Khamis, 11 April 2013

Susahnya Nak Cari Gambar Banjir Kilat 10 April di Akhbar, Tulisan Blogger Jugak Jadi Rujukan!


Biasanya, kalau berlaku perkara macam ni, hujan lebat yang berpanjangan kemudian Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, boleh juga jumpa gambar-gambar di tempat kejadian yang boleh kita jumpa di akhbar tempatan. Paling tak ada pun, masih juga boleh tengok di Utusan dan Berita Harian.

Semalam, 10 April 2013 sekali lagi Kuala Lumpur di landa banjir kilat bila hujan lebat turun secara berpanjangan selama beberapa jam. Ingatnya, bolehlah tengok sejauhmana seriusnya kawasan yang tenggelam itu, tetapi bila rujuk akhbar online yang biasanya lebih cepat sikit dari versi cetakan, malangnya payah nak gambar-gambar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat tersebut. kecuali satu akhbar, itupun hanya sekeping gambar.

Tertanya-tanya juga aku, adakah situasi ini ada kaitan dengan kerancakan musim pilihanraya umum? maklumlah, semua tajuk kemaskini di akhbar berkaitan politik sahaja. 

Kalau nak juga tengok gambar-gambar banjir kilat di kuala lumpur pada 10 April 2013 tu, kenalah baca blog. Ramai juga blogger ambil alih tugas wartawan rasmi ni, walaupun ramai orang tak suka dengan penulisan blogger. Kononnya penulisan blogger tak dapat cop SIRIM tentang etika kewartawanan.  Macam ramai benarnya blogger tak beretika di Malaysia ni. Padahal berapa kerat je yang begitu.

Mmmmmm kalau yang ada kod etika kewartawanan tak ada sumbernya nak baca, kenalah juga tengok tulisan blogger. Kalau tak, sampai bilapun kita ni PEERAK (bukan negeri Perak ya!), jakun, tak ada maklumat walaupun info sepatutnya di hujung jari.

Terima kasih kepada ramai blogger yang kemaskini entri blog masing-masing tentang kejadian Banjir Kilat di Kuala Lumpur petang semalam. Bagi sesiapa yang nak tengok gambar-gambar banjir kilat di kuala lumpur semalam, boleh baca entri beberapa orang blogger yang menceritakan pengalaman menempuh banjir kilat tersebut. mereka adalah;

Aku suka baca blog Perjalanan Pulang yang tulus ikhlas setiap entrinya, dengan bahasa yang berlapis-lapis itu. Dah tak ramai orang mampu guna bahasa banyak lapis ni..., manakala miera pula ceritakan pengalamannya yang terlibat dalam kejadian banjir tu.

Blogger lain adalah: 
Melvister: paling banyak gambar
info harian mengutip banyak gambar dari Facebook dan blog lain.

Nampak gayanya, internet memang lagi mudah, cepat dan lebar sebarannya. Kalau facebook, twitter tu, cepat sahaja tersebar kan? 

Walaupun kita tak suka penyalahgunaan dan penyebaran malumat yang tidak diperlukan, namun hakikatnya kita juga kena terima bahawa sebaran menggunakan media online lebih meluas berbanding secara bercetak. Pencerobohan Lahad Datu telah buktikan. 

Sekarang ni pula, banyak kes jenayah seperti video buli budak sekolah di Pulau Pinang atau Cikgu Menghina Anggota Keselamatan membantu pihak berkuasa untuk bertindak. 

Jadi, ambillah juga peluang media sosial untuk beramal melalui sumbangan derma ke masjid, pusat pendidikan Islam, membantu keluarga kurang mampu dan sebagainya. Namun begitu, kena kenal pasti dulu kesahihannya sebab sekarang ni Iklan sewa rumah palsupun ada. manusia penipu ni ada kat mana-mana sahaja.

Jika anda rasa nak buat kebaikan tanpa modal sesenpun, masih juga boleh dilakukan. Jika kita membantu orang dalam kesukaran, insha Allah aada insan lain akan bantu kita masa kita susah. Silalah bantu rakan saya ini yang kehilangan adik perempuannya Siti Syafiqah masa di sekolah. Sebarkanlah di blog anda, di FB anda, di twitter anda, dengan harapan, usaha kecil kita itu mampu menyebarkan info ini dengan lebih luas. Moga-moga adik perempuan sahabat saya ini lebih mudah dikesan dan ditemukan.

Daku mengucapkan berbanyak terima kasih dengan usaha murni anda itu. terima kasih.






Selasa, 9 April 2013

Ayam Kena Baling Salah Ngurat


Macam biasa, bila tiba musim pilihanraya, maka musim inilah semua orang jadi pakar politik. Semuanya seronok bercakap pasal politik, sampaikan…orang yang bercakap pasal politik itu lebih ramai daripada orang yang mendengar.Bila semua orang dok bercakap, siapa yang dengar akupun tak tahu!

Bagi aku, musim inilah kita boleh tengok ketokohan seseorang yang nak jadi pemimpin itu. Kalau dia hanya memuji kehebatan dirinya sahaja, mengangkat kebaikannya semata-mata, menonjolkan jasanya untuk dipertontonkan kepada orang, sedangkan pada masa yang sama dia jugak memburukkan orang lain, merendah-rendahkan martabat orang lain, menghina mengeji calon lawan…maka begitulah gambaran keseluruhan dirinya.

Masa kecik dulu, aku pernah tengok satu peristiwa pada musim mengundi. Seorang pakcik sebelah rumah gemulah Mok (arwah nenek), baling seekor ayam dengan buah kelapa. Aku dok heranlah kenapa dia baling ayam tu. Ayam tu bukannya kacau dia, bukan buat apa-apapun. kesian tau!

Rupa-rupanya ayam itu adalah ayam kepunyaan jirannya yang lain, yang BERLAINAN parti politik. Fuhhhhh! Ternganga aku tak paham masa tu. Tapi…sampai sekarangpun aku masih juga tetap tak faham. Apa kaitannya ayam dengan tuan punya ayam yang berlainan aliran politik itu?

Hishhhhh! Manalah ayam tu tau pun nak berkawan ngurat sama ayam pun kena selidik parti politik tuannya masing-masing huh u hu 




Isnin, 8 April 2013

Selami Keinginan Anak Chow Kit


Tak siapa mintak sebuah kehidupan yang tidak pasti begini. Mereka juga tak minta dilahirkan di suatu tempat bernama Chaw Kit.

Naluri dan keinginan mereka, siapa yang tahu?



Dia masih terlalu muda, namun kaya dengan pengalaman kehidupan.

Kalaulah kita mampu untuk membantu!

Ahad, 7 April 2013

Nasib Baik Tak Kena Rempuh!

Jumaat lewat petang, Acu tunda acara sarapan bersama pagi Sabtu sebab belum begitu sihat. Masa tu kat ofis lagi, jadi daku memutuskan untuk bermalam sahaja di ofis konon-kononnya nak siapkan kerja.

Malam tu lelapkan mata jam 4 pagi, celik mata jam 6.30 terus sambung kerja selepas bersiram segala dan teguk kopi puteh bersama oat.

Tengahari balun pizza, malas nak keluar cari makan. Sekali ngap je melantak habis sebiji pizza sederhana besar tu. Tak cukup sebenarnya. Masih lagi terasa lapar. Maklumlah, malam semalam hanya mengadap kopi putih dan biskut sahaja.

Balik petangnya selepas maghrib. Singgah di Tat Nasi ayam, bungkus satu set untuk makan malam. Kononnya balik awal nak kemas rumah. Lantai dah melekit untuk dipijak. Semak samun penuh satu rumah.

Masa di lampu isyarat, aku terlupa nak gerak masa lampu hijau hingga lampu bertukar merah semula. Semua kereta kat depan dah hilang dari pandangan, aku sensorang je dok kat tengah jalan tu…tak gerak-gerak. Nasib baik tak ada kenderaan lain di belakang.

Nasib baik lampu isyarat sebelumnya juga merah, kalau dah hijau…memang sangat pasti kena rempuh dari belakang sebab kat depan (lebih kurang 5 kenderaan) dah lama berdesup tekan minyak ke depan. Tinggal aku sorang je kat situ!

Elly Mazlein - Sabarlah Hati (With Lyrics)



Sebenarnya, apa jadi dengan aku? Kenapa otak tetiba sahaja jem untuk berfikir waktu tu?

Mungkinkah dah terlalu lama menafikan masa untuk rehat, buatkan biological badan dah jadi tak betul?

Kenapa jadi waktu maghrib begitu?

Sebenarnya, terlalu banyak persoalan dan kemuskilan terapung dalam minda, tapi tak tahu nak Tanya siapa, tak tahu nak Tanya ke tidak.




Gambar Bongkah Batu Besar Runtuh Ranapkan 6 Rumah Di Tawau


Kalau di Pulau Pinang berlaku banjir kilat, di Tawau Sabah pula, sebongkah batu besar dari kawasan sebuah kuari di atas Bukit Kukusan.telah telah bergolek ke cerun dan batu itu menghempap tujuh buah rumah di Kampung Bukit Kukusan. Tiga wanita dan tiga kanak-kanak cedera dalam kejadian tersebut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau Albert Jiran Tanjung berkata kesemua mangsa yang cedera, ada di antaranya cedera di bahagian kaki dan tangan, dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan. Mangsa merupakan sebahagian daripada 65 orang daripada 12 keluarga di kampung itu yang menjadi mangsa dalam kejadian itu.

Tinggi dan curam cerun bukit berkenaan, pandangan jauh

tu dia...macam kena lanyak anakonda!
dipetik dr MyTawau...
tu dia batu yang menggelungsur dari puncak bukit tu...lebih besar dari rumah tu!



Terdapat kira-kira 300 buah rumah di kampung berkenaan. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.43 pagi dan sejurus tiba di tempat kejadian, anggotanya yang dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam, polis dan tentera membantu menyelamatkan mangsa yang tersepit dan terperangkap di bawah runtuhan rumah.

Siasatan awal mendapati bongkah-bongkah batu berkenaan bergolek ke bawah bukit dan batu besar  menimpa rumah penduduk berkenaan selepas berlaku gegaran akibat letupan bahan peledak yang digunakan memecahkan batu di kuari itu.

Syarikat kuari itu sudah diarah menghentikan operasi berkuat kuasa serta merta. Penduduk kampung berkenaan juga dinasihatkan supaya mengosongkan rumah masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Takziah kepada semua mangsa. nasib baik tak ada kehilangan nyawa. musim pilihanraya ni, sila jangan guna isu politik ya untuk komen. Yang baiknya bila jadi musim nak pilihanraya ni, mesti ramai yang berlumba nak membantu. Moga ringan sikit beban mangsa.