Selasa, 12 Mac 2013

Perkhidmatan Jampi Menjampi Bomoh Membomohi


Malam semalam, sambil tunggu kaspesky yang baru install itu beroperasi dengan perbaharui definisi antivirus, serta scan, makanya aku buka emel rasmi. Inilah rupanya email pertama yang aku baca:


Lord mazuka white magic spells.
Lord mazuka white magic spells. A temple where all kind of problems are solved with the ancient powerful magic.

We cast all kinds of spells, and get results without any side effect. Out spells is very fast in action, and lasts forever.

LOVE SPELLS,
BROKEN MARRIAGE SPELLS,
HEALTH SPELLS,
BEAUTY SPELLS,
HAIR SPELLS,
MONEY SPELLS,
LOTTERY OR ANY KIND OF GAMBLE SPELLS,
EDUCATION SPELLS,
BUSINESS SPELLS,
CONTRACT SPELLS,
PROMOTION SPELLS,
ADMISSION SPELLS,
SUCESS IN EXAMS SPELLS,
ELECTION WINNING SPELLS.

Contact us if you need our help, and tell us your problem, and we will solve it out with the supreme powerful spells of lord mazuka powerful spells. and all your problem will be solved, and you will live a happy life forever.

WARM REGARDS,
LORD MAZUKA,


Fuhhhhhh! Mula-mula aku gelak sakan. Hishhhhh! Zaman sekarang ni, promosi perkhidmatan bukan main lagi ya…seantario alam. Satu dunia tau!

Macam-macam mentera ada rupanya. Mmmmm education spells pun ada huh u hu tak payah belajar ya, terus je pergi jawab exam. Gerenti tak boleh jawab kalau malas nak ulangkaji huh u hu

Dalam sejarah hidupku, apa yang aku dapat akan aku peroleh dengan susah payah. Malah susah payah itu melebihi orang lain. Orang lain senang je boleh dapat, aku pulak berpeluh hingga keting dan biasanya nyaris-nyaris tak dapat. Namun apa istimewanya adalah: daku lebih hargai apa yang diperoleh itu. Tak akan sia-siakannya.

Tak mudah untuk senang, dan tak susah manapun untuk dapat susah. Jadi, silalah usaha. Kalau harapkan jampi mentera, dah lah bersahabat denga syaitonnn ni rajim, boleh terpesong akidah tu. Apa maknanya bila akidah terpesong??? Senderey mau ingat!


10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik selalu tengok iklan tentang produk yang kalau budak2 makan/minum, boleh lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ish... tak payah ada cikgu la kalau macam tu!

JunAina berkata...

Org zaman sekarang ni ramai yg balik mcm zaman jahiliyah...zaman org tak reti agama. Minta dijauhkan.

Ahkak pun sama nak apa semua kena kerja kuat, usaha sendiri.

Amin A. R berkata...

kejayaan diperoleh dengan hasil peluh sendiri lebih manis dikenang....kalau guna cara mudah (jampi mentera), apa yg indahnya.

*SiRibenMerah berkata...

hahaha.. sumenya kena usaha sendiri jugak.. kalo nk harap magik2 neh.. adeshhh~ smp kiamat x sempat tobat kot nnt kan...

Dr K berkata...

awat lawak namanya,...Lord Mazuka...kakakakaka

anyss berkata...

kakcik: paling tidak kita bayar ada bendanya yg boleh dimakan...

anyss berkata...

JunAina: itulah...semuanya pakai bomoh. pelik betul!

anyss berkata...

Amir: ramai orang nak senang je tanpa buat apa-apa, tapi...senang tak?

anyss berkata...

riben merah: ramai jugak yg percaya...

anyss berkata...

Daddy ziyyad: depa jenuh dah dok pikir nama yg baguih...tu je pun yg best kot hu hu huhu