Untung betul jadi rakyat Malaysia ni...berlambak-lambak subsidi boleh dapat.
Kalau Rebet bayaran air pertama oleh Kerajaan Negeri Selangor tu, aku memang sedar sensangat sebab memang dok tunggu pun. Bila PKR menang di Selangor, dah tentulah aku ternanti-nanti dok belek bil air setiap bulan nak tengok betul tidaknya bil air akan dibayar sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kiranya, sepanjang hampir 5 tahun ni, bil air rumah aku yang hanya guna setangki seminggu tu (Ohhhh aku memang mandi 2 kali sahaja sehari ya...basuh bajupun guna air sungai Langat depan UKM tu je tau! ----> kalau ada jugak orang nak percaya, tak taulah aku!), memang mencatatkan bayaran bulanan sejumlah RM0.00. Alhamdulillah. Dah boleh dapat sepinggan pasembor dan semangkuk cendol pulut bawah pokok depan kilang Hitachi dah tu... Aku kan golongan rakyat marhaen, perlu dibantu tau!
Sebenarnya, aku tak perasanpun sejak bila pulak Kerajaan Persekutuan Bagi Subsidi Untuk Bahan Api ni. Sedar-sedar dah tertulis dalam bil letrik yang kita dok bayar tiap-tiap bulan tu.
Namun, bila kakak dok merungut bebel (nasib baik belum sampai tahap carut) sebab bil eletriknya melambung-lambung dari jumlah yang biasanya setengah ratus melambung-lambung hingga menjadi lebih seratus setengah, (Itupun nak kecoh kan? bil letrik orang lain ribu riban pun masih cool la...Itu orang lain! yang dok cerita ni keluarga yang datang dari negeri miskin dan hidup di bawah aras kemiskinan hu hu hu Ohhhh! tidakkkkk!!!!) aku turut belek bil letrik yang sampai rumah setiap bulan tu. Beberapa bulan jugak aku dok kaji. Nak tengok tak macam mana cara pengiraan subsidi bahan api oleh kerajaan persekutuan tu?
Mmmmm nasib baik masa sekolah dulu aku bengap Matematik Tambahan. Gagal aje memanjang kan, sebab tu lah tak reti nak kira mengira bil ni...jadi bayar ajelah.
Namun yang aku perasan, Subsidi Bahan Api Oleh Kerajaan Persekutuan tu hanya dipotong bila bil kita kurang dari RM20. Maknanya, kalau bil kita tu kurang dari RM20, tak payah bayarlah bil bulan tu. Kalau bilnya RM20.05, makanya, kenalah bayar sejumlah RM20.05 berkenaan ya, bukannya RM0.05 ya tuan-tuan dan puan-puan di dihormati. Sekian, penjelasan dari orang yang gagal Matematik Tambahan masa sekolah dulu.
Kalau bil air, walaupun kita guna beratus-ratus ringgit pun, tetapi Kerajaan Negeri Selangor tetap potong rebat 20 meter padu penggunaan air yang pertama tu. Bil yang perlu kita bayar adalah jumlah selepas ditolak rebet berkenaan sahaja. Biasanya, bil air aku tak payah bayar sebab kurang dari RM11 pun kecuali kalau ahli rumah penuh 5 orang, bil boleh cecah RM20. Tapi bila tolak rebet RM11 tu... bayarannya hanya RM9 je. Tak sampai RM2 pun kena bayar setiap orang bila kongsi.
Aku tak boleh kata apalah, sebab dulu masa sekolah memang gagal Matematik Tambahan. Dah sah lah kan tak reti mengira. Jadi, kepada kalian yang hebat-hebat belaka dalam bab kira mengiranya, silalah teruskan pengiraan.
Komen aku: Gamaknya, untuk capai bil RM20 sebulan bagi dapatkan Subsidi bahan Api oleh Kerajaan Persekutuan itu, aku kena bergelap tak? Barang apa ya yang boleh aku guna untuk dapatkan bil sebanyak tu? Komputer boleh guna tak? Peti ais boleh guna tak? Lampu boleh guna tak? Charger telefon cap ayam serama tu boleh guna tak? Kipas boleh guna tak? TV besau gedabak kalahkan gerobok dapur tapi tak ada remote tu boleh guna tak?
Ke semuanya kena padam?