Rabu, 13 Mac 2013

Hari Keputusan STPM Diumumkan


Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin ini ya? Teringat masa sekolah dulu. Masa tu, calon diberitahu malam sebelum keputusan STPM diumumkan. Apalagi…tak lena tidurlah semalaman tu.

Esoknya pagi-pagi dah bersiap sedia pergi sekolah. Kalau sekarang ni, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM, RESULT, jarak, nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Untungnya sekarang ni, Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada hari tersebut. Banyak betul pilihan yang ada. Kami dulu, memang kena pergi sekolah untuk ambil keputusan.

Zaman aku dulu, acara serahan keputusan peperiksaan STPM dibuat di dewan besar sekolah. Ramai guru kelas turut berkumpul jika mereka tak ada kelas ketika itu. Yang seronoknya bukan sahaja sebab nak ambil keputusan, tapi nak jumpa kawan-kawan dan guru-guru juga. Dah lama tak jumpalah katakan.

Yang tak sangkanya, seorang warden asrama yang memang dia pernah cakap terus terang tak suka aku, tetiba je datang peluk aku. Pelik tak? Masa jadi warden, dia suka buli aku. Aku pulak pantang kena buli, melawan pulak tu. Jadi perang tanpa letupan pulak. Akhirnya berakhir dengan suasana yang manis. Kenangan betul!

Satu sidang akhbar mengenai analisis keputusan peperiksaan STPM 2012 akan diadakan pada 12 tengah hari di Dewan Besar MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Pada tahun 2012, seramai 51,673 calon menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan. Daripada jumlah itu, sebanyak 47,708 merupakan calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.

Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini.

Tahniah kepada adik-adik yang Berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM kali ini. Semoga selepas ini Berjaya melangkah ke university pula. Kepada mereka yang kurang cemerlang, usah putus asa. Dunia belum kiamat. Tingkatkan lagi usaha, inshaa Allah, ada kesungguhan…ada rezeki, tetap Berjaya juga.

Tetiba terkenangkan cikgu-cikgu yang sangat berjasa dulu. Rindunya!



Gambar Tangkal Digunakan Pengikut Jamalul Kiram III


Semalam aku ada siarkan iklan perkhidmatan pelbagai jenis mentera, hari ni jom kita tengok gambar tangkal yang digunakan oleh pengikut Jamalul Kiram III yang kebal itu hu hu hu 


Jom kita tengok kalau-kalau boleh dijelaskan lagi gambar tangkal pengganas suluk ni;

Jelas tak? Sila guna kanta lah ya...dah tak boleh crop lagi

Nak tahu macam mana anggota keselamatan kita di medan juang berhadapan dengan mereka?

sumber: mymetro
 
KepadaMu Allah kami menyembah, kepadaMu Allah kami memohon. Engkau jua Tuhan sekalian isi alam.
Semoga Allah melindungi para perajurit negara kita


PssssT: jauhi syirik...akan dilaknat seisi langit. 







Selasa, 12 Mac 2013

Seorang Anggota Keselamatan Terkorban, 3 Pengganas Ditembak Mati di Lahad Datu


Hari ini, ketika ramai penjawat awam diselaraskan gaji berbunga-bunga hati dengan pengumumam sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST), para perwira negara kita di Lahad Datu sedang bertempur.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Menurut berita radio sebentar tadi, pertempuran berlaku sejak jam 7.45 pagi. Dalam pertempuran kedua jam sepuluh pagi, seorang anggota keselamatan telah terkorban, dengan 3 orang pengganas Berjaya ditembak.

Jenazah Prebet 1163468 Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan. Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang Tawau 4 pagi Esok dan Dijangka di Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Jam 8 Pagi- Ahmad Zahid Hamidi

DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para kekasih Allah. Amin. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.


Sementara itu, di kampong Bangau Bangau, Semporna pula 6 lelaki disyaki Pengganas Sulu ditahan. Salah seorang lelaki berkenaan amat dikehendaki polis. Operasi anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.

Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan. Tiada senjata api atau alat telekomunikasi ditemui dalam serbuan itu.


PsssT: Masih terkenangkan perbualan dengan kakak semalam. Kalau  banyak tanya, memang semua rahsia boleh dapat. Tapi aku tak sampai hati nak korek semua gosip khabar angin yang melanda penduduk tempatan kerana kasihankan kakak. Acap kali benar dia menyebut tentang kegusaran keselamatan mereka.



Perkhidmatan Jampi Menjampi Bomoh Membomohi


Malam semalam, sambil tunggu kaspesky yang baru install itu beroperasi dengan perbaharui definisi antivirus, serta scan, makanya aku buka emel rasmi. Inilah rupanya email pertama yang aku baca:


Lord mazuka white magic spells.
Lord mazuka white magic spells. A temple where all kind of problems are solved with the ancient powerful magic.

We cast all kinds of spells, and get results without any side effect. Out spells is very fast in action, and lasts forever.

LOVE SPELLS,
BROKEN MARRIAGE SPELLS,
HEALTH SPELLS,
BEAUTY SPELLS,
HAIR SPELLS,
MONEY SPELLS,
LOTTERY OR ANY KIND OF GAMBLE SPELLS,
EDUCATION SPELLS,
BUSINESS SPELLS,
CONTRACT SPELLS,
PROMOTION SPELLS,
ADMISSION SPELLS,
SUCESS IN EXAMS SPELLS,
ELECTION WINNING SPELLS.

Contact us if you need our help, and tell us your problem, and we will solve it out with the supreme powerful spells of lord mazuka powerful spells. and all your problem will be solved, and you will live a happy life forever.

WARM REGARDS,
LORD MAZUKA,


Fuhhhhhh! Mula-mula aku gelak sakan. Hishhhhh! Zaman sekarang ni, promosi perkhidmatan bukan main lagi ya…seantario alam. Satu dunia tau!

Macam-macam mentera ada rupanya. Mmmmm education spells pun ada huh u hu tak payah belajar ya, terus je pergi jawab exam. Gerenti tak boleh jawab kalau malas nak ulangkaji huh u hu

Dalam sejarah hidupku, apa yang aku dapat akan aku peroleh dengan susah payah. Malah susah payah itu melebihi orang lain. Orang lain senang je boleh dapat, aku pulak berpeluh hingga keting dan biasanya nyaris-nyaris tak dapat. Namun apa istimewanya adalah: daku lebih hargai apa yang diperoleh itu. Tak akan sia-siakannya.

Tak mudah untuk senang, dan tak susah manapun untuk dapat susah. Jadi, silalah usaha. Kalau harapkan jampi mentera, dah lah bersahabat denga syaitonnn ni rajim, boleh terpesong akidah tu. Apa maknanya bila akidah terpesong??? Senderey mau ingat!


Isnin, 11 Mac 2013

Intisari Pengumuman Insentif Penjawat Awam

Hari ini bernasib malang. Sejak pagi hingga tengahari, semua perancangan tergelincir dari landasan. Masuk kedai makan pun orang belum mula niaga lagi. Bukan satu kedai pulak tu, dua-dua baru nak mula operasi.

Apapun, hepi sebab dengar suara kakak yang agak ceria sikit. Balik rumah terus baca paper online tentang pengumuman Perdana Menteri kepada Penjawat Awam semasa pertemuan PM dengan penjawat Awam di PICC.

Berikut berita baik kepada penjawat awam yang terlibat;

1. Semua Pangkat ATM, PDRM Disetarakan Dengan Perkhidmatan Am
Di PUTRAJAYA pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan perkhidmatan awam am selaras dengan perubahan lapisan serta gred jawatan atau gred gaji. Perubahan berkenaan merangkumi mencakupi perubahan skop, fungsi, tugas, struktur pangkat juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.

Pangkat koperal (ATM dan PDRM) dahulu gred jawatan atau gred gaji 17 kini disetarakan dengan gred 22 perkhidmatan awam am. Pangkat sarjan yang dulunya gred 27 kini disetarakan dengan gred gaji 29 perkhidmatan awam am.

Kapten (ATM) dan Penolong Penguasa Polis (PDRM) sebelum ini gred gaji 41 kini disetarakan kepada gred gaji 44. Mejar dalam ATM dan Timbalan Penguasa Polis disetarakan dari gred gaji 41 kepada 46A. Kolonel (ATM) dan Penolong Pesuruhjaya Polis (PDRM) disetarakan dari gred gaji 48 kepada gred 52.



2. Pegawai Kontrak Akan Disambung Setahun Lagi
Kira-kira 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.

3. Tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tiga kenaikan untuk semua struktur gaji maksimum

Berkuatkuasa 1 Januari lalu, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan. Kenaikan itu membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT


4. Naik pangkat dari 15 tahun ke 13 tahun. Yang cemerlang ada fast track. Hebat!
Seorang rakan FB, Ayu...ada tulis status ini. Belum dapat dipastikan kesahihannya. Kalau sahih, Alhamdulillah. Nak komen banyak pun tak guna, lemaukan perasaan je. Jadi, kita tunggu apa kata semua…
Mengikut AbahZino yang berada di PICC, kenaikan pangkat ini hanya untuk kakitangan sokongan sahaja.



5. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini.

6. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.



Tahniah kepada penjawat awam yang terlibat.

Aku? hanya terlibat dengan no 9 dalam ini cherita. Apapun, semoga boleh tingkatkan keselesaan kepada orang yang terlibat tu. Maklumlah, sekarang ni semua mahal termasuk caj masuk tandas.

Agak-agaknya, barang naik tak esok?