Jumaat, 1 November 2013

Ketagih Candy Crush?

 
Ada tak yang ketagih dengan Candy Crush Saga ni?

Memanglah apapun benda ada kesan buruknya, termasuk juga candy crush saga ini juga boleh mendatangkan keburukan dan kesan negatif Candy Crush Saga kalau dah terlebih ketagih. Bergantung kepada kita nak lalai ke nak manfaatkan.

Sejujurnya, aku cukup berterima kasih dengan kewujudan mainan Candy Crush Saga yang berjaya melalaikan ramai umat manusia di dunia.

Namun, dalam kes aku…candy crush saga itulah setia menemani aku sepanjang masa berjaga jadi burung hantu. Bila mengantuk je, aku cari candy Crush…main sekejab, kemudian sambung buat kerja sekolah semula. Begitulah secara berulang-ulang sama ada di telefon, tab atau lap top. Tapi jarang sangat main di lap top sebab ketuaannya buatkan gula-gula tersebut malas nak bergerak. Hilang mood teruja huh u huhu

Tang mana manfaatnya Candy Crush tu? Tang boleh celikkan mata aku dari mengantuk bila mengadap buku dan kertas malam-malam buta tu. Juga bermanfaat untuk ketahanan mental dari sudut kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi dek dapat mengelakkan rasa putus asa. Gigih betul nak kena tekan jari jemari runcing ni berjuang naik ke lavel seterusnya huh u hu
 
 
Walau ramai yang marah-marah bila kena mintak nyawa…kepada pencinta Candy Crush Saga, silalah mintak nyawa dengan orang-orang yang main sahaja ya. Jangan mintak nyawa dengan rakan-rakan FB yang tak main benda alah ni, ia boleh mendatangkan kenaikan darah tinggi yang mendadak ya.

Aku jarang minta nyawa dengan rakan-rakan FB (kecualilah kalau memang Candy Crush yang buat kerja mintak nyawa untuk aku tanpa aku tahu). Aku hanya mintak nyawa masa nak lepaskan tangga block tu je.

Namun begitu, aku punya rakan-rakan FB yang sangat baik hati kerana selalu sahaja dermakan nyawa, antaranya yang sempat aku print skrin adalah:

 
 
Comey tak dia? Terima kasih kakcik. Terima kasih banyak-banyak juga kepada semua rakan-rakan FBku yang sporting dermakan nyawa ya…daku sangat menghargainya. Semangat dan kegigihan untuk tamatkan misi ini sangat tinggi ni.

Bukan susahpun nak derma nyawa kat rakan-rakan yang terlekat dengan badi candy crush ni…sekali tekan je pun. Tanpa kawan-kawan mintak pun kita boleh derma…tak payah pakai modal pun. Cer tengok, banyak tak markah dia? Hu hu hu macam mana dia main hingga macam tu punya banyak markahnya? Cer citerrrrr!
 
 

Jadinya, kesimpulan entri ini adalah: silalah derma nyawa banyak-banyak kat aku ya…
 
 



Khamis, 31 Oktober 2013

Antara Aku Dan Kita, Ada Beza Tak?

 
Aku pernah buat ujikaji kat blog ni, mungkin ada yang perasan…mungkin juga tidak.

Perasan tak? Sedar tak? Kepada yang tak perasan sangat ujian tu, boleh tengok entri aku tentang kita selalu anggap diri kita je bagus. Kemudian bandingkan pula dengan entri Perangai tak senonoh.

Boleh Jumpa Tak Bezanya?


Bezanya hanya penggunaan kata ganti diri “kita” dan “aku” sahaja.

Walaupun bezanya sekecil itu, tapi tanggapan pembaca sangat besar. Boleh perasan tak?

Bila guna kata ganti diri “kita” walaupun kemudiannya letak juga “Aku” dalam kurungan, namun Nampak macam situasi berkenaan berlaku di sekeliling. Berlaku di mana-mana.

Bila guna kata ganti diri “Aku”, pembaca ingat kejadian berkenaan adalah berkenaan dengan perangai aku sebagai tuan punya blog. Makanya, terlihat macam perangai aku tu tak begitu senonoh sikit kan?

Kenapa aku gunakan “kita” dan “aku”?

Bila ceritakan tentang sesuatu yang buruk, adalah lebih baik kita tidak merujuk secara terus kepada empunya diri seperti “pak Ali”, “Mak Mertua si Semaun” dll. Bila letak nama, ibarat kita meletakkan kesalahan itu kepada seorang sahaja sedangkan perangai negatif itu boleh kita jumpa kat mana-mana sahaja. Tak pepasal jatuh fitnah atau menuduh orang pulak. Mana tahu nama yang kita tulis itu wujud di dunia nyata. Rasa hati dia pulak!

Kenapa guna “aku”? Sebab itu lebih mudah dari letak nama orang lain. Hanya risikonya, pembaca akan menjadikan perkara negatif itu sebagai sebahagian daripada penilaian terhadap diri kita. Ya lah…bila baca blog bukannya kita kenal tuan punya penulis tu terutama yang tak pernah tampal muka di blog macam aku ni. Penilaian dibuat berdasarkan tulisan yang dibaca.

Dengan dua kata ganti diri itupun dah boleh buat pelbagai tafsiran kepada penulisnya, apalagi dengan sebegitu banyak perkataan yang kita tulis. Jadi, silalah berhati-hati bila menulis entri walaupun kita menulis blog sendiri. Besar kesannya.
 
 
 

Rabu, 30 Oktober 2013

Autumn In My Hearts



Antara daunan mapel yang berguguran, biarkan kurawat lelas yang kau tinggalkan...


puaskah lunyaikan hati ini menjadi serpihan, berterbangan bak debu
kala semilir angin berpuput lerailah bungkah rasa...



Selasa, 29 Oktober 2013

Solat Musafir dalam 30 Minit Ustaz Don


Hari ni nak belajar tentang Solat Musafir. Kuliah hari ni edisi 30 minit Ustaz Don yang hensem dan kelakar tu. Jom kita…eh, moga-moga kuliah hari ni memberi kita ilmu baru ataupun ingatkan semula mana-mana ilmu yang kita dah ada tapi ada masanya kita terlupa. Maklumlah, tuntut ilmu tu semua masa sekolah dulu lagi…selagi tak guna, bukan mudah nak perangat semula kan?

Jadi, macam mana nak ringankan amalan solat dan puasa, terutama solat.


Ustaz Don - Solat Musafir 1



Diakhir perbincangan dinyatakan bahawa tidak ada tempoh waktu musafir untuk membolehkan kita kita lakukan solat musafir (jamak dan Qasar) menurut mazhab Maliki dan Hambali.


Ustaz Don - Solat Musafir 2





Ustaz Don - Solat Musafir 3





Ustaz Don - Solat Musafir 4




Panjang lebar penerangan Ustaz Don ni…siap dengan suara latar lagi hu h u huh u hilang mengantuk dengan telatah ustaz ensem ni.

Alhamdulillah, berkongsi ilmu kita. Moga-moga ada manfaatnya.


Isnin, 28 Oktober 2013

Solat Jamak Dan Qasar Bila Musafir



Bila kita bermusafir, selain dari kita perlu pelajari cara solat dalam kapal terbang, kena juga dalami ilmu tentang solat jamak dan qasar. Jom kita ingat-ingatkan semula tentang Solat Jamak Dan Qasar masa musafir ni…maklumlah, dah lama tak merantau, mengembara, berpetualang ni…

Jamak = himpunkan solat, kerana kesulitan
Qasar = pendekkan solat, kerana musafir


Solat semasa sakit, sukar dan musafir dalam seminar di USM Kubang Kerian;



Adab-adab semasa musafir, doa-doa, syarat-syarat solat jamak dan qasar,



Solat ketika musafir oleh Hassan Din Al Hafiz;




Penerangan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang solat ketika musafir;




Kiraan jarak musafir lebih kurang 90km atau 56 batu boleh lakukan solat jamak dan qasar.




Tempoh masa boleh melakukan Jamak dan Qasar menurut Imam Shafie:



Menurut mazhab Imam Shafie: Tempoh dianggap lama adalah 4 hari atau lebih, tidak termasuk hari sampai dan hari kembali. Selepas tempoh 4 hari, ianya sudah dikira bermukim.

Tidak ada tempoh waktu musafir untuk membolehkan kita kita lakukan solat musafir (jamak dan Qasar) menurut mazhab Maliki dan Hambali.


Kekeliruan tentang Solat Jamak Dan Qasar oleh Ustaz Fathul Bari



Solat Qasar hanya setelah melakukan perjalanan.

Persoalan Jamak dan Qasar akhirnya perlu merujuk kepada kebiasaan dan keadaan. Kalau naik jet pergi kerja di Shah Alam, boleh Qasar tak berbanding kayuh basikal atau berjalan kaki? Gitulah perumpamaannya.

Rasulullah S.A.W pernah Qasar selama 18 hari di Mekah. Dalam peperangan Tabuk, 16 hari Qasar solat.

Jamak dan Qasar boleh dilakukan bila alami kesukaran dalam perjalanan @ bermusafir sepanjang perjalanan walaupun dua tahun jika tidak berniat untuk menetap di situ.


Penerangan DR. MAZA tentang SOLAT JAMAK & QASAR;




Panduan Solat Jamak Dan Qasar




Cara Solat Jamak Dan Qasar




Mintak tolong ya…sila jangan jamak dan qasar untuk solat subuh.

Errrr…terpanjanglah pulak entri ni. Tak apa…asalkan semua kekeliruan telah terungkai.