkenaan. Kalaupun gambar itu tersebar juga akhirnya, biarlah bukan berpunca dari aku.

Sama-samalah kita doakan dua anak mangsa yang cedera itu cepat sembuh. Ini bukan sahaja ujian kepada keluarga mereka, sebenarnya ujian kepada kita juga.

Program ijazah Pertama Saluran Kedua


Permohonan menyambung pelajaran bagi ijazah pertama saluran kedua di UKM telah dibuka. Nak tahu apa itu saluran kedua, kena baca dulu entri lepas tu.


Silalah jenguk Syarat Kemasukan Calon Saluran Kedua Sesi Akademik 2014-2015 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Semua maklumat dan borang permohonan untuk menyambung pelajaran bagi ijazah pertama saluran kedua di UKM boleh diisi secara online. Silalah tengok cara kemasukan saluran kedua ni.

Mana tahu ada rezeki…boleh sambung belajar di UKM. 


Selasa, 28 Januari 2014

2014 Tahun Percubaan

Selamat menyambut kedatangan tahun baru 2014 ya kawan-kawan. Semoga tahun ini memberi kita lebih banyak keselesaan dan segala impian serta target mudah dicapai. Huh! Dah nak habis bulan Januari baru nak ucap ek?

2013 dah berlalu…yang berlalu itu tak akan kembali, sama macam usia kita juga. Yang datang itu perlu didepani biar pahit atau maung sekalipun. Dan kita tetap perlu tersenyum jua biar sepahit jadam laluan hidup ini.


Mengenang seketika apa yang dah berlalu bolehlah dibuat, untuk acara analisis dan baiki diri. Bukan untuk diratapi dan dikesali. 2014 kita betulkan apa yang bengkok, kita luruskan apa yang bergelung. Kita rancang semula strategi yang terbaik, agar nanti tidak kita kesali lagi pada penghung tahun.

Alhamdulillah, biarpun 2013 banyak cerita duka terlukis yang meremukredamkan jantung hati, namun berjaya juga aku laluinya biarpun orang kata dengan langkah kaki yang terseret. Menginsut itu lebih baik dari tegak statik pada satu titik yang terkebawah.

Ikutkan situasi, aku sendiri tidak begitu pasti lagi arah mana perginya kerjaya aku. Tak nampak apa-apa kat hadapan. Ada jerebu, ada kabus ada halangan yang samarkan pandangan. Namun aku sendiri meletakkan tahun ini, 2014 sebagai tahun percubaan. Aku akan usahakan menggunakan beberapa strategi untuk penuhi segala tuntutan, kemudian lihat hasilnya. Andai percubaan itu tidak dicantas dan aku sukses ke hadapan, insha Allah, aku masih terus di sini. Kalau tidak…aku boleh istiharah dan laksanakan plan baru. Plan B.


Masa masih panjang untuk aku berkhidmat, tapi kalau masa sepanjang itu disia-siakan, apalah ertinya. Baik aku lakukan sesuatu yang lebih bermakna. Sesuatu yang aku suka dan pada masa yang sama berbakti kepada negara dan anak bangsa, juga menjadi saham pelaburan berterusan di negeri abadi.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya (Surah al-baqarah ayat 216).

Makanya, daku akan lebih sibuk tahun ini. Akan lebih tegar harapnya. Andainya daku semakin mengurangkan diri di muka buku atau kemaskini entri blog, bukan bererti daku kian melupakan kalian. Hanya sekadar menekan gear 5 ExtraTurbo bagi membolehkan pembinaan lebuhraya berjalan lancar seperti dirancangkan. Moga-moga, usaha ini tidak sia-sia. Insha Allah.

PsssT: Khabar angin yang kami dengar mengibarkan sesuatu bakal berlaku pada September 2014. Adakah letupan? Rempuhan? Runtuhan? Lamanya nak kena tunggu. Mmmmmm sambil tunggu datangnya September, aku buatlah apa yang patut kan. Jangan buang masa!


Khamis, 23 Januari 2014

Kejar Mengejar Abe Fortuner Dari Ketereh Hingga Karak, Musim Cinta Pun Berkembangan Tiba

Balik kampong beberapa hari memang rasa tak cukup. Kalau boleh nak balik beberapa tahun huh u huhu hu ohhhhh kepala masih lagi wenggggg rupanya!

Biarpun hati berat, terpaksa jua datang Bangi pada pagi-pagi hari Selasa. Awalnya tak ada yang menarikpun sepanjang jalan selain dari suasana pagi yang berkabus. Dah lama tak tengok kabus pepagi…dah pupus gamaknya kabus di Bangi ni. Nak rasa sejuk dingin kabus di pagi hari, aku buka cermin hu hu hu hu tetiba je ada bau busuk. Huh! jerebu! Ingatkan kabus!



Entah dari mana tetiba muncul abe fortuner. Makanya kami saling kejar mengejar. Sekejap abe fortuner berada di belakang, sekejap pula aku potong dan berada di hadapan abe fortuner. Berulang-ulang kali kami saling berbalas-balas potong memotong.

Kalau aku jauh tertinggal dek kelajuannya memecut hingga melebihi 140km/j, atau aku terkandas belakang lori…dia akan perlahankan semula. Macam tunggu je aku mengejar huh u huhu Macam main kejar-kejar pulak. Macam main sembunyi-sembunyi pulak. Tetiba rasa macam musim cinta zaman remaja dulu...

Satu ketika aku pecut jauh ke depan bila abe fortuner jawab telefon huh u huh u seronok dok tunggu dia tak muncul-muncul. Bila aku leka sikit, tetiba dia dah potong berdesuppp ke depan. Huh! Apa lagi, kenalah kejar!



Satu kali tu, aku terkial-kial nak potong lori balak. Abe fortuner hilang dari pandangan. Sampai hati cik abe hensem tu tinggalkan aku ya…

Masa singgah isi petrol di stesyen petronas Padang Tengku, aku nampak fortuner cik abe tersadai depan tandas. Akhirnya, aku nampak juga rupa abe fortuner yang gagah perkasa di jalan raya tu.

Ohhhhhhh! Tetiba je rasa tak mau kejar dia lagi. Terima kasihlah pakcik, sudi main kejar-kejar hu huhuh uhu!

Tapi kami tetap main kejar-kejar juga hingga aku memintas di lebuh raya karak. 


Rabu, 22 Januari 2014

Kumpulan Mafia Baru Tak Terkesan Ops Cantas!


Ops Cantas berjaya lumpuhkan banyak kumpulan kongsi gelap, samseng, gengstar dan mafia, tetapi tahukah anda bahawa terdapat satu kumpulan Mafia yang masih bergerak bebas di negara kita? Pihak berkuasa pun tidak mampu mengesan kumpulan ini, cer tengok kalau tak percaya;



Dapat kesan tak mereka ni dari geng mana? Nak tahu tak? Percaya tak kewujudan kumpulan ni?
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
ΡΆ

 



Tak jelas ek? okehlah aku tulis semula apa yang tertulis kat cermin belakang kereta Toyota Wish tersebut, maklumlah guna kamera tepon cap ayam je masa ambik gambar ni;

GENG BUDU

mmmmmm tak bahaya kot!