Memaparkan catatan dengan label rozita che wan cik ta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rozita che wan cik ta. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2013

RM13 Juta Tajaan Perkahwinan Rozita Che Wan


Wowwww!!!!

Akhirnya Cik Ta @ Rozita Che Wan dan Zain saidin umumkan juga tarikh sebenar perkahwinan mereka. Perkahwinan gilang-gemilang pasangan selebriti sensasi, Rozita Che Wan dan Zain Saidin pada 11 Disember ini menerima tajaan perkahwinan keseluruhan bernilai kira-kira RM13 juta, menjadi 'Wedding of the Year' 2013. Comey tak angka? 11, 12, 13 tu....

Lagi sekali Wowwwww!!!!!! Mencatatkan sejarah tajaan perkahwinan paling besar dan mahal tu! Tajaan berkenaan terdiri daripada set barangan kemas Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Dalam majlis pengumuman tarikh perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin di Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam mereka tayangkan video comey ni;

Video pengumuman perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin



Aku suka! Aku suka! Comey sangat! Tetiba rasa nak kawin jugak jugak hu huhuhu

Mmmmmmm video pengumuman perkahwinan Rozita Che Wan-Zain Saidin ni pun dah bukan main kreatif lagi, agak-agaknya...dah tentulah video perkahwinan dan gambar-gambar nikah, sanding atau kahwin mereka lagi hebat kan? Maklumlah, sama cantik sama padan...tak sabar nak tengok gambar kahwin Rozita che Wan pulak ni...hishhhh! Aku pulak yang teruja lebih kan?

Majlis pernikahan Cik Ta akan berlangsung di Gazebo pusat konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, Che Ta bakal menerima wang hantaran sebanyak RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.
Majlis berinai diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada 10 Disember, manakala majlis resepsi berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Shah Alam, jam 8.30 malam.

Majlis merisik Che Ta telah berlangsung di Carcosa Seri Negara pada 29 September 2013 yang dilakukan secara tertutup dan dihadiri saudara-mara dan kenalan rapat saja.

Selamat pengantin baru Cik Ta @ Rozita Che Wan. Semoga kekal hingga syurga.