Memaparkan catatan dengan label perangai orang kita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perangai orang kita. Papar semua catatan

Isnin, 17 Jun 2013

Buah cempedak di luar pagar


Orang kata, kalau berbudi pada tanah memang banyak hasilnya. Kalau bertanam cempedak, bolehlah merasa cempedak. Jangan pulak nanti cempedak ditanam di luar pagar, kelak getah ajelah yang kita dapat.

Kita (akulah tu!), selalu sahaja Nampak orang lain semuanya untung dan bertuah.
“untunglah Jah, kamu anak ramai…senang hidup kamu depa kerja bagus-bagus” 

itu kita kata masa anak-anak orang yang ramai itu dah besar beranak pinak kerja bagus-bagus. Kononnya bolehlah menumpang rezeki anak. Ingat tak kita (akulah tu!), masa anak mereka kecik dulu, bukankah kita (akulah tu!) juga yang kata:

“Kamu ni beranak ramai-ramai buat apa, menyusahkan hidup kamu je. Dahlah dia orang ni makan banyak, perangai macam setan,”

Bila kita (akulah tu!) Nampak orang tu susah, kerja kuat perah kederat, selamba badak je mulut kita tak insuran dok mengata;

“Padan muka kamu, Jah…masa si Dol kampong dusun tu nak, kamu tak mahu. Kasim selamat jugak yang kamu nak…sekarang dah susah kurus kering…tanggung sendiri,”

Tapi, kalau Kasim Selamat tu mampu hidup mewah jadi retis terkenal, tetiba je ayat kita (akulah tu!) berubah;

“Nasib baik kamu kahwin dengan Kasim Selamat tu, Jah…kalau kau kahwin dengan Dol samseng taik minyak kampong dusun tu, jadi janda mudalah kamu masa dia masuk penjara tu,”

Buah cempedak selalu benar orang tanam di luar pagar. Sekarang nip agar rumah sempit, nak tanam pokok bunga dalam pasu pun dah suntuk, apalagi nak tanam pokok cempedak. Namun, usahlah jolok buah cempedak orang ya….sila tanam sendiri cempedak. Nak cepat pi beli di pasar tadi!

Huh!