Memaparkan catatan dengan label KPI pencapaian tahunan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPI pencapaian tahunan. Papar semua catatan

Selasa, 17 Disember 2013

Sesekali Menoleh Ke Belakang Tatkala Meneruskan Heretan Langkah ke Hadapan


Fuhhhhhhh! Tajuk ke apa tah!

Dah nak habis tahun. Dah tercapai senarai utama yang perlu dilunaskan tahun ni?

Secara pribadi, aku hanya berjaya sudahkan satu perkara je tahun ni, Alhamdulillah. Perkara utama itu berjaya juga aku selesaikan, walaupun berderet perancangan lain itu terburai dek nak siapkan yang satu itu.

Namun begitu, pada masa yang sama, ada beberapa perkara yang tak ada dalam perancangan telah aku buat dan masih juga aku perlu siapkan. Alhamdulillah juga.

Hanya, dari sudut pencapaian yang dinilai oleh ketua, aku dilihat sangat tidak produktif. Sedih! Tapi hakikat kena terima. Sepanjang usia perkhidmatan aku di sini berbelas tahun ini, tahun 2013 merupakan tahun paling malang pencapaian dari sudut penilaian orang lain. Nasib baik penilaian aku sendiri masih mengatakan: inilah tahun paling cemerlang. Hanya pencapaian pribadi.

Aku selalu buat macam ni tahun ni...kalau minta buat semula, belum tentu mampu!

Kata Cik Bintang: Tak apalah. Diri sendiri lebih tahu tentang apa yang kita buat.

Terima kaasih Cik Bintang. Memang benar, tapi…hati masih lagi sedih. Sebab itu kot sepanjang minggu lepas diri jadi lemau. Emosi terganggu. Mental dan fizikal juga.

Sekalipun ini bukanlah akhiran sebuah kehidupan, dan aku sedari apa yang dibuat sepanjang tahun ini boleh dilihat hasilnya pada 2014, sebagai manusia aku tetap rasa termengkelan (pinjam perkataan yang sering digunakan arwah Othman Puteh, Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman). Itu namanya Soal Hati. Entah kenapa hati sukar dipuaskan.

Masa masih ada dua minggu lagi sebelum tahun baru 2014 menjengukkan diri dan mulakan langkah baru dengan lebih semangat. Semoga dua minggu ini dapat aku manfaatkan untuk siapkan apa yang sepatutnya siap. Doakan ya…semoga tahun baru daku mulakan dengan langkah baru. Bukannya masih mengheret langkah lama seperti berlaku pada awal tahun2013.

Kepada Cik Bintang: Selamat berjuang. Semoga 2014 menjadi permulaan kepada sesuatu yang lebih baik.

PsssT: Habis kerja semalam jam 8 malam, migrin bermula sejak jam 5 petang. Sekalipun dah mandi, dah syampu kepala, dah tidur juga...jaga pagi ni masih juga tak hilang itu migrin. Petanda tak elok kerana biasanya, bila terdedah kepada cahaya terang dan suhu panas, akan berlarutan dan makin memberat. Harapnya tidak begitu.