Ahad, 5 Januari 2014

Hantu Memandu Kereta



Antara trafik yang masuk ke blog ni adalah carian tentang cerita hantu di asrama ataupun apa-apa sahajalah pasal hantu. Tetiba pulak blog ni jadi blog paranormal pulak.

Banyak kali aku teliti video hantu memandu kereta dalam klip di bawah;



Ada apa-apa komen tak? 
 
Serius, aku kagum dengan cik adik comey yang sanggup menyamar jadi hantu sampai tahap tu semata-mata nak masuk dalam kawasan parking ni hu hu huhu Tak cukup tanah itu pak Gad lari takutkan hantu yang  merayap atas bumbung kereta tu...





Rabu, 1 Januari 2014

Video Himpunan TURUN diambang Tahun Baru 2014


Tiap kali sambut tahun baru, sambut hari kemerdekaan atau apapun perayaan yang selalunya mengundang perhimpunan di Dataran Merdeka atau kawasan tumpuan lain seperti KLCC dan Putrajaya, aku memang tak akan ikut serta. Jawapannya sangat mudah, aku ada kerja lain yang nak kena buat dan siapkan cepat-cepat supaya perancangan untuk kerja yang lain, dan lain dan lain dan lain tak terganggu.

Malam tadi, aku balik dari pejabat jam 10 malam. Singgah pasar malam beli barang keperluan untuk hidup sehari dua. Memang semua benda barang dah naik harga termasuk nasi putih ayam goreng berempah. Begitu juga dengan barang-barang basah. Jadi, tak hairan sangatlah bila ramai yang sanggup berhimpun mengikut perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka menjelang tahun baru 2014.


Pandangan dari atas Dataran Merdeka ambang tahun baru 2014



Aku rakyat marhaen. Sejak dua tahun lepas lagi dah terasa beban kenaikan harga, apalagi kebelakangan ini. Apalagi esok, menjelang tahun baru. Bukan sahaja petrol dah naik harga, tambah pula satu lagi perkara akan naik iaitu tariff elektrik.

Pak Menteri kata, kenaikan harga itu masih lagi mampu dihadapi oleh rakyat. Kata menterilah. Aku ni rakyat marhaen, dahlah gaji sejemput, kepala pun bukannya terpelajar mana. Masa ambil Matematik Tambahan dulu, jenuh cikgu Zulkifli yang hensem berlesung pipit di pipi itu jentik telinga, masih jugak bengap. Manalah mungkin aku reti nak bilang tentang kenaikan harga barangan dan ekonomi semasa kalau dah Matematik Tambahan pun gagal.

Laungan TURUN harga barang dalam himpunan TURUN di Dataran Merdeka



Aku tak salahkan mereka bila sanggup hurung Dataran Merdeka diambang tahun baru 2014 melaungkan khalimah TURUN berulangkali. Kagum dengan mereka pun ada, sebabnya kesanggupan mereka sangat tinggi berbanding dengan aku. Aku ni, dah lah marhaen, nak pergi berarak macam merekapun bukan main malas lagi. 

Kalau tanya aku, dah tentu aku akan izinkan mereka nak berhimpun. Himpun je lah. Launglah kalau nak laungpun. Mereka tengah stress. Mereka perlu lepaskan keserabutan yang mengepung dalam diri. Biarkan je lah mereka nak berhimpunpun. Dah penat berhimpun, dah mengantuk mereka akan balik juga. Selagi kita dok halang, selagi itulah berlaku kekasaran dan kemusnahan. Memang resam manusia, akan protes dan berkasar bila niat terhalang. Cuba bukak stadium bagi peluang mereka berhimpun secara aman, akupun sudi pergi jual air mineral kat sana sebab mereka akan balik bila acara lepas perasaan itu selesai.

Tak apalah. Itu cara mereka berjuang. Cara aku berjuang berbeza. Makanya, siapa aku untuk pertikaikan perjuangan orang lain. Asalkan tidak bahayakan nyawa sendiri, tidak ancam keselamatan awam yang lain, tidak dedahkan bahaya kepada anak-anak kecil yang dibawa…terpulanglah kepada diri sendiri nak memilih jalan perjuangan.


Nyanyian lagu TURUN di Dataran Merdeka



Tujuan perhimpunan bantah kenaikan harga barang @ TURUN itu digelar perhimpunan gulingkan kerajaan. Tang ni aku memang tak faham, tapi tak pentingpun faham ke tidaknya aku tentang isu ini. Kalau sanggup membaca FB, blog, twitter dan seangkatan dengannya, ramai yang muat naik gambar dan video perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka. Manakala di akhbar pula, tak kira Berita Harian, Sinar Harian, Mstar ataupun berita TV, masing-masing melaporkan tentang sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka anjuran DBKL telah dibatalkan berikutan peserta perarakan TURUN dan naik pentas. Hishhhhh! Asyik turun, asyik naik je…akhir sekali aku jugak yang keliru.

Akhirnya mereka berjaya merampas pentas di Dataran Merdeka dan hentikan konsert serta pertunjukan bunga api seperti biasa bila menyambut ambang tahun baru. Kira pertama kali dalam sejarah. Kemudiannya lagu Negaraku berkumandang di Dataran Merdeka sempena sambutan tahun baru 2014.



Itu tandanya mata dan mengantuk. Selamat tahun baru 2014 ya…entri siang esok tak sempat taip lagi. Esok je lah taip…malam ni tidur dulu ya…banyak lagi perkara kena siapkan esok.

Jommmm beradu!


Selasa, 31 Disember 2013

Argan Oil Dambaan Wanita Moroko


Sebenarnya, aku tak tahupun wanita Moroko ni cantik. Aku kenal VIRGIN ARGAN OIL lebih dahulu dari wanita Morocco. Bila dah guna Virgin Argan Oil yang tak ada bau, lembut dan meresap ke dalam kulit tanpa rasa lekit, aku amat kaguminya. Kemudian baru aku google tengok rupa wanita Morocco ni huh u huh u memang cantikpun. Muka ala-ala Arab gitu…


Rakanku nan gigih itu, Cik Bintang mulakan perniagaannya secara online dan offline. Silalah like ramai-ramai di page Sihatstore ya…lagi ramai like, lagi meriah suasananya.

Sempena memperkenalkan produk baru iaitu Virgin Argan Oil, Sihatstore telah membuat tawaran istimewa UNTUK 100 orang pembeli sahaja pada 1.1.2014 dengan harga pengenalan, iaitu RM 35.00 sebotol, Free postage + voucher RM10.00.

kupon virgin argan oil

Disebabkan hari ni hari terakhir tahun 2013 dan tengah malam ini dah sambut tahun baru 2014, bermakna tawaran berkenaan hanya tinggal dua hari je…hari ni dan esok. Sesiapa yang berkenan…silalah dapatkannya cepat. Masih sempat. Masih ada masa. Selepas 1.1.14, kupon dah tak ada, tetapi harga masih lagi harga pengenalan RM35. Harga ni terhad ya…selagi stok masih ada. Bila dah masuk stok baru, harga baru dan caj baru ya…

KELEBIHAN VIRGIN ARGAN OIL jenama HERBAL HUT?

Virgin Argan Oil jenama HERBAL HUT kaya dengan “essential fatty acids” (EFA) dan omega 6 yang membantu menyokong aktiviti membran dan memberi kelembapan kepada kulit. EFA juga berfungsi menghalang kulit dari hilang lembapan dan memberi ketegangan kulit.

Ia membantu melambatkan kedutan dan menjadi rona kulit lebih sekata. Virgin Argan Oil ini kaya dengan anti oksidan. Peratus “gamma tocopherols” yang tinggi membantu meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel kit adaripada rosak. Seterusnya menjaga sel membran agar sihat. Herbal Hut Virgin Argan Oil insya allah mampu MEMBANTU untuk:
✔Mendapatkan kelembapan wajah
✔Mendapatkan rona wajah yang sekata
✔Memberi kelembapan yang berpanjangan kepada kulit
✔Membantu merawat kulit kering
✔Membantu mengurangkan jeragat
✔Mengembalikan seri wajah
✔Membantu menghilangkan parut
✔Membantu merawat selulit
✔Mencantik dan menguatkan kuku
✔Mencantik dan menguatkan rambut

Virgin Argan Oil yang 100% tulen dari Morocco dan 100% Organik.

Cara guna: cuci muka dengan bersih, olehkan ke wajah, lengan, siku, kuku atau rambut. Untuk wajah, urut perlahan-lahan sehingga minyak meresap ke dalam kulit. Virgin Argan Oil, lembut, tekstur yang ringan dan tidak berbau. pm/sms/whatsapp untuk menjadi 100 yang terpilih. 012-2459477

Di Sihatstore juga terdapat beberapa produk lain, antara produk terhangat dipasaran yang sentiasa mendapat sambutan hangat iaitu Harum Malam untuk wanita dan Men Capsule;


Menjadi produk pilihan ramai lelaki, Men Capsule;


Macam comey je kan produk ni;



Aku dah guna Virgin Argan Oil lebih kurang seminggu. Banyak perubahan yang boleh rasa terutama dari segi kemulusan kulit. Aku oleskan di kulit wajah yang selalu kering sebelum ni, terutama bila terdedah lama sangat dalam penghawa dingin @ econ.

Paling best, boleh juga guna untuk sapu di semua bahagian badan yang lain seperti tangan, lengan, siku dan tapak kaki. Kesan kulit kering yang kasar dah mula berubah. Nak guna hingga habis sebotol baru tengok apa jadi...hu hu huhu teruja ni. Tak sabau! Tak sabar! Tak sabar!

Ohhhhh entri terakhir tahun 2013 ni ya...Selamat Tahun Baru 2013



Isnin, 30 Disember 2013

11 Langkah Mengurangkan Perbelanjaan Sektor Awam

Aku sokong aje bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuatkuasa 1 Januari. Tindakan itu kononnya selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan
Bagus tu! Aku sokong! Tak elok membazir, amalan setan nirrojimmm!

Sejajar dengan itu, makanya kerajaan akan;

1. mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus,

2. mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

3. mengurangkan kemudahan tol pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus

4. meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

5. mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

6. mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

7. mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan. Cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

8. mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

9. mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

10. mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Mana lagi satu? Hu huhu huhu tang mana aku tertinggal?

Kalau Tanya aku, dah tentulah aku sokong. Itupun kalau Menteri pun buat sama. Janganlah pulak kami kuli Ba**k ni je yang kena lalui krisis ni, kemudian di akhir tahun tuntutan KPI untuk pencapaian tahunannya dimintak lain. Ya dak????



Jumaat, 27 Disember 2013

Tatkala Ditimpakan Ke Atas Mereka Kesusahan


[11]
Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya.

[12]
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.

[13]
Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.

[Surah Yusuf; 11-13]

Semoga perjalanan hari ini dirahmati Allah. Aminnnn!