Selasa, 30 April 2013

Video Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO dalam PRU13: BN vs PR

Semua video ini akan jadi bukti lima tahun lagi sama ada mereka yang berjanji bersedia untuk tunaikan janji masing-masing. Lima tahun lagi, aku akan buka semual entri ini dan semak setiap manifesto mereka.

Selama ini, ramai sangat yang pandai berjanji tapi liat nak tunaikan. Dah terdesak musim PRU barulah masing-masing buka mata semula.

Jommmmm….kita tengok dulu Video Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO dalam PRU13: BN vs PR yang berlangsung petang tadi.


Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 1




Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 2




Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 3




Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 4




Kita tunggu dan lihat ajelah ya berdaya tahan ke tidaknya mereka ini memikul tanggungjawab untuk majukan Negara. Kalau dah tak mampu, tak kiralah dalam pilihanraya yang mana, kita kenalah TUKAR. Ya tak?





Isnin, 29 April 2013

Bila Cik Adik Manis Menyapa, Senyumnya Tidak Menghilangkan Fokus Aku Elak Jerangkap Samar


Sedang melayan FB di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS, BUKAN PAS tau!), aku disapa seorang cik adik manis.

Adik manis: dari UKM ek? [Tanya dia sambil jelling fail aku yang ada lambing UKM. Blurr sekejab aku tapi angguk ajelah].
Adik manis: Saya master untuk Metafizik Sains Penomboran

Akak tak berapa nak jelita (aku ler tu): Oooooooo [tak tahu nak kata apa sebab dok kusyuk berFB, tetiba kena ganggu…]
Adik manis: cuba tulis nama, ic dan nombor telefon…
[Dia hulur kertas kosong ke depan aku. Aku pandang muka dia. Semudah tu aku nak bagi maklumat diri? Minta maaflah!]
Adik manis: Mmmmm …ok, bagi no kereta... [Tau pun bukan mudah nak dapat maklumat tu dari aku]
Akak tak berapa nak jelita: Maaflah…saya bab-bab nombor ni memang lupa.
Adik manis: habis tu, datang dengan apa?
Akak tak berapa nak jelita: kalau lupa nombor kereta, tak boleh datang dengan kereta ke?

Dia terdiam sekejap.
Adik manis: Peliknya. Tak pernah jumpa orang pelik macam ni.
Akak tak berapa nak jelita: Hari ni dah jumpa kan? Bertuahnya anda! [aku boleh kesan dia tengah blur!]
Adik manis: Semua nombor tak ingat? No telefon sendiri?
Akak tak berapa nak jelita: Saya bukan nak telefon diri sendiripun, buat apa nak ingat nombor telefon sendiri? [Dia lagi blur]
Adik manis: Habis tu macam mana nak telefon mak ayah?
Akak tak berapa nak jelita: Buat apa beli telefon mahal-mahal kalau semua nombor kita kena ingat.

Adik manis: Anak nombor berapa ya? [Dia cuba alih persoalan]
Akak tak berapa nak jelita: setiap kali anda sebut pasal nombor, anda tau tak saya sedang stress? Saya elergic dengan nombor…dunia ni bukan hanya ada nombor sahaja.
[Sekarang dia pulak stress. Aku tahu dia tengah cari cara macam mana nak promosi dia punya pakej seminar harga ratus-ratus tu].

Sebenarnya, masih panjang lagi dialog yang berlaku. Lebih kurang lima belas minit juga dia curi masaku berFB di perpustakaan. Namun, banyak perkara yang aku belajar dari perbualan itu antaranya;

1. Elakkanlah terlalu tinggi keyakinan diri. Bukan semua situasi perlukan keyakinan yang melampau-lampau hinggakan keyakinan itu menenggelamkan realiti. Yakin diri sangat perlu, namun bila TERLALU yakin yang melampau-lampau menyebabkan kita tidak mampu untuk berdiri dalam dunia realiti.Kita dah memperkecilkan orang lain.
2. Hanya kita yang betul? Hanya kita je yang hebat? Itu bongkak namanya!
3. Bercakap tentang fakta yang dihafal dari buku rujukan itu sangat berbeza dengan bercakap tentang pengalaman. Bukan semua fakta dalam buku hafalan kita tepat kepada semua orang. Cerita tentang hidup ini berbeza-beza warnanya. Teori dalam buku itu ciptaan manusia yang nak diaplikasikan kepada semua makhluk ciptaan Allah? Fuhhhhh!

Maaflah. Aku tak mudah dedahkan maklumat peribadi kepada seseorang yang baru aku kenal empat saat lepas. Aku juga tidak perlukan consaltan untuk bina semula hidup aku yang pernah runtuh. Kalau kaunselor pun tak mahu jadi kaunselor aku kerana yakin dan percaya aku mampu tangani semua masalah dunia dalam hidupku, tak kanlah aku pula boleh tak yakin kan?

Katanya, dia boleh baca keperibadian orang berdasarkan nombor. Kali ini aku dapat lihat betapa dia sedang berpura-pura berfikiran positif tentang cerita hidup ini. Dikau belum hadapi lebih banyak sepak terajang kehidupan, namun usahlah terlalu menonjolkannya dengan cadangan yang boleh buat aku mahu ketawa.

Adik manis: Dalam hidup ni, tak boleh paksa-paksa.
Akak tak berapa nak jelita: Kalau tak paksa, sempat tak saya tamatkan sekolah ni sebelum mati?

Opssss! Aku memang pakar mematikan hujah orang, terutama orang yang perasan dia bagus.

Aku tahu aku masih lagi belajar, tapi mempunyai status sebagai pelajar tidak bermakna aku gagal menilai jerangkap samar yang dipasang semata-mata nak kaut sara hidup anda. Jangan jadi macam penjual MLM yang sanggup sembunyikan fakta semata-mata nak jual barang.

Adik manis: Masalah kena luahkan, kalau tak kita yang bermasalah…kalau dah berat kepala, ceritalah dengan mak.

[aku akuinya. Namun, perlu ke cerita semua masalah kita kepada semua orang, termasuk orang yang baru kita kenal lima saat lepas?]

Akak tak berapa nak jelita: Mak kita tu dah terlalu tua untuk fikir pasal dunia lagi. Bagilah peluang dia aman dengan tekanan dunia dan beribadat dengan selesa…bukannya nak kena fikir apa metodologi kajian keduniaan kita…

Maaf, entri ni dah jadi panjang!



Sabtu, 27 April 2013

Wacana Sinar 30 April 2013 “Manifesto PRU13”


Aku memang tengah kutip manifesto kedua-dua parti politik iaitu Barisan nasional dan Pakatan Rakyat. Nak simpan dan buka balik lima tahun lagi. Masa tu nak semak siapa yang tepati janji, siapa yang capati janji atau siapa yang kena telan janji sendiri, siapa pulak kena tulah dek janji.

Jadi, bila Sinar Harian sekali lagi menganjurkan wacana yang mengupas topik "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat", Selasa 30 April 2013 sempena PRU13 aku memang sangat teruja. Kalaulah boleh letak siaran langsung kat banyak saluran TV (katanya semua orang boleh guna saluran TV kan…buktikanlah!), kan lagi bagus. Baru rakyat betul-betul dapat menilai.


Wacana siri ke-19 ini mengetengahkan pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin; penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.

Wacana kali ini yang berlangsung dari jam 3 hinggga 5 petang, di lokasi tradisi iaitu Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, akan dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Masuk ada percuma dan mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066. Sinar Harian Online dan mobTV merupakan penganjur bersama.

Serius! Aku memang tak sabar tunggu selasa ini!


Jumaat, 26 April 2013

Bila Mek Aminkan Doanya

Aku jadi terlalu takut…
Kalau-kalau Mek aminkan doa terisi kecewa tak terbendung

Terima kasih PakarHowTo.com


Aku jadi terlalu takut… Kalau-kalau Mek patah hati

Moga-moga Allah mendengar bisik hati ini
Moga-moga Allah melindungi kami dari kesakitan jiwa tak terubat
Moga-moga kami sentiasa tahu
Setiap apa yang terjadi hanyalah ujian
Untuk teguhkan rasa cinta itu.




Khamis, 25 April 2013

Harga Emas Di Kelantan Murah Gila-Gila…Jom Ramai-Ramai Pakat Beli Barang Kemas


Aku sebenarnya nak cari senarai penuh calon dewan undangan negeri Kelantan di kampong aku tu…nun di negeri yang dah diistiharkan paling miskin di Malaysia. Aku sangat percaya negeri aku tu negeri paling miskin di Malaysia. Maklumlah, Perdana Menteri Malaysia yang terchenta sendiri yang umumkan…errrrr maksud aku BEKAS Perdana Menteri Malaysia. Gamaknya, dek kemunduran dan kemiskinan berkenaan juga maka Mahonara mengambil keputusan untuk lari balik Indonesia dan berkerja keras mengumpul kekayaan dalam dunia glamour semula. Mana nak cukup hitung harta benda di istana Kelantan kan, kalau dah negeri miskin. Sekejab sahaja kira, dah pun habis gedungnnya ya…errrr, salah hari, Istana Kubang kerian tu sama macam istana si Kiram III apa hu h u huhu...adoiiii, tarik nafas sat!


nenek ni miskin sensangat hingga perlu berjualan di usia lanjut...sila abaikan bulatan kuning


Minggu lepas, ada dengar dari rakan-rakan di negeri paling miskin itu tentang penurunan harga emas. Mak aihhhh…maka berlumba-lumbalah wanita-wanita di negeri paling miskin itu menyerbu kedai emas di serata ceruk negeri. Manalah tahu, untung-untung boleh beli emas barang segantang dua, sekilo dua sempena penurunan harga tu kan? Emas turun sebab PRU13 kot...

dapat segenggam macam ni cukuplah ;)


Hishhhhh! Aku jugak yang tak mampu nak beli walaupun berbelas tahun dah tinggal di negeri paling maju ini. Entah bilalah boleh beli barang dua tiga kilo emas tu, bukan nak banyak pun…takat tu ajelah larat nak pakai. Itupun dah jadi macam kedai emas bergerak. Macam pengantin baru ni okey tak?



Bila aku jenguh-jenguk ruang pameran kedai emas di Selangor ini, nyatanya harga ada beza jugaklah barang RM10 hingga RM15 (belum mintak diskaun lagi tu) setiap gram berbanding harga di negeri paling miskin sana. Gamaknya, mereka di negeri paling miskin itu melombong sendiri apa emas belakang rumah, sebab tu boleh jual dengan harga yang murah huh u hu

teringin jugak aku pakai macam ni...
Tetiba aku rasa tergedik gatai gelenyar nak kelik kampong beli sejemput udang rantas emas atau cincin barang sebentuk dua. Alang-alang harga dah turun ni kan. Tambah pula, dipercayai mutu emas di Kelantan lebih baik berbanding tempat lain terutama dari segi ketulinannya. Wanita Kelantan tak suka emas yang campur-campur ni terutama kalau faktor pembelian mereka bertujuan pelaburan emas untuk masa depan. Nak jual semula nanti dah tak dapat harga tinggi kalau emas campur. Biasanya emas 916 jadi pilihan.

Aku pernah bandingkan emas di Thailand (masa tu lebih murah, tapi kualiti kurang sikitlah), emas Kelantan dan emas di negeri lain. Memang ada beza walaupun aku bukanlah pakar sangat. Kalau aku…akan pilih 916 emas Kelantan juga.Nak buat macam mana, dalam darah aku ni dah mengalir "negeri kelantan", kalau boleh, nak menyedut udara bumi Kelantan aje memanjang hu hu hu

sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah

Masalahnya… cuti aku hanya berbaki sehari sahaja lagi ni. Masalah paling besar adalah…korek tabung unta itupun belum tentu cukup untuk beli walaupun sebesar janggut udang sahaja. Hishhhhh!

nak tahu harga emas kelantan terkini? Jangan lupa klik link tu...