Khamis, 28 November 2013
Mencintaimu...Daku Jadi Nanar
Semangat k-pop dah melanda. Sangat-sangat-sangat-sangat suka dengan filem ni. Indah;
cerita yang manis... muzik yang indah. Tetiba teringat satu filem Thailand yang indah sebegini juga...lain kali aku tampal ya...
Rabu, 27 November 2013
Maaf dari Hati Paling Dalam
Maaf, andai harapmu yang menggunung itu
Tak tertunai di alam nyata
Bukan setiap saat daku mampu laksanakan
Maaf, bukan hatimu sahaja perlu kujaga
Hati ini jua perlu dirawat
Dari luka yang membekas dalam.
Harap yang terlalu besar akan hampakanmu kembali
Kerna aku…banyak kurangnya.
Habis daya upaya jua.
Maaf, dari sudut hati yang paling dalam...
Selasa, 26 November 2013
RM13 Juta Tajaan Perkahwinan Rozita Che Wan
Wowwww!!!!
Akhirnya Cik Ta @ Rozita Che Wan dan Zain saidin umumkan juga tarikh sebenar perkahwinan mereka. Perkahwinan gilang-gemilang pasangan selebriti sensasi, Rozita Che Wan dan Zain Saidin pada 11 Disember ini menerima tajaan perkahwinan keseluruhan bernilai kira-kira RM13 juta, menjadi 'Wedding of the Year' 2013. Comey tak angka? 11, 12, 13 tu....
Lagi sekali Wowwwww!!!!!! Mencatatkan sejarah tajaan perkahwinan paling besar dan mahal tu! Tajaan berkenaan terdiri daripada set barangan kemas Habib Jewel bernilai RM10 juta.
Dalam majlis pengumuman tarikh perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin di Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam mereka tayangkan video comey ni;
Video pengumuman perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin
Aku suka! Aku suka! Comey sangat! Tetiba rasa nak kawin jugak jugak hu huhuhu
Mmmmmmm video pengumuman perkahwinan Rozita Che Wan-Zain Saidin ni pun dah bukan main kreatif lagi, agak-agaknya...dah tentulah video perkahwinan dan gambar-gambar nikah, sanding atau kahwin mereka lagi hebat kan? Maklumlah, sama cantik sama padan...tak sabar nak tengok gambar kahwin Rozita che Wan pulak ni...hishhhh! Aku pulak yang teruja lebih kan?
Mmmmmmm video pengumuman perkahwinan Rozita Che Wan-Zain Saidin ni pun dah bukan main kreatif lagi, agak-agaknya...dah tentulah video perkahwinan dan gambar-gambar nikah, sanding atau kahwin mereka lagi hebat kan? Maklumlah, sama cantik sama padan...tak sabar nak tengok gambar kahwin Rozita che Wan pulak ni...hishhhh! Aku pulak yang teruja lebih kan?
Majlis pernikahan Cik Ta akan berlangsung di Gazebo pusat konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, Che Ta bakal menerima wang hantaran sebanyak RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.
Majlis berinai diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada 10 Disember, manakala majlis resepsi berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Shah Alam, jam 8.30 malam.
Majlis merisik Che Ta telah berlangsung di Carcosa Seri Negara pada 29 September 2013 yang dilakukan secara tertutup dan dihadiri saudara-mara dan kenalan rapat saja.
Selamat pengantin baru Cik Ta @ Rozita Che Wan. Semoga kekal hingga syurga.
Sabtu, 23 November 2013
Ku Cinta Kau Seorang
Selepas tamat siaran Diandra, slot Lestary di TV3 setiap Selasa pada jam 9 malam diisi dengan drama siri baru sebanyak 13 episod berjudul Ku Cinta Kau Seorang. Drama komedi romantik ini terbitan Global Station Sdn Bhd adalah karya terbaru Khairul Amri Khalid dan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria dengan menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Amyra Rosli, Ruminah Sidek, Faradhiya, Zack X-Factor, Hafizzuddin dan Bill Azali.
Ku Cinta Kau Seorang mengisahkan tentang Batrisya, (lakonan Amyra Rosli) yang dibesarkan dalam keluarga berada. Segala permintaan dan kehendaknya dituruti bapanya, Datuk Hisham. Suatu hari, pekerja restoran milik Datuk Hisham, Helmi (Remy Ishak) menegur sikap biadap Batrisya dengan orang lebih tua (peminta sedekah) sehingga menyebabkan wanita itu berasa malu. Dia pergi berjumpa dengan bapanya di pejabat semata-mata mahu menyuruh bapanya memberhentikan Helmi.
Datuk Hisham enggan melepaskan Helmi kerana Helmi seorang anak muda yang rajin dan tidak bermasalah melaksanakan tugas. Kecewa terhadap tindakan bapanya yang enggan memberhentikan Helmi, Batrisya bertindak lari ke luar negara selama sebulan sebagai tanda protes. Ini menyebabkan Datuk Hisham runsing dan meminta pendapat rakan baiknya, Rahim. Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Datuk Hisham, dia juga memberikan pendapat yang terbaik.
Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air. Dia terkejut besar melihat terdapat papan tanda ‘Untuk Dijual’ di hadapan rumahnya. Dia bergegas ke restoran bapanya, tetapi restoren itu didapati sudah tutup. Batrisya kemudian berjumpa dengan Rahim. Rahim menunjukkan surat menyatakan bapanya sudah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan banyak hutang. Dalam surat itu juga Datuk Hisham menyuruh Batrisya tinggal bersama Helmi dan neneknya yang sudah tua dan nyanyuk.
Batrisya cuba meminta bantuan daripada dua rakan baiknya, Maya dan Farah, namun mereka enggan membantu dengan pelbagai alasan. Dia juga cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.
Helmi adalah anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan dan terpaksa melakukan banyak pekerjaan untuk membiayai kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang selain daripada sudah tua dan nyanyuk. Untuk tinggal bersama mereka (Helmi dan neneknya), Batrisya perlu mematuhi beberapa peraturan di rumah itu termasuk membantu Helmi menjaga nenek. Konflik seterusnya akan mengubah Batrisya menjadi seseorang yang baru.
Komen aku: dah dapat teka apa yang berlaku seterusnya. Tak boleh komen lebih-lebih, kang kata tak menyokong drama Melayu pulak. Tak pepasal aku kena halau pergi Zimbabwe pulak…mana nak dapat sambal belacan kalau pi dok sana?
Jumaat, 22 November 2013
Tak Terlafaz Patah Kata Ini
Ada ketikanya,
kita tak mampu untuk berkata apa-apa
biarpun sebegitu banyak perkataan meronta-ronta mahu bebas
dari rongga faring
kalau diam itu lebih baik
maka hari ini...izinkan daku menyimpan tiap kata itu
senyap-senyap di juring hati
Langgan:
Catatan (Atom)