Hari ini, ketika ramai penjawat awam diselaraskan gaji berbunga-bunga hati dengan pengumumam sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST), para perwira negara kita di Lahad Datu sedang bertempur.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
Menurut berita radio sebentar tadi, pertempuran berlaku sejak jam 7.45 pagi. Dalam pertempuran kedua jam sepuluh pagi, seorang anggota keselamatan telah terkorban, dengan 3 orang pengganas Berjaya ditembak.
Jenazah Prebet 1163468 Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan. Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang Tawau 4 pagi Esok dan Dijangka di Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Jam 8 Pagi- Ahmad Zahid Hamidi
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para kekasih Allah. Amin. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.
Sementara itu, di kampong Bangau Bangau, Semporna pula 6 lelaki disyaki Pengganas Sulu ditahan. Salah seorang lelaki berkenaan amat dikehendaki polis. Operasi anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.
Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan. Tiada senjata api atau alat telekomunikasi ditemui dalam serbuan itu.
PsssT: Masih terkenangkan perbualan dengan kakak semalam. Kalau banyak tanya, memang semua rahsia boleh dapat. Tapi aku tak sampai hati nak korek semua gosip khabar angin yang melanda penduduk tempatan kerana kasihankan kakak. Acap kali benar dia menyebut tentang kegusaran keselamatan mereka.