Selasa, 17 Disember 2013

Sesekali Menoleh Ke Belakang Tatkala Meneruskan Heretan Langkah ke Hadapan


Fuhhhhhhh! Tajuk ke apa tah!

Dah nak habis tahun. Dah tercapai senarai utama yang perlu dilunaskan tahun ni?

Secara pribadi, aku hanya berjaya sudahkan satu perkara je tahun ni, Alhamdulillah. Perkara utama itu berjaya juga aku selesaikan, walaupun berderet perancangan lain itu terburai dek nak siapkan yang satu itu.

Namun begitu, pada masa yang sama, ada beberapa perkara yang tak ada dalam perancangan telah aku buat dan masih juga aku perlu siapkan. Alhamdulillah juga.

Hanya, dari sudut pencapaian yang dinilai oleh ketua, aku dilihat sangat tidak produktif. Sedih! Tapi hakikat kena terima. Sepanjang usia perkhidmatan aku di sini berbelas tahun ini, tahun 2013 merupakan tahun paling malang pencapaian dari sudut penilaian orang lain. Nasib baik penilaian aku sendiri masih mengatakan: inilah tahun paling cemerlang. Hanya pencapaian pribadi.

Aku selalu buat macam ni tahun ni...kalau minta buat semula, belum tentu mampu!

Kata Cik Bintang: Tak apalah. Diri sendiri lebih tahu tentang apa yang kita buat.

Terima kaasih Cik Bintang. Memang benar, tapi…hati masih lagi sedih. Sebab itu kot sepanjang minggu lepas diri jadi lemau. Emosi terganggu. Mental dan fizikal juga.

Sekalipun ini bukanlah akhiran sebuah kehidupan, dan aku sedari apa yang dibuat sepanjang tahun ini boleh dilihat hasilnya pada 2014, sebagai manusia aku tetap rasa termengkelan (pinjam perkataan yang sering digunakan arwah Othman Puteh, Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman). Itu namanya Soal Hati. Entah kenapa hati sukar dipuaskan.

Masa masih ada dua minggu lagi sebelum tahun baru 2014 menjengukkan diri dan mulakan langkah baru dengan lebih semangat. Semoga dua minggu ini dapat aku manfaatkan untuk siapkan apa yang sepatutnya siap. Doakan ya…semoga tahun baru daku mulakan dengan langkah baru. Bukannya masih mengheret langkah lama seperti berlaku pada awal tahun2013.

Kepada Cik Bintang: Selamat berjuang. Semoga 2014 menjadi permulaan kepada sesuatu yang lebih baik.

PsssT: Habis kerja semalam jam 8 malam, migrin bermula sejak jam 5 petang. Sekalipun dah mandi, dah syampu kepala, dah tidur juga...jaga pagi ni masih juga tak hilang itu migrin. Petanda tak elok kerana biasanya, bila terdedah kepada cahaya terang dan suhu panas, akan berlarutan dan makin memberat. Harapnya tidak begitu.




Isnin, 16 Disember 2013

Winter Sonata di Namimara Republik


Entri sebelum ni tentang korea:

Bosan tak entri tentang Korea?
Dalam entri lepas masa kami ke naik bot (Gaetbae boat) di Abai village, aku ada janji nak tulis tentang tempat makan ikan bakar yang murah di Seoul. Memang entri tu aku akan tulis juga, tetapi bukan kali ni. Kali yang lain ;)

turun teksi menapak 100 meter ke kaunter tiket



Kali ni nak tulis tentang lokasi penggambaran drama bersiri Winter Sonata yang pernah jadi fonomena satu ketika dulu…mmmmm masa tu aku baru kerja. Semua kawan dok gila beli VCD cerita korea termasuk Winter Sonata ni.

Aku? Errrr aku ni kan rakyat marhaen. Ketika tu manalah mampu nak beli sekotak VCD yang harganya dekat RM200 tu. Depa bagi jugak pinjam…tapi mana aku nak cucuk. TV pun tak ada VCD player…silalah bayangkan betapa miskinnya aku ketika itu. Maklumlah…adik-adik masih ramai yang sekolah, kena jimat belanja.

Alasan kan? Kalau suruh beli sekarang pun aku tak akan beli. Youtube kan ada… tengok ajelah yang percuma tu huh u huh u opssssssss Hajjah Bakhiliyah keh keh keh belum pergi haji lagi ya…

berkabus engkau! mulut keluar asap bila bercakap...pagi yang sejukkkk

dah masuk dalam...inilah pandangannya bila toleh ke jeti

Gigih pakai baju kurung biru semata2 untuk bergambar...ulang sejarah di Tembok Besar hu hu hu

Setelah 10 tahun terpisah, bertemumu semula…lidah jadi kelu. Aku suka intronya!


Winter Sonata - Only you




Bagaimana daku boleh melupakanmu andai tiap detik melodi hati ini sentiasa berlagu dengan irama rindu… namun, OST From The Beginning Till Now lebih sinonim dengan Winter Sonata walaupun kalau dengar instrumental je pun dah boleh kenal.

cuba keluarkan asap dari mulut...ingatkan boleh jadi naga hu hu hu

peta namimara Republic


From The Beginning Till Now OST Winter Sonata, Ryu




I want to laugh, but u make me cry….
I never knew it was so painful to love someone. Yaaaa aku tak pernah tahu sehinggalah deritanya separah ini, ceeewahhhhh nompang luah perasaan huh u hu

berlumba-lumba nak bergayut di pokok ni ambik gambar

Lagu ni memang berhantu. Dan aku lebih suka hayati instrunmental ini…sangat sesuai pula dengan pilihan gambar-gambar dalam videoklip ni. Menusuk kalbu gitu!


Richard Clayderman - Love song in winter (Winter Sonata)




di jalan lurus ini...tangan siapakah boleh kugenggam, langkah siapakah mengiringi?

tak banyak acara tayang mafla di sini...

daun kering pun depa ni gunakan sepenuhnya untuk tambah nilai tempat ini...

Dari Seoul pagi-pagi buta lagi kami gerak naik train dan turun stesen Gapyeong. Kami ke Cheongyangni untuk naik ITX (intercity express train) untuk ke Gapyeong. ITX ni cuma boleh naik di stesen Cheongyangni dan Yongsan sahaja. Boleh juga naik subway je, asal turun di stesyen Gapyeong. Masa kami ke The garden Of Morning Calm kami guna train biasa je, beza masa pun tak banyak cuma banyak hentian berhentilah.
Terpulanglah nak naik turun train dalam Bandar ataupun naik train luar Bandar yang tak adalah laju manapun, tapi masa lebih cepat sebab depa berhenti di 2 hentian je. Yang penting turun di stesen Gapyeong. Memandangkan kami jumpa dua orang Malaysia yang lain kat dalam train, kami kongsi ambik teksi untuk ke Republic Namimara. Tak sampai 4 ribu won pun.

Pagi sangat dingin, berkabus. Risau juga cuaca begitu hingga petang. Cik Bintang dah mula sejuk gigil-gigil sejak turun train lagi hu huhuhuhu


boleh sewa kalau malas nak menapak...kami sewa basikal


Aku paling risau kalau dia sejuk. Karang mood dia ke laut gambar jadi tak cantik. Dia tak akan ada mood untuk ambil gambar hu huhuhuhu mujur kami jumpa seorang budak lelaki yang sebelum ni pernah belajar di Korea bersama 2 kawan perempuannya. Merekapun kenal kat Korea juga. Budak lelaki tu long ranjer je...maklumlah dah biasa dengan Korea. Dia yang bagi petua suruh kami beli hot pack. Dah dapat tu…barulah ceria suasana…

Hebat orang Malaysia ni, jadi peramah bila jumpa di perantauan. Walaupun tak kenal, kemudiannya boleh kenal dan jadi rakan seperjalanan. Itu istimewanya turis jepit sendal ni…betul ke eja gitu? Tak kurang juga yang baik dari tanahair, namun jadi sebaliknya bila mengembara. Sebab itulah, orang-orang tua pesan, nak kenal siapa sahabat siapa bukan adalah semasa dalam perjalanan.

Gingko menguning menumpahkan bayang di tenang tasik

bila daku bergambar...heroin akan terlindung huhuhu hasad dengki sungguh!

di sini kumenanti...entah bila dikau nak mari!

berbelas tahun tak panjat basikal...di bumi ini daku mengayuh biarpun berbaju kurung...Ohhhh sangat Ombak Rindu!


Daku sentiasa ada di sini untukmu… sentiasalah berada di titik paling dalam hati ini. Akan kusimpan kemas tanpa lepas lagi…


Winter Sonata - I'm Always Here For You




menjadi tempat wajib untuk ambil gambar

Ohhhh Kanda Jung Sang...akulah heroin itu!

macam comey je...macam cantik je!

Takdirkah mencintai orang yang sama sebanyak dua kali? Bukankah cinta itu itu ertinya sedia berkorban? Makanya, nilai pengorbanan itu tahapnya dimana? Letaknya dimana?


Winter Sonata - BYJ's Sorrows & Tears





Kerna terlalu mencintaimu, daku korbankan cinta itu untuk kesempurnaan orang lain. Dan kenangan itu tidak pernah mati biar sedetik dari lubuk hati ini. Tidakkah dikau tahu?


laluan wajib ambil gambar


Berapa lama perlu kutunggu kau kotakan janji?

macam-macam pesen ambik gambar ada!


My Memory, (Winter Sonata) By Ryu dari Album: Endless Love Winter Sonata OST





Ku ingin mencintaimu selamanya…

wajib ambil gambar di sini...kami kayuh basikal sepanjang jalan ni sambil berangan hu hu hu


sanggup buka baju tebal semata2 nak kelihatan kontras dengan hutan hu hu hu

Lagu inilah buatkan Yujin akhirnya percaya bahawa Min-hyung sebenarnya Joon-sang, kerana tiada siapa yang tahu tentang lagu mereka bersama. Makanya, mengejarkan heroinnya;

Winter Sonata; First Time



Maafkan daku, tidak mengenali cintamu…Syahdunya pertemuan sarat perasaan itu!





tupai tengah cari buah gingko...kami pulak kejar tupai hu hu hu hu



Biarpun masa begitu lama berlalu…daku sentiasa mengenangmu

Winter Sonata soundtrack, 'It Ji Ma' (Don't Forget)




jalan yang sepi...hati ini lagilah!

lupa nak ambik gambar kayuh basikal kat sini hu hu huhu nyesal! tak kan nak patah balik hu hu hu


Scene paling pilu… saat Jun Sang tinggalkan Yu Jin di rumah tumpangan tepian laut. Semua barang yang boleh mengingatkan Yu Jin kepadanya dibuang ke laut; rantai leher, syiling dan kamera.


Bila terpaksa tinggalkanmu, kuingin dikau punya memori nan indah saat kita habiskan masa bersama…




Mampukah ditahan hati sendiri agar dikau bahagia?


Mampukah daku sesetia batu menahan gunung, sedingin kali sejukkan lahar?

ataukah berlalu pergi lebih baik untukku dan untukmu?

Scene yang indah adalah di sebuah rumah dan taman indah yang direka plannya oleh Yu Jin; Secret Garden. Di sini dia menemui Jun Sang yang telah buta. Ohhhhh syahdunya! Cinta telah membawa Yu Jin ke sini…dan Jun Sang telah memanggil cinta hatinya dengan binaan rumah berkenaan;




singgah minum kopi sebelum solat di surau

tiang dari susunan buku-buku...

Awalnya, kami rancang untuk berada setengah hari sahaja di sini, kemudian akan ke The Garden Of Morning Calm kerana jaraknya memang dah tak jauh. Namun, bila dah berada di sini, dah teruja dengan pokok-pokok berwarna warni…akhirnya kami putuskan untuk berada di sini seharian.

Lagi pula, kalau nak ke The Garden Of Morning Calm guna bas, ambil masa 2 jam. Naik train lagi cepat sebenarnya. Kalau dua jam untuk perjalanan, dah sampai sana hari dah gelap. Apa nak buat dah. Buat menderita bengang je tak sempat ambil gambar cantik kat sana…baiklah kami habiskan masa puas-puas kat sini. Kalau ada jodoh akan sampai juga ke The Garden Of Morning Calm kan?

sendirian daku melangkah di lorong sunyi tanpamu di sisi

Jommmm balik! kaki dah tak larat nak angkat dah!

beratur nak balik...cuaca dah elok sikit berbanding pepagi yang berkabus


Alhamdulillah, ada juga jodoh kami ke The Garden Of Morning Calm. Nasib baik pergi, kalau tak…agak menderita juga kan?

Panjang tak entri ni? Tak adalah panjang sangat...gambar je banyak. Buat cuci mata.



Ahad, 15 Disember 2013

Kalau Semua Dah Tak Boleh Elak, Macam Mana Aku Nak Mengelak?


Semua benda tak boleh elak. Tahun depan tariff elektrik akan naik bermula Januari. Pak menteri kata memang tak boleh elak, tapi tariff letrik di Malaysia tetap terendah di dunia.

Masa harga ayam naik, itupun tak boleh elak apalagi nak tepis. Bila harga petrol naik, kenaikan tak boleh elak itu tetap juga jadi harga petrol tetap juga paling murah di asia. Bila gula naik, itu sebabnya nak elak diabetis. Maka sempatlah mengelak kiri kanan. Cumanya, kita perlu juga mengelak penduduk Malaysia kena darah tinggi…ramai yang cadangkan naikkan harga kain kapan. Bagi elak ramai orang Malaysia mati pula, cadangannya naikkan harga perkhidmatan kubur. Boleh juga…nanti pakcik penggali kubur jadi profesyen rebutan.

Kini, tol juga akan alami kenaikan bermula tahun 2014…juga tak boleh elak. Sama macam banjir besar di Kuantan hari tu juga…memang tak boleh elak walaupun banyak pihak dah buat persediaan rapi.

Macam pak menteri kata, kita nak elak semua tu mudah aje. Dah harga rumah tinggi…tinggal aje dalam khemah. Bila harga petrol naik…silalah sihatkan badan kayuh basikal macam mynmar dan Bangla tu. Dah tol memang tak boleh elak untuk naik, makanya…kau jalan kaki ajelah. Tak payah bayar tol. Mmmmmm Bangla kayuh basikal tu pun tak bayar tol apa.

Bila kayuh basikal, secara automatik dah boleh elak banyak perkara tu. Tak ada kesan kenaikan petrol 20 sen sebab basikal memang tak guna minyak. Nasi lemak Pak Yeop jual tepi longkang tu pun bukannya guna minyak, mana ada kenaikan. Sama macam cucoq badak Mak Yam yang kita tak pernah jumpapun badak di atasanya tu, bukannya goreng pakai petrol…mana ada kenaikan harga, hanya rupanya je makin comel. Sekali nnngap tak perlu kunyah boleh telan terus.

Jadinya, jangan risaulah bab ilmu tepis menepis ni. Orang Malaysia bukannya reti silat gayung bagai nak elak mengelak. Kalau guna silat pulut, mmmmm memang semua orang tak reti nak mengelak. Aku lagilah tak akan elak, makan je terus itu pulut. Letak durian pun sedapppp.

Hishhhhh! durian mana naik harga, bukannya siram dengan petrol!




Sabtu, 14 Disember 2013

Hak Ekslusif Tinggal Di Bangi


Orang Bangi ni hebat-hebat belaka. Aku sorang je tak berapa nak hebat. Mereka boleh tutup jalan awam sesuka hati macam jalan itu mak bapak dia orang yang punya. Maklumlah, mereka kan orang kaya raya…kami yang marhaen ni hanya mampu memandang;

mula-mula itu Bangla tepi jalan juga ada duduk...sekarang mari, itu pondok juga ada!

Haram hukumnya menutup jalan laluan orang ramai walaupun jalan tersebut di atas tanah kita sendiri.



Kalau laluan tu memang jalan umum, rasanya apa hukum? Cerdik pandai ramai di Bangi…silalah berikan jawapannya.

sudah ada pondok ;)

katanya penutupan sementara...pondok pengawal tu dah berlumut, masih sementara kot!

Bila orang Mutiara Bangi tutup jalan, melekat pulak fiil tu ke syeksen 9. Berbakul jugaklah sumpah seranah penduduk yang nak pergi maybank tu. Dahlah nak pusing balik ikut jalan sehala tu bukan main payah lagi….bila pusing belakang kedai-kedai tu, macam-macam halangan pula ada, salah hari tayar boleh pancit terkena paku atau entah apa-apa sampah sarap belakang tu. Dah dapat komplen dek rakyat marhaen, akhirnya jalan itu dibuka semula. Cepat tindakannya sebab kawasan syeksen 9 ni bukan dari golongan orang kaya, baru nak jadi kaya...

jawapan MPKJ

Aku ada juga ambil gambar sekatan atau jalan berpalang di syeksen 9 ni...dah simpan dalam komputer, jenuh cari tak jumpa tak tau tang mana save. Jadi...abaikan ajelah bukti tu sebab jalan tu pun dah boleh dilalui rakyat marhaen macam aku ni.

Untungkan tinggal di Bangi ni. Esok pagi aku nak tutup jalan depan rumah ni lah...tak leh sesapa lalu. Sapa nak lalu kena bayar tol seringgit seorang. Boleh gitu?

Komen aku mudah aje: Tinggal kat syeksen berapapun di Bangi ini memang terdedah dengan pecah rumah walaupun Malaysia ni Negara yang aman. Dalam sehari, kalau tak ada 3-4 kes ragut, pecah kereta, pecah rumah, memang pelik. Kalau kasutpun ada operasi pemungutan, apalah sangat dengan harta benda lain.

Bukan tak boleh palang atau tutup jalan, tapi bukalah untuk waktu puncak bagi kegunaan orang ramai.  Waktu lain tu hangpa nak tutup tak mau buka pun tak ada siapa nak halangpun. Hangpa bayar pak Bangla tu mahal-mahal, mintaklah depa pi ronda secara berkala. Aku pun nak jadi guard kalau boleh membuta tepi jalan, kerjanya hanya angkat palang tu je hu hu hu hu 



Jumaat, 13 Disember 2013

Sesungguhnya Benarlah Kata-Kata Itu!

Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi ini (tidak) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Dan apabila orang-orang kafir itu melihat kamu, mereka hanya membuat kamu menjadi olok-olok. (Mereka mengatakan): “Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhanmu?”, padahal mereka adalah orang-orang yang ingkar mengingat Allah Yang Maha Pemurah. Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.

Mereka berkata: “Bilakah janji itu akan datang, jika kamu sekalian adalah orang-orang yang benar” Andaikata orang-orang kafir itu mengetahui, waktu (dimana) mereka tak mampu untuk mengelakkan api neraka dari muka mereka dan (tidak pula) dari punggung mereka, sedang mereka tidak (pula) mendapatkan pertolongan, (tentulah mereka tidak meminta disegerakan).

Sebenarnya (azab) itu akan datang kepada mereka dengan sekonyong-konyong lalu membuat mereka menjadi panik, maka mereka tidak sanggup menolaknya dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.

(Surah Al Anbiya’, 30-40)