Rabu, 2 Oktober 2013
Perangai Tak Senonoh
Aku selalu anggap apa yang orang lain buat semua tak kena;
Bila orang diam, aku anggap dia setuju
Padahal dia dah malas nak layan keras kepala aku tu
Bila orang pot pet pot pet aku anggap dia banyak songeh
Padahal dia hanya ceritakan situasi dirinya
Agar aku lebih memahami dirinya
Bila orang bagi saranan aku anggap dia perasan pandai
Nak berlagak tunjuk hebat depan akulah tu,
Padahal dia sebenarnya sedang berusaha untuk membantu aku
Bila orang nasihat aku anggap orang tu perasan baik
Tunjuk alim berlagak penghuni syurga
Padahal dia dah cemuih tengok lagak aku ni
Macam tak sedar hidup akan mati kemudian hari
Kalau sebut begitu, aku tempelak pulak “kubur asing-asing”
Memang ya pun kubur masing-masing, hebat macam manapun
Bila mati bukannya aku boleh gali kubur sendiri
Bukan boleh golek masuk kubur sendiri atau timbus sendiri
Tapi perasan termalu punya pasal, cakap aje macam tu…kaverline konon!
Bila orang kritik, aku anggap dia sengaja cari pasal
Padahal dia sedang cuba beri pandangan dari sisi yang aku tak Nampak
Nanti bolehlah aku betulkan keadaan semula
Bila orang marah, aku anggap dia kurang ajar
Kot ya pun ada masalah takkan tak boleh sabar sikit?
Padahal, dah berkurunpun dia sabar dengan kerenah kita
Makin dia sabar, makin pelik pulak perangai kita tegakkan benang yang basah
Bila orang tak komen apa-apa aku anggap dia tak produktif,
Jenis tak boleh pakai punya orang tau harapkan orang lain saja,
Hanya reti terima seadanya sahaja apa yang berlaku
…spesies redha tanpa usaha, sedangkan aku sebenarnya tak tahu
Dia sedang menahan perasaan dengan kerenah perasan betul aku ku
Akhirnya, aku tetap juga anggap aku sahaja yang betul
Tak kira apa tindak balas orang, apa komen orang apa nasihat orang
Yang penting aku nak rasa terhormat dan hebat.
Apa nak buat!
Nampak gayanya setan memang dah berjaya jalankan tugas dia
Selasa, 1 Oktober 2013
Kena Boikot Secara Beramai-Ramai
Balik dari acara makan-makan rumah auntie nanie (acara makan-makan berkenaan telah ditulis Kakcik Seroja, tengah tunggu Auntie Nanie pulak tulis entri), banyak sms dan miscal ada kat telefon. Sampai rumah, nak buat panggilan tak boleh. Nak reply sms tak dapat. Bila masuk panggilan, nak jawab pun tak boleh. Pendek kata, semualah tak boleh. Tak ada yang boleh!
Semua tak berfungsi. Facebook tak boleh buka. Pendek kata semua bendalah tak berfungsi. Keras kejung lagu tu je. Nak off pun bukan main siksa lagi. Penat dok tekan pun tak mahu shut down.
Dah dapat matikan, bila dah on semula masih juga wengggg! Hishhhh! Rasa nak baling je…dan, memang baling je pun lepas tu! Terbukti kan aku baran! Bukan mudah nak kawal baran ni, kena tahu juga apa nak buat bila jiwa kacau.
Akhirnya dapat guna dengan kecacatan mental 50%. Hanya beberapa program sahaja masih okey, yang lainnya kena buang dan install semula. Kiranya, habislah semua program games yang jadi kegemaran anak-anak buah aku tu, iQuran dan terjemahan juga kena download semula.
Akhirnya, hanya candy crush saga sahaja yang aku download semula…games yang lain dah tak ada. Malas dah nak download walaupun nanti kesian lah pulak bila anak buah mintak nak main nanti, tetiba semua game dah tak ada. Mmmmm kena download jugak kot satu dua, tak sampai hati nak tengok mata kecewa dia orang tu.
Bukan hanya telefon cap ayam ini je buat perangai, tab pun buat hal jugak. Baru hari tu perasan ada beberapa komponen tak berfungsi. Sebelum ni tak kerap guna sangat sebab lebih banyak guna telefon cap ayam dan laptop. Aduhaiiiiii! Macam mana nak buat?
Akhirnya, aku tarik bantal. Tarik selimut. Qada tidur yang belum berbayar huh u huh u
Mmmmmm sentiasa hepi ya auntie, moga auntie sentiasa sihat ya.
Isnin, 30 September 2013
Petua Panjang Umur Versi Tun M
Kalau ikutkan petua panjang umur seperti yang Tun M kongsikan, tak adalah susah sangat. Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, petua untuk panjang umur seperti beliau adalah dengan makan secara sederhana dan mengamalkan gaya hidup sihat.
“... jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras," katanya ketika melancarkan program 'Walk-A-Mile' di Tasik Titiwangsa.
Dr Mahathir kemudian menyertai kira-kira 1,500 peserta dalam acara jalan kaki di taman tasik berkenaan, yang juga sebahagian daripada kempen kesedaran tentang kesihatan jantung.
Komen aku: Petua untuk sihat kan tu? Kan? Kan? Kan? Ke daku salah pemahaman? Mmmmm mungkin, maksudnya, bila dah sihat...umur akan panjang. Gamaknyalah!
Errrr...hari ni adalah hari terakhir bulan ni kan? Mmmmmm cepatnya masa berlalu!
Jumaat, 27 September 2013
Leher Aaron Aziz Senget?
Apa dah jadi dengan hero pujaan Malaya ni? Siapa lagi kalau bukan pelakon Aaron Aziz yang kian digilai ramai anak dara termasuk mak dara dan nenek dara. Beliau kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, mengidap penyakit Cervical Facet Arthritis pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit.
Aaron Aziz mula rasa kesakitan pada lehernya sejak seminggu lalu, tetapi menahannya kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem. Kesakitan itu akhirnya menular sehingga ke bahagian tangan dan jari sebelah kirinya menjadi kebas.
Ada sesiapa nak pergi melawat Aaron Aziz tak? Nak ikut lah!
Mmmmmm dari dok cerita tentang bini Mat Yo minta maaf, ataupun dok cerita tentang video bini Mat Yo maki pak guard di Subang tu, baiklah cerita pasal abam Aaron Aziz, ya tak? Kalau pasal Fida Ibrahim lari dari lokasi penggambaran di Baling lagilah tak mau cerita...aku bukan peminat dia walaupun suara dia mirip dengan Dato' Siti Nurhaliza. Aku pun tak tahu sebab apa Fida Ibrahim bukan antara artis yang aku suka. Nak kata tak suka pun tak adalah. Mungkin sebab dia tak menonjol sangat kot.
Tapi, teringin jugak nak cerita tentang Fiza Elite kahwin dengan Adam AF tu…fuhhhhh dah tentu ramai jugak yang cerita dengan macam-macam versi. Seeloknya, doakanlah mereka hidup aman bahagia hingga syurga. Ya tak?
Celoteh Pagi Jumaat di Petang Hari
Hari Jumaat yang barakah. Pepagi yang tak berapa nak pagi itu aku jelajah Bangi untuk melunaskan semua hutang piutang sebelum menyinggah di Warta untuk beli sedikit keperluan. Asalnya memang nak beli sedikit ajepun. Nak beli mana yang dah benar-benar kehabisan sahaja walaupun perangai aku memang suka simpan stok sekadar perlu. Maksudnya, tak adalah minyak masak tu habis semua titiknya baru nak beli, agak-agak masih sempat guna dua tiga kali aku akan beli baru. Ramai orang lakukan begini. Yalah, mana tahu kalau kehabis tengah malam masa tengah kebulur, tak ke naya jadinya.
Sebab nak beli sikit, sekadar cukup 2 minggu ini sebelum balik kampong sambut Aidiladha, aku hanya guna bakul kecil sahaja. Ternyata, memang semua barang keperluan dah habis. Akhirnya tukar juga guna troli bila perlu ambil beras, minyak masak, sardin (Opssss! sardine dah jadi makanan mewah sekarang ni kan??? Daku yang marhaen dah tak mampu makan sardine lagi) dan keperluan lain. Alang-alang dah masuk Giant, angkut ajelah. Tak payah lagi buang masa datang semula. Tapi rasanya kena datang semula lagi sekali juga sebab tak semua barangan keperluan masa raya nanti dah beli.
Masa tengah pilih barang, telefon Mek tanyakan stok milo dan neskefe di kampong. Tanya dia nak yang mana. Bahaya jugak tanya macam tu, kena dia demand nak yang besar, masih mampukah aku?
Adik yang susun barang tu kusyuk je penuhkan rak. Bila aku ambil pack milo 3kg, adik hensem tu panggil dan mintak pack yang dah aku ambil tu. Dia kerobek dalam rak dan berikan aku pack yang lain. Rupa-rupanya pack yang itu ada hadiah jug milo. Satu-satunya sahaja yang tinggal. Terima kasih, adik hensem. Macam tahu-tahu pulak jug kat rumah aku memang bukan macam jug hu hu hu hu bila dapat jug percuma dari milo tu, bolehlah aku guna kalau-kalau ada tetamu datang. Ada sesiapa nak datang tengok dan rasa keenakan teh yang dibancuh dalam jug milo percuma itu tak? Errrr…teh je ada, milo tu kepunyaan Mek ya hu hu hu hu
Adik yang susun barang tu kusyuk je penuhkan rak. Bila aku ambil pack milo 3kg, adik hensem tu panggil dan mintak pack yang dah aku ambil tu. Dia kerobek dalam rak dan berikan aku pack yang lain. Rupa-rupanya pack yang itu ada hadiah jug milo. Satu-satunya sahaja yang tinggal. Terima kasih, adik hensem. Macam tahu-tahu pulak jug kat rumah aku memang bukan macam jug hu hu hu hu bila dapat jug percuma dari milo tu, bolehlah aku guna kalau-kalau ada tetamu datang. Ada sesiapa nak datang tengok dan rasa keenakan teh yang dibancuh dalam jug milo percuma itu tak? Errrr…teh je ada, milo tu kepunyaan Mek ya hu hu hu hu
Dah ambil itu ini, situ sini…mana yang sangat-sangat perlu sahaja. Yang boleh tangguh, tangguh dulu. Mana tahu kot esok lusa rezeki tersepak harta dari langit kat mana-mana...siapa nak tahu kan? Dah ke kaunter, huh u huh u sikit gitu tak penuh trolipun dah nak cecah RM200 hu huh u hu ohhhhhh aku memang marhaen! Tiba-tiba sahaja bajet dah lari. Dah potong sana sinipun masih lagi lari bajetnya…apa nak dikata. Alahai!
Baliknya singgah Asam Pedas tapau kan nasi + togeh goreng + ikan kembung gulai kuning + neskepe ais. Belum sarapan dan makan apa-apapun walaupun dah jam 1 tengahari. Bila bayar, harganya BARU je RM9.50 ya. Mana ada naik harga. Harga standard lah tu kan? Orang kat Jepun nun, sekali makan pun dah cecah RM130, tak geger satu duniapun. Takat RM9.50 pakej sekali dengan neskepe ais yang dah makin kurang manisnya tu, apa ada hal nak bayar.
Semua ni bukan sebab kenaikan harga minyak petrol sebanyak 20 sen itu, sebab Pak Menteri kata harga barang tak naik. Harga barang terkawal. Jangan salahkan menteri. Kalaupun hari ni harga petrol naik lagi sepuluh sen, apa ada hal. Kan harga barang tak akan naik. Itu janji pak menteri. Jadi, rakyat Malaysia yang sporting ni tak kesahpun takat nak naik banyak tu. Naik lagi banyakpun tak apa kan? Kan? Kan?
Dengarnya, harga petrol akan naik lagi 10 sen tengah malam ni ya? Betul ke petrol naik lagi?
Langgan:
Catatan (Atom)