Memaparkan catatan dengan label petrol naik harga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petrol naik harga. Papar semua catatan

Ahad, 15 Disember 2013

Kalau Semua Dah Tak Boleh Elak, Macam Mana Aku Nak Mengelak?


Semua benda tak boleh elak. Tahun depan tariff elektrik akan naik bermula Januari. Pak menteri kata memang tak boleh elak, tapi tariff letrik di Malaysia tetap terendah di dunia.

Masa harga ayam naik, itupun tak boleh elak apalagi nak tepis. Bila harga petrol naik, kenaikan tak boleh elak itu tetap juga jadi harga petrol tetap juga paling murah di asia. Bila gula naik, itu sebabnya nak elak diabetis. Maka sempatlah mengelak kiri kanan. Cumanya, kita perlu juga mengelak penduduk Malaysia kena darah tinggi…ramai yang cadangkan naikkan harga kain kapan. Bagi elak ramai orang Malaysia mati pula, cadangannya naikkan harga perkhidmatan kubur. Boleh juga…nanti pakcik penggali kubur jadi profesyen rebutan.

Kini, tol juga akan alami kenaikan bermula tahun 2014…juga tak boleh elak. Sama macam banjir besar di Kuantan hari tu juga…memang tak boleh elak walaupun banyak pihak dah buat persediaan rapi.

Macam pak menteri kata, kita nak elak semua tu mudah aje. Dah harga rumah tinggi…tinggal aje dalam khemah. Bila harga petrol naik…silalah sihatkan badan kayuh basikal macam mynmar dan Bangla tu. Dah tol memang tak boleh elak untuk naik, makanya…kau jalan kaki ajelah. Tak payah bayar tol. Mmmmmm Bangla kayuh basikal tu pun tak bayar tol apa.

Bila kayuh basikal, secara automatik dah boleh elak banyak perkara tu. Tak ada kesan kenaikan petrol 20 sen sebab basikal memang tak guna minyak. Nasi lemak Pak Yeop jual tepi longkang tu pun bukannya guna minyak, mana ada kenaikan. Sama macam cucoq badak Mak Yam yang kita tak pernah jumpapun badak di atasanya tu, bukannya goreng pakai petrol…mana ada kenaikan harga, hanya rupanya je makin comel. Sekali nnngap tak perlu kunyah boleh telan terus.

Jadinya, jangan risaulah bab ilmu tepis menepis ni. Orang Malaysia bukannya reti silat gayung bagai nak elak mengelak. Kalau guna silat pulut, mmmmm memang semua orang tak reti nak mengelak. Aku lagilah tak akan elak, makan je terus itu pulut. Letak durian pun sedapppp.

Hishhhhh! durian mana naik harga, bukannya siram dengan petrol!