Jumaat, 21 Jun 2013

Jerebu di Singapura Kritikal


Bacaan IPU di Singapura cecah bacaan 400, iaitu Jerebu tahap kritikal. Walaupun Jerebu di Johor belum capai IPU sebanyak tu, namun tak mustahil akan cecah. Sekarangpun banyak sekolah dah tutup kerana jerebu kan?

Aku malas nak komen apa-apa, karang ada pulak orang yang TERLEBIH cerdik kata "tak ada kaitan" dengan pembakaran terbuka di seberang sana. Tengok komen tak cerdik mereka di TV pun buat aku TERsebut "apacot!" terkejut badak, apalagi kalau nak baca ulasan depa yang macam-macam. Kalau aku sebut jugak, sah punyalah blog ni akan berubah status jadi blog FITNAH melampau hu hu hu

Sebenarnya aku suka bila Singapura kena jerebu lebih bahaya dari JB...bukan seronok rakyat singapura dapat susah, tapi seronok bila kelantangan Singapura pertahankan hal rakyatnya menyedut udara bersihpun kena tempelak. Akhirnya aku yang gelak dengan kecerdikan tahap dewa sesetengah orang. Nak buat macam mana bila "cerdik tak boleh nak tompang, bodoh tak boleh nak ajar". mmmmmmm bantuan sikit-sikit tak mau la pulak hu hu hu macam-macam orang ada! Kalau engkau dah hebat kaya raya tu lainlah cerita hu hu hu

Payah sangatkah nak didik anak bangsa rakyat depa tak buat pembakaran terbuka? Payah sangatkah nak kenakan kompaun banyak-banyak? Asal tengah tahun je kita kena hidu bau asap. Aku yang tak ada athma dan batuk kering ni pun dah semput-semput, apalagi kalau ada yang menghadapi masalah pernafasan.

Duit punya pasal...tak kesahlah nyawa juta-juta orang lain keok pun kan? nak tengok gambar jerebu di Singapura silalah klik kat link.

Inilah rupanya Johor Bahru dalam jerebu ya...semuanya kelam!



Ishhhhh! Mohon maaf dengan bahasa kurang ajar pada hari Jumaat nan mulia ini. Mungkin itu antara komplikasi jerebu ya...bangun pagi-pagi dada rasa berat. Banyak aktiviti tergendala. Huh!


Bila Kawan Kena Umpat, Nak Beritahu ke Tidak?


Bila ada orang mengumpat kawan kita, perlu tak kita beritahu dia tentang hal umpatan itu?

Kena beritahu tak? Kena royat tak?

Persoalan ni lanjutan dari pada entri malam jumaat semalam.



Khamis, 20 Jun 2013

Jerebu: Sekolah Di Muar & Ledang Diarah Tutup Dua Hari


Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang diarahkan ditutup selama dua hari mulai hari ini akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya. Yaaaa....dah capai tahap bahaya. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 383.

Arahan dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah mulai jam 11 pagi tadi. Kota Tinggi turut mencatatkan tahap sangat tidak sihat dengan IPU 232, meningkat berbanding 211 yang dicatatkan pada jam 7 pagi. Pasir Gudang dan Larkin Lama di kawasan bandaraya Johor Bahru pula mencatatkan tahap tidak sihat dengan catatan IPU 199 dan 181.



Setiap tahun, perkara yang sama berlaku. Asal pertengahan tahun je, kita perlu sedut jerebu. Asap. Bau hangit terbakar. Cuaca jadi makin panas menyengat. Dan setiap tahun jugak, ada pihak cuba dan mengelak dari bertanggungjawab. Tak mau mengaku. Dah jadi budaya!

Maka setiap tahun juga, pasukan bomba kita perlu ke seberang sana buat khidmat masyarakat padamkan kebakaran. Kenapa tak pernah belajar dari sejarah? Aku pun tak faham!

Komen aku: Jerebu juga boleh mengakibatkan ketidakstabilan horman. Boleh meroyan. Sebelum aku meroyan lebih panjang, baik aku letak titik cepat-cepat. Titik.




Persoalan Malam Jumaat



Antara orang yang mengumpat kita dan orang yang datang mengadu bahawa ada orang sedang mengumpat kita, mana satu lebih jahat?

Macam soalan periksa, tapi agak lama juga persoalan ini berlegar dalam kepala.

Komen aku: Aku memang muka tembok yang jarang nak peduli apa yang orang tengah umpat. Usah buang masa mengumpat aku walaupun daku teruja juga bila ada orang mengumpat. Sebabnya? Mereka sedang memberi aku koleksi pahala yang tak terhitung huh u hu

Jangan kantoi tengah mengumpat aku sudahlah ya...

Ada orang nak mengumpat aku tak? Silalah! Moga-moga makin bertambah pahalaku!

Video 15 Saat Sebelum Penebat Kilat Menara UMNO Runtuh

Yang runtuh memang dah runtuh. Tak kiralah runtuhan kerangka jambatan ke dua Pulau Pinang yang boleh kita lihat rakaman videonya ka ataupun runtuhan penebat kilat Menara UMNO, ataupun video kebakaran besar kampung melayu di Sibu.




Hari ini, rakaman video dari CCTV bangunan berhampiran bangunan UMNO Pulau Pinang berdurasi 15 saat sebelum penebat kilat terjunam dan menghempap jalan, kemudian mengenai beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Honda City berwarna gelap dipercayai milik, Lim Chin Aik, 44 telah beredar di FB dan media sosial yang lain.

Dalam kejadian angin kencang pukul 6.45 malam itu, penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan Menara UMNO Pulau Pinang telah runtuh dan menghasilkan lubang sedalam lima meter. Kejadian itu juga meragut nyawa kelindan lori tong gas, Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia sebaik saja tiba di Hospital Pulau Pinang selepas kepalanya cedera parah ditimpa serpihan konkrit penebat kilat itu.

Polis sebelum ini mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.