Selasa, 10 September 2013

Tak Boleh Guna Semula Telefon Curi


Mulai November ini, telefon bimbit yang dilaporkan dicuri oleh pemilik asalnya tidak lagi boleh diguna pakai semula. Berita baik ni!

Ketika ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan semua syarikat telekomunikasi membangunkan satu sistem baharu yang dapat menyekat penggunaan semula semua jenis telefon yang telah dilaporkan dicuri.

Komen aku: Bila dah tak boleh pakai semula, maknanya…tak adalah orang nak curi telefon kan? Kurang satu masalah.

Selamat Berjuang adik-adik UPSR


Kepada semua calon UPSR selamat menduduki peperiksaan UPSR. Biasanya budak-budak ni okey aje, tetapi yang berdebar lebih adalah ibu bapa dan penjaga.

Denaihati.com ada beri petua menghadapi peperiksaan di Facebook Denaihati;
 
Terbaik selepas subuh mulakan dgn membaca Al Quran utk mendapat ketenangan jiwa dan ambil 3 biji Minda Aktif sebelum tidur dan tiga biji selepas bangun tidur. Manusia merancang ALLAH mengizinkan.

"وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah Al-A`raaf ayat 204)"

Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood pula berkongsi doa-doa menjelang peperiksaan;
 

Semoga adik-adik yang menjalani peperiksaan UPSR ni dapat menjawab dengan tenang. Tahun ni seorang anak buahku ambil UPSR, jadi makciknya kenalah bersedia untuk kehilangan ringgit. Anak buah punya pasal…tak adalah nak berkira sangat. Bagi semangat! Lai! Lai! Lai! Ada sesapa nak jadi anak  buahku dak? Hu hu hu

PsssT: di BANGLADESH, Hakim Mahkamah Tinggi, Zahirul Haque menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap empat penulis blog atas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Dhaka, Bangladesh. Mereka didakwa mengikut undang-undang Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media.

Di Malaysia bila lagi? Selain dari amaran, amaran, AMARAN dan amaran, mereka akan dilepaskan semula. Kemudian buat hal lagi. Kemudian dapat amaran lagi. Hishhhh!
 
 

Isnin, 9 September 2013

Lai Lai Lai…Iklan! Iklan! Iklan! Dua Siyal Dua Siyal!

 
Ada orang kata aku nak iklan diri bila aku tulis entri tentang 20 tahun akan datang. Maklumlah, aku ni kan dah tak laku. Dah terdesak sangat. Kenalah iklankan, kalau tak lagilah tak laku kan? Lai lai lai…sapa-sapa yang KAYA tu silalah isi borang ya!

Boleh gitu? Mmmmmm kira halallah ya!

Aku hanya andaikan aje dalam tempoh 20 tahun akan datang, gaji boleh cecah RM30K walaupun aku tahu semua tu MUSTAHIL. Tapi, nak sedapkan berangan, letaklah banyak tu…nasib baik aku tak letak RM100K, kalau tak, lagi panjang angannya tu.

Walaupun menteri kata nak selaraskan harga rumah dalam Bajet 2014, namun dengan kenaikan harga minyak petrol sebanyak 20 sen yang hanya memberi kesan kepada rakyat marhaen macam aku ni, tak semena-mena semua benda dah naik. Tetiba pulak kenaikan petrol yang 20 sen itu menyebabkan harga rumah naik 10% SAHAJA. Macamlah rumah tu boleh beli sekerat-sekerat. Hari ni beli pagar, esok beli tiang, lusa beli dinding, tulat beli bumbung….jadi, bila naik HANYA 10% bagi golongan yang mampu itu menyebabkan jumlah kenaikan itu sekurang-kurangnya RM15K.
 

Cumanya, masih ada lagikah rumah di Bangi ni yang harganya kurang dari RM150K? Lalu akan berfatwalah Menteri Rumah "Tak mampu beli kat Bangi, pi beli kat kampong nunnnnn celah gunung", itupun kalau menteri tu ikut pedoman yang dibuat dek Menteri Ayamlah...

Tahniah Angah, kerana memahami maksud entri daku pasal 20 tahun akan datang tu. Inilah sebenarnya yang aku nak habaQ. Kalau pencen RM15K sebulanpun belum tentu lagi kita mampu hidup selesa pada usia emas, apalagi kurang? Sekarang ni gaji RM3-4K pun sesak nafas, masih ada peluangkah untuk kita pencen dengan jumlah RM15K sebulan dan hidup dalam gelombang harga pada tahun sebegitu?
 

Daku hanya rakyat marhaen, entahkan dapat entahkan tidaknya pencen 15K sebulan tu. Selagi aku kerja kat tempat sekarang ni, hentikanlah bermimpi nak dapat pencen RM15K tu. Jadinya, akan mampukah aku?

Kalau nak kaya, aku kena kerja kat tempat lain. Habis tu, kenapa dok tunggu tempat sekarang ni?

Aku perempuan bertudung yang tidak hadapi masalah untuk mendapat peluang berkerja di sini. Tak payah buka tudung untuk kerja, bukan macam Mira Kamil yang gagal mendapat pekerjaan semata-mata sebab dia bertudung. Alhamdulillah, nasib aku baik sikit dari dia.

Asa tak sesiapa nak kata "Dah ditakdirkan begitu", maka kita perlu pasrah dan menerima seadanya sahaja. Tanpa usaha? Huh! 




Aku sedang melombong kekayaan yang orang jarang Nampak. Itu aje! Itu pun nak kena bagi tahu. Kata hebat sangat baca kepala otak orang!
 
 
 
 
 
 

Jumaat, 6 September 2013

Menanti 20 Tahun Lagi


Dunia memang pinjam-pinjaman, akhirat jua kekal abadi. Namun, dunia menjadi pentas untuk kita berpencak silat mengutip banus dan laba yang akan dituai di akhirat sana.

Dunialah menjadi medan untuk kita berjuang. Setiap dari kita ada target tersendiri dalam hidupnya. Paling tidak kita berusaha dan mantapkan kerjaya untuk kehidupan pada hari tua.

Kepada yang punya keluarga, ada anak-anak, sedikit sebanyak ada impian untuk dijaga oleh anak-anak ketika tua nanti. Walaupun kita sendiri tidak pasti adakah anak-anak itu sanggup menjaga kita. Paling tidak mereka boleh upah nurse peribadi, kalau ada sumber kewangan yang kukuh. Ataukah, tiada bezanya kita berbanding warga emas lain yang menghuni rumah orang-orang tua?

Bagi yang belum pasti lagi akan ada anak, atau pasangan, kenalah kerja keras sedikit bagi memastikan bila dah berusia emas dan hidup sendirian nanti, paling tidak ada dana untuk kos perubatan. Bukannya mengharapkan ehsan masyarakat. Tak adalah nanti tersenarai dalam rancangan BersamaMu tu kan? Kalau rasa tak sanggup hadapi hidup sendirian pada usia emas, silalah iklankan diri cari pasangan hu hu hu itupun kalau jumpa orang yang benar-benar setia sanggup tunggu kita jadi emas.

Dalam usia sebegini, tiba-tiba daku terfikir: bila dah warga emas nanti, cukupkah pencen itu menampung semua keperluan harian, ataukah aku masih lagi perlu berkerja keras? Kena sambung pencen 60 tahun tak?

Kalau 20 tahun lagi aku pencen, gamaknya gaji aku sempat cecah RM30 ribu tak sebulan? Kalau sempat, aku akan nikmati pencen bulanan sebanyak RM15 ribu sebulan. Agak-agaknya pada 20 tahun akan datang itu, berapa harga petrol, takkan petrol naik 20 sen je kan? Berapa harga minyak masak, beras dan segala keperluan lain? Berapa harga ubat-ubatan? Berapa pula harga perkhidmatan pembersihan rumah seminggu sekali? Maklumlah, ketika tu aku dah tak kuat lagi nak mengemas segala. Gamaknya, dengan RM15 ribu nilai pencen sebulan yang aku terima tu, cukup tak menampung kehidupan usia emas aku? Itupun kalau gaji aku cecah RM30 sebulan. Kalau cecah…kalau tak? Firasatku mengatakan, tunggu 40 tahun lagi pun tak mampu cecah banyak tu hu hu hu hu

Alamatnya, panjat bas lah pergi pasar malam beli keropeh ayam, beli sayur, beli keperluan harian. Mmmmmm tak boleh bayanglah!

Mmmmmmm patutnya usia sebegitu, aku sedang menikmati hasil penat lelah jerih payah yang aku kait sekarang ni kan?
Jadi, kena kerja lebih kuat lagi kan?

Komen aku: Ini tentang 20 tahun akan dating…bukan tentang 20 sen hu hu hu hu
 
 


Khamis, 5 September 2013

Mencari Akar Umbi


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan, Malaysiaku!

Semua ni aku belajar dalam mata pelajaran Sejarah masa sekolah dulu, tapi nak buat lagu mana, sejarah tu kan sentiasa berubah hu hu hu huhu jadinya pelajar hari ni dah tak belajar apa yang aku belajar dulu. Maklumlah, mereka lebih moden dari aku hu huhuhuhu




Walaupun menteri kata harga barang tak akan naik dengan kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen, namun ketahuilah...mencintai keamanan Negara tu satu kewajipan. Akar umbi kita adalah sejarah.

Kenalilah sejarah sendiri, kita akan sedar akar umbi dan jati diri bangsa. Usah terpedaya dengan anasir yang cuba menangguk khazanah bumi tercinta ini dengan melaga-lagakan kita.