Selasa, 18 Jun 2013

Tiket Bas Raya Naik 10 Peratus


Susulan permintaan pengusaha bas menuntut kenaikan harga tiket pada musim perayaan (Hari Raya Aidilfitri) depan hingga 30 peratus, hari ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus musim raya akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.

Bagaimanapun SPAD menambah, permintaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas kepada 30 peratus agak mustahil ditunaikan sebelum hari raya kerana proses perundingan dan kajian komprehensif masih dijalankan.



Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Julai 2013


Pekeliling dah keluar. Kepada penjawat awam, dah boleh semak PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013: PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA. Sila klik kalau nak baca pekeliling penuh.

Pekeliling ni mengandungi kadar kenaikan gaji tahunan mengikut gred jawatan boleh rujuk: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013: PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA. 

Berkuatkuasa 1 Julai 2013, semua kakitangan awam (yang memenuhi syarat seperti di dalam pekeliling 5/2013) layak menerima 1 KGT. Pemberian kenaikan 1KGT ini tidak akan mengubah tarikh kenaikan gaji tahunan. Kalau naik gaji bulan 4, tetaplah akan dapat pada bulan 4 tahun 2014 dan seterusnya.

Sesiapa naik gaji bulan 7 akan menerima 2 kali KGT (KGT 2013 + Pemberian 1KGT). Siapa yang dah naik gaji bulan januari dan april, penjawat awam ini menerima pemberian 1KGT ini pada Julai 2013. 

Aku? Lambat lagi…berjanggut dulu tunggu huh u hu apapun, jom semak dulu Pekeliling Kerajaan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Julai 2013 yang dimaksudkan tu. Sila klik kalau nak baca pekeliling penuh.

Komen aku: janganlah pula sedikit kenaikan gaji ni menyebabkan BANYAK kenaikan harga barang. Tapi, hakikatnya memang begitu. 


Isnin, 17 Jun 2013

Ancaman Bom di UNIKEB UKM


Fuhhhhhh! tarik nafas sat!
Lap peluh sat!

Mmmmmmm jangkitan hal berkaitan jenayah dah berlaku di Bangi ka?
Hari ni dok heboh cerita pasal suasana Wisma UNIKEB di UKM Bangi terdapat ancaman bom di Bank BSN. Lewat pagi nak masuk ke tengahahari tadi, kelihatan ramai polis di kawasan sekitar UNIKEB UKM.


Hishhhh!
Selama ni Bangi ni aman damai. Sama damai macam negara kita Malaysia yang disenaraikan sebagai negara ke 19 paling selamat di dunia. Takat hilang tabung masjid tu, tak payahlah hebohkan. Kalau takat kena samun dek lelaki perkasa berbadan tegap latino berkereta mewah di rumah-rumah mewah tu, macam kes terpencillah kan hu hu hu bukan aku mampupun nak tinggal di rumah mewahhh adoiii la! Kalau aku melalut lagi...mesti cerita abang hensem tegap segap muka arab latino tu yang akan jadi panjang hu hu hu

Apa yang nyata, Bangi yang kuhuni ni sudah terlalu banyak bezanya dengan bangi yang dulu. Aku rindukan bangi yang dulu....masa belum ada Kompleks Warta Diamond tu, belum ada PKNS, belum ada Econsave...belum ada banyak hotel-hotel bajet...

Mmmmmmm itu namanya mengenang kisah silam yang kalau nak makan sate pun perlu ke Kajang naik bas merah berjenama Bus Sum Omnibus hu hu hu jangan marah ya...ni lah namanya, terkena simpton kronik jerebu. Bukan Orang Melaka je kena tadah jerebu...orang Bangi pun kena tempias tau!



Buah cempedak di luar pagar


Orang kata, kalau berbudi pada tanah memang banyak hasilnya. Kalau bertanam cempedak, bolehlah merasa cempedak. Jangan pulak nanti cempedak ditanam di luar pagar, kelak getah ajelah yang kita dapat.

Kita (akulah tu!), selalu sahaja Nampak orang lain semuanya untung dan bertuah.
“untunglah Jah, kamu anak ramai…senang hidup kamu depa kerja bagus-bagus” 

itu kita kata masa anak-anak orang yang ramai itu dah besar beranak pinak kerja bagus-bagus. Kononnya bolehlah menumpang rezeki anak. Ingat tak kita (akulah tu!), masa anak mereka kecik dulu, bukankah kita (akulah tu!) juga yang kata:

“Kamu ni beranak ramai-ramai buat apa, menyusahkan hidup kamu je. Dahlah dia orang ni makan banyak, perangai macam setan,”

Bila kita (akulah tu!) Nampak orang tu susah, kerja kuat perah kederat, selamba badak je mulut kita tak insuran dok mengata;

“Padan muka kamu, Jah…masa si Dol kampong dusun tu nak, kamu tak mahu. Kasim selamat jugak yang kamu nak…sekarang dah susah kurus kering…tanggung sendiri,”

Tapi, kalau Kasim Selamat tu mampu hidup mewah jadi retis terkenal, tetiba je ayat kita (akulah tu!) berubah;

“Nasib baik kamu kahwin dengan Kasim Selamat tu, Jah…kalau kau kahwin dengan Dol samseng taik minyak kampong dusun tu, jadi janda mudalah kamu masa dia masuk penjara tu,”

Buah cempedak selalu benar orang tanam di luar pagar. Sekarang nip agar rumah sempit, nak tanam pokok bunga dalam pasu pun dah suntuk, apalagi nak tanam pokok cempedak. Namun, usahlah jolok buah cempedak orang ya….sila tanam sendiri cempedak. Nak cepat pi beli di pasar tadi!

Huh!

Sabtu, 15 Jun 2013

Macham Macham Ada


Tetiba tajuk enti dah jadi macam tajuk blog Doc Faizi pulak.

Bila hari cuti hujung minggu begini, berada di rumah adalah satu ujian yang besar. 

Mana hati kena tahan dari operasi pelupusan dan pembersihan rumah, mana lagi nak kena kurung perasaan dari masak yang sengaja ditiadakan barangan mentah dalam peti ais supaya perasaan itu berkurangan, namun akhirnya pengurangan itu ternyata menyusahkan diri sendiri pula. Bila tak ada satu apapun dalam peti ais kecuali botol-botol sos, kicap dan bla bla bla yang hanya mampu kita pandang sahaja, tapi tak boleh nak buat magik jelmakan jadi hidangan, perut jua yang terdera. Fuhhhhh! panjang benor ayatnya!

Itu belum kira ketukan di dinding sebelah, jeritan di rumah sebelah atau pengubahsuaian di jalan sebelah. Semuanya menjadi ujian yang membuatkan rumah ini terasa lebih panas suhunya dari biasa walaupun cuaca sebenarnya mendung.

Pada hari minggu yang sepatutnya bahagia ini, langkah terbaikkah untuk bertapa dalam senyap sunyi di ofis berhantu yang tersangat LAJU prosessor komputernya itu? Yuppppp! di ofis ada ekon percuma. Disebabkan kerja sekolah ni sebahagian daripada kerja ofis, makanya....ekon dan barangan pejabat itu memang halal untuk aku guna walaupun sebenarnya lebih banyak harta benda sendiri afdal aku gunakan dek nak cepat siapkan kerja. 

Tetiba, aku rasa....komputer di ofis itu sangat sesuai untuk dibuat tukun tiruan, dibenamkan di Laut Sulu, akan lebih banyak hidupan laut dapat manfaat. Mmmmmmm kapal kayu lagi efektif untuk jadi tukun ya!

Pertama kali aku taip terus entri kat sini....biasanya tulis di word, kemudian copy paste di blog setelah melakukan editing. Entri ini terus dari hujung jari dengan perasaan yang berbaur seperti yang boleh dikesan dalam semua ayat tanpa edit ini. Sila jangan pengsan. Ia lahir dari hati yang tulus ikhlas la la la