Rabu, 21 November 2012

Selamat Pengantin Baru Khairul Fahmi Che Mat @ Apek & Leuniey


Walimatul Urus Perkahwinan Persandingan 
Khairul Fahmi Che Mat @ Apek & Nur Eilunie Natasha Nazri @ Leuniey 

28 Disember 2012 akad nikah di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi.

30 Disember 2012 Majlis persandingan sebelah perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

5 Januari 2013 resepsi sebelah Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu.

13 Januari 2013 majlis resepsi ketiga di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara.

Selamat pengantin baru  Khairul Fahmi Che Mat @ Apek & Nur Eilunie Natasha Nazri @ Leuniey



Penajaan Perkahwinan Khairul Fahmi (Apek) & Leuniey Natasha:
Jakel (kain baju pengantin), The Photolicious (fotografi), LH Media TV (Sinematografi)  Ari Wedding Couture (pelamin dan dekorasi) di Kuala Lumpur serta Hotel The Royale Bintang, Damansara sebagai lokasi majlis persandiangan serta sesi fotografi untuk rakaman pra-perkahwinan.

Jumlah tajaan: RM300 ribu



Segar dari Ladang Di belakang Rumah

Berkat mempunyai ladang seluas mata memanjang di belakang dapur
akhirnya...hasil segar ini masuk pinggan juga
.
.
.
.



nanti nak tanam semula jambul tu selepas cantas
boleh buat ladang yang lain pulak hu hu hu 
sepasu je pun mampu beli untuk buat ladang ha ha ha


Yumm yummm! Manisssss wa cakap sama luuuuu!



Selasa, 20 November 2012

Makin Ramai Wanita Jelita Gigih Menutup Aurat


Bangga betul aku. Bukan selalu kita boleh jumpa usahawan berjaya sampai begini sekali. Usahawan bangsa kita pulak tu. Bangga tak?

Mendapat liputan di Kosmo pada 13/11/2012 di ruangan perniagaan.


gambar ni Cik Bintang yang ambil masa hatinya tengah mendidih terhalang jalan

Kalau artispun dah makin ramai bertudung apalagi bukan artis kan? Alhamdulillah, memang bangga sangat-sangat bila makin ramai jelitawan bertudung. Makin anggun dan menawan.

Kesungguhan tu yang penting. Menutup aurat kan wajib. makin ramai para jelitawan berlumba-lumba untuk menutup aurat. Sangat gigih ya kawan-kawan. kegigihan yang perlu kita puji. Kegigihan yang perlu kita sokong.

Aku sendiripun tak segigih itu. dr Hanie kata, ada yang sanggup menunggu sejak jam 4 pagi. Masa tu aku dah teramat kagum dah.

Isnin malam sebelum Deepavali, aku balik kerja hampir jam 11 malam. Singgah beli burger bakar sebelum balik rumah. biasanya aku nampak pagi-pagi je penuh dengan orang beratur, malam tu aku tengok, dah ramai orang berkampung. Jam 2.45 pagi, ketiga mata dah tak boleh buka untuk terus buat kerja sekolah, hujan turun dengan sebegitu lebat. Bertambah-tambahlah kegigihan mereka mengharungi dingin lantai kaki lima, ditimpa pula tempias hujan lebat itu.


No 1 adalah pintu utama gedung Fareeda Nyata Jelita, lihat jaraknya dari no 1 ke no 3. Betapa panjangnya mereka beratur ya...Gambar-gambar ni aku ambil sendiri masa balik dari beli nasi lemak pakcik tepi surau sana. Panjang tak? melebihi deret kedai yang bertanda no 3 sebenarnya tu...


Anda sanggup? Kalau tak sanggup, hati belum istiqamah lagi tu...

No 3 ditandakan kat atas adalah kedai Golden Shine tu je...panjang jugak lebihan beratur dari angka 3 tu...

Bila tengok pengumuman di FB, nombor hanya boleh diambil jam 10 pagi pada hari Deepavali, sementara premis akan dibuka jam 2 petang hingga 9 malam pada hari tersebut.

Gigihkan mereka memenuhi syariat untuk menutup aurat?

Nak tengok lebih banyak gambar-gambar kegigihan mereka? Beratur panjang untuk tudung Fareeda terkini pada 2 Disember 2012 Sila terjah blog Dr. Hanie.

Aku? Biarlah dengan cara aku sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa. Maklumlah, aku nan tak berapa jelita ini, biar dilitup dengan tudung emas sekalipun tetap jua tidak mampu jadi jelitawan.

Yaaa...dah lama sedarpun!






Isnin, 19 November 2012

Subsidi Bahan Api Kerajaan Persekutuan?


Untung betul jadi rakyat Malaysia ni...berlambak-lambak subsidi boleh dapat.

Kalau Rebet bayaran air pertama oleh Kerajaan Negeri Selangor tu, aku memang sedar sensangat sebab memang dok tunggu pun. Bila PKR menang di Selangor, dah tentulah aku ternanti-nanti dok belek bil air setiap bulan nak tengok betul tidaknya bil air akan dibayar sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kiranya, sepanjang hampir 5 tahun ni, bil air rumah aku yang hanya guna setangki seminggu tu (Ohhhh aku memang mandi 2 kali sahaja sehari ya...basuh bajupun guna air sungai Langat depan UKM tu je tau! ----> kalau ada jugak orang nak percaya, tak taulah aku!), memang mencatatkan bayaran bulanan sejumlah RM0.00. Alhamdulillah. Dah boleh dapat sepinggan pasembor dan semangkuk cendol pulut bawah pokok depan kilang Hitachi dah tu... Aku kan golongan rakyat marhaen, perlu dibantu tau!


Sebenarnya, aku tak perasanpun sejak bila pulak Kerajaan Persekutuan Bagi Subsidi Untuk Bahan Api ni. Sedar-sedar dah tertulis dalam bil letrik yang kita dok bayar tiap-tiap bulan tu.

Namun, bila kakak dok merungut bebel (nasib baik belum sampai tahap carut) sebab bil eletriknya melambung-lambung dari jumlah yang biasanya setengah ratus melambung-lambung hingga menjadi lebih seratus setengah, (Itupun nak kecoh kan? bil letrik orang lain ribu riban pun masih cool la...Itu orang lain! yang dok cerita ni keluarga yang datang dari negeri miskin dan hidup di bawah aras kemiskinan hu hu hu Ohhhh! tidakkkkk!!!!) aku turut belek bil letrik yang sampai rumah setiap bulan tu. Beberapa bulan jugak aku dok kaji. Nak tengok tak macam mana cara pengiraan subsidi bahan api oleh kerajaan persekutuan tu?


Mmmmm nasib baik masa sekolah dulu aku bengap Matematik Tambahan. Gagal aje memanjang kan, sebab tu lah tak reti nak kira mengira bil ni...jadi bayar ajelah.

Namun yang aku perasan, Subsidi Bahan Api Oleh Kerajaan Persekutuan tu hanya dipotong bila bil kita kurang dari RM20. Maknanya, kalau bil kita tu kurang dari RM20, tak payah bayarlah bil bulan tu. Kalau bilnya RM20.05, makanya, kenalah bayar sejumlah RM20.05 berkenaan ya, bukannya RM0.05 ya tuan-tuan dan puan-puan di dihormati. Sekian, penjelasan dari orang yang gagal Matematik Tambahan masa sekolah dulu.

Kalau bil air, walaupun kita guna beratus-ratus ringgit pun, tetapi Kerajaan Negeri Selangor tetap potong rebat 20 meter padu penggunaan air yang pertama tu. Bil yang perlu kita bayar adalah jumlah selepas ditolak rebet berkenaan sahaja. Biasanya, bil air aku tak payah bayar sebab kurang dari RM11 pun kecuali kalau ahli rumah penuh 5 orang, bil boleh cecah RM20. Tapi bila tolak rebet RM11 tu... bayarannya hanya RM9 je. Tak sampai RM2 pun kena bayar setiap orang bila kongsi.

Aku tak boleh kata apalah, sebab dulu masa sekolah memang gagal Matematik Tambahan. Dah sah lah kan tak reti mengira. Jadi, kepada kalian yang hebat-hebat belaka dalam bab kira mengiranya, silalah teruskan pengiraan.

Komen aku: Gamaknya, untuk capai bil RM20 sebulan bagi dapatkan Subsidi bahan Api oleh Kerajaan Persekutuan itu, aku kena bergelap tak? Barang apa ya yang boleh aku guna untuk dapatkan bil sebanyak tu? Komputer boleh guna tak? Peti ais boleh guna tak? Lampu boleh guna tak? Charger telefon cap ayam serama tu boleh guna tak? Kipas boleh guna tak? TV besau gedabak kalahkan gerobok dapur tapi tak ada remote tu boleh guna tak?

Ke semuanya kena padam?





Ahad, 18 November 2012

Dah Rupa Retis Kekwat Pulak Ya!


Sabtu pagi terima SMS dari seorang yang aku anggap kawan 

"Banyak sangat alasan...macam tak mahu jumpa I je" 

tulisan dalam bahasa SMS itu telah di bahsa Melayukan semaksimum mungkin.

Katanya dulu, dikau rakan yang memahami. Begitukah realitinya? Nyata sekali "memahami" mu itu tanpa pengertian, hanya lafaz semata-mata.

Andai perlu hilang seorang lagi kawan, perlukah dikesali? Aku hanya mohon pengertian sahaja, tak libatkan modal yang besar, tanpa harta benda dan urusan duniawi yang lain. 

Itupun tak mampu?

Sekurang-kurangnya aku tahu, bukan semua orang dianugerahkan kefahaman seperti kuharapkan. Terima kasih kerana mencuba.